Friday, December 30, 2005

hari ini dalam sejarah

yok camtu memang la tiap-tiap hari dalam sejarah. maybe bagi orang lain itu tak penting. ada lagi menda yang lebih penting yang mempunyai kepentingan bagi orang-orang yang merasakan ia penting. namun bagi diriku dan sesiapa jua yang didefinisikan secara saintifiknya homo sapien, setiap sesuatu adalah memori pahit atau indah atau sekadar memori biasa. kalau tak gitu takkan la orang tulis diari.. tambahan adanya laman luar biasa ini aku dapat ungkapkan apa jua diari hidup yang terpilih, adakala mungkin jadi satu hobi, takpun hiburan waktu luang ataupun pengajaran dan tatapan bagi sahabat-sahabat untuk mengenali diri masingmasing.

Insan dalam bahasa arab dari maksud yang lupa namun diberi bantuan dan hidayah dari Yang Maha Esa. dengan panduan dari kitab dan sunah wibawa nabi alaihissalam merialisasikan ayat ke 30 surah albaqarah.

sepanjang mengilustrasi dunia untuk digapai mencapai cita-cita Muhammad utusan terakhir. maka lahir satu manusia dari saintifiknya sama saja dengan makhluk berdarah panas. namun seribu kali syukur kerana Islam, diri ini diangkat melebihi takwanya makhluk melata, berkaki empat atau senang citer haiwan. Dari sini adanya angkatan setingkat lagi jika menyetujui kayu ukur Allah Taala untuk melebihi kemuliaan para malaikat. Menyucikan kembali kesungguhan syaitan mengotori Adam dan Hawa sehingga diturunkan ke bumi.