Tuesday, April 28, 2009

lokasi persoalan terkini

selepas entry pada awal april
april bakal menghujung pergi
tercari-cari lagi apa ingin dibualkan
untuk dibual dalam benak maya langit
langit luas penuh hikmah dan ilmu
ilmu bertaut terpikat dihati
hati yang bintik jelmaan diri
diri dalam lokasi ilmu
ilmu belum temui lokasi

darurat diri kontang haluan
dalam lubuk manusia pagi
bicara, merenung, memutuskan, pegang dan rebah.
julat manusia hanya sampai disini....

walhal aku dilihat empunya
seolah kita melihat bintang
seumpama kapal dan rumah api
layar mendapat iktibar
kita mendiri azam
empunya punya qada'
berkiralah qadar mu...

Sunday, April 12, 2009

istimewa orang melayu

Seperti hari-hari semalam, dia bangun pagi dan membuat tugas-tugasan harian seperti biasa seperti mandi, gosok gigi, iron baju dan meneruskan tanggungjawab manusia biasa iaitu ke kuliah bagi menghadiri kelas pelajaran yang telah pun dijadualkan.

University yang kecil kampusnya, jauh dari Bandar dan jarang didengar oleh ramai orang. Itulah university kuala lumpur malaysian institute of aviation technology (Uni-KL MIAT). Selepas bergabung dengan unikl pada tahun 2003 camtu barulah ia dikenali seperti sekarang yang tak terkenal ni.

Anyway, kecil bukan anak besar bukan bapak. Walaupun kecil tapi keluaran university ini tetap mempunyai pekerjaan dan peluangnya teramat besar dalam industry penerbangan di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Anak-anak melayu mendominasi lapangan emas ini. Dan ada lecturer kata dr Mahathir yang propose tempat ini dibuat dahulu kala. Dan majlis amanah rakyat menjadi tulang belakang menyediakan bantuan kewangan pada setiap penuntut disini.

Dari dalam kuliah sememangnya perkara ini betul. Aku terus keluar dari dewan kuliah sambil memikirkan segala kata-kata lecturer tadi. Walaupun begitu, sedikit perkara dalam hal ini menyedihkan diri. Disini baru aku merasai apa yang aku lalui sekarang ini adalah salah satu dari faedah hak keistimewaan orang melayu yang tertulis dalam perlembagaa persekutuan.

Sebagai anak melayu yang mempunyai keazaman hang jebat, kehebatan seperti hang tuah. Begitu terasa sekali seolah-olah keazaman dan kehebatan ini tidak berguna untuk masuk ke universiti ini sekiranya kekuatan politik dan keistimewaan orang melayu diguna pakai pada diriku.

Positif kata aku masuk kesini mengikut prosedur dan syarat yang tertulis. Aku yakin mampu untuk bersaing dengan semua orang di Malaysia ini mahupun diseluruh dunia untuk berada di university ini walaupun tanpa menggunakan hak istimewa.

Berpaling kekiri dan ke kanan. Mereka-mereka melayu sebahagian kecilnya yang belajar disini tapi tak lulus, belajar disini tapi hidup berfoya-foya, berada di university taraf dunia ini tapi minda masih tak berubah. Longlai emosi melihat mereka(diriku jua) ini yang masih tidak sedar diri kerana sentiasa dibantu walhal tidak mahu gunakan kesempatan emas ini untuk menaikkan bangsa dan keluarga.

Kerana itu, bagi diriku, keistimewaan orang melayu tidak perlu digunakan sangat sehinggakan setiap dari kita menjadi mereka yang berada dalam keselesaan dan tidak risau setiap hari pada nasib badan. Adakah ini sebabnya bangsa kita masih mundur? Ia terus bermain dalam kepalaku sehingga sekarang….

Untuk mengenali diri ini. Untuk menelaah bakat yang ada. Untuk menjadi insan terbaik didunia dan akhirat… berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal.

Wednesday, April 01, 2009

hujung minggu yang lepas










Paginya aku pergi kursus jenazah sampai lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Belajar bagaimana jenazah sepatutnya diuruskan mengikut hukum syarak dan seterusnya mendukung satu amanah agama dalam kehidupan sesame manusia.

Awal malamnya aku bersama beberapa juta umat manusia kat dunia ni tutup lampu sebagai simbol menolak pemanasan global. Apa yang kita sebut sebagai tenaga yang kita gunakan seharian telah memberikan kesan negatif kepada usia dan kesihatan dunia yang semakin nyanyuk ini.





Tengah malamnya keputusan mengejut dibuat dan pergi ke hospital tuanku jaafar di seremban. Seorang kawan telah dipanggil mengadap ilahi petangnya. Kedatangan aku dan kawan-kawannya yang lain sebagai menghormatinya, menziarahi ahli keluarganya dan memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah.