Monday, May 25, 2009

herba

iklan kopi di satu rangkaian tv semalam membuatkan aku rasa rimas.... bukan sebab tak dapat merasai kelazatan kopi tersebut, tapi obj iklan tersebut yang hanya membuat promosi murahan.. tak nak sebut dulu jenama kopi tu... tapi tentu korang bley tangkap jika aku katakan ia bermula dengan seorang lelaki yang sedang memandu kereta..

pemanduannya agak lama. dan di sebuah rumah seorang perempuan sedang bersiap untuk keluar. pastu akhir iklan tu rupanya lelaki yang pandu kete tu sampai kat umah pompuan tu. upanya diorang suami isteri.. mana lagi diorang nak pi kalo dah malam-malam buta baru si suami sampai umah....

citer pasal kopi dan campuran herba ni, orang kita pasti akn terfokus pada kuasa batiniah. tak semestinya, herba dalam masyarakat melayu sebenarnya sudah lama diamalkan tetapi bagi orang kita sekarang, seolah masih baru. herba bukanlah semata untuk pasangan suami isteri. sebenarnya ia lebih banyak lagi fungsinya dalm kehidupan kita.

untuk mantainkan kesihatan dan mengelak penyakit menghinggapi, orang tua-tua mengamalkan herba. samada minuman ataupun makanan yang diproses sebentar. ia amat mudah dibuat.

bagi meraka yang belajar dan menuntut ilmu, herba juga diamalkan oleh masyarakt kita. sedih sekiranya orang kita masih memandang ubatan dari barat sebagai pemankin kecergasan otak. takper, ambil yang mana mudah didapati, tapi herba pusaka melayu jangan dilupa.

yang bahagian ni memang orang kita tau sanagt. bab merawat penyakit. almaklum pandai cari penyakit maka pandailah cari rawatan tradisional. amal tu lah ini lah.

pengguaan herba kesihatan perlu diperbagaikan, kerana hanya sebahagian kecil sahaja yang berbuat demikian bagi orang melayu kita. orang cina dan india tak usah cakap. diorang mempunyai lebih lama warisan dari kita. no wonder la diorang jadi camtu..

terlanjur menulis, teringat pulak iklan pati ayam daripada brand. cuba gak pi tengok-tengok kat kedai. mahal siot.. caner r diorang wat pati ayam ni. takkan diorang masukkan ayam dalam bekas dan tambah tekanan hingga ayam tu jadi pati yang tak berasa best sangat tu.

atau pun diorang wat macam wat pati ikan yang selalu aku amalkan bagi menggantikan pati ayam supaya jadi sentiasa cergas, cerdas dan senyuman lebih manis. pati ikan tu adalah budu, especially dari kelantan. caranya aku tak tau sangat. makan jer tau...

Tuesday, May 19, 2009

awal may dan kenduri kawin












pada awal may yang berlalu 2 minggu lepas, kenduri kawin telah berlangsung kat umah aku di kg. kenduri kawin tu milik adik aku yang merupakan anak ke-5 dalam keluarga aku. aku anak ke-4.

1 hb telah berlangsung di rumah keluarga sebelah perempuan. kendian 3hb kat umah aku di kg sokor, kok lanas. nak citer panjang-panjang pun dah hilang citernya sebab lama sangat delay nak tulis.


gambar yang banyak orang lelaki tu pastinya orang kg aku yang datang awal-awal pagi ke rumahku dan jadikan kedai kopi, eh tidak. diorang datang untuk bergotong royong menyiapkan kenduri kawin ni. amalan kg masih ada disini.

gambor yang banyak orang pompuan pulak adalah mereka-mereka yang sudah bergelar isteri di kg aku dan datang membantu keluarga ku menyetelkan kenduri ni. selalunya datang isteri datang suami sekali.

pastu gambor bersanding adik aku dirumah keluarga perempuan dengan di apit oleh adik kepada adik aku dan jiran sebelah rumah aku. asalnya diorang mintak aku tapi taknak lensa kamera asyik dok snap aku so aku bagi kat adik ke-6 yang kurang hensem sikit dari aku. hahahah

dan gambar keempat kedua ibu bapa aku bersama pasangan pengantin.


anyway, tahniah pada adik aku dan isterinya yang tercinta...

diari kosong

isnin malam pada tarikh 18 may 09 aku membuka sehelai demi sehelai lembaran diari. tiada tulisan mahupun contengan hampir seminggu yang lepas. apa yang terjadi sebenarnya?
adakah aku telah bangun dari tidur yang panjang ataupun baru kembali ke alam realiti?

ya... aku telah kembali dari suatu tempat... sepuluh hari yang lepas aku telah bertolak dari sepang ke bumi pendekar perak darul ridwan. selama sepuluh hari itu aku menyertai program jatidiri kesukarelawan nasional (PJKN) peringkat putrajaya 09.

namun bukan itu yang ingin aku bercerita dan berolek kata disini... pastinya sebelum berangkat ke PJKN, seminggu sebelumnya telah menjadikan aku sibuk dan tak dapat cukup tidur kerana nak cover assigment, midterm dan presentation yang telah dijadualkan pada minggu aku pergi PJKN.

alhamdulillah walaupun hanya 90% yang siap aku dapat enjoy program tu..
so before panjang-panjangkan cerita baik aku recap balik apa yang dahulunya aku nak tulis dua minggu lepas... kita keatas...