Monday, November 05, 2007

Tuhan yang satu, pencipta makhluk telah menetapkan jodoh seseorang manusia itu sebelum kelahirannya ke dunia ini. Dan diciptakan manusia itu berpasang-pasangan yang mana dikatakan suami adalah pakaian kepada isteri manakala isteri pula pakaian pada suami. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.


Salah satu cara meyakinkan diri kita adakah seseorang lelaki atau perempuan itu adalah jodoh kita adalah keazaman tanpa dirancang yang wujud dalam diri apabila melihat si dia. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan yang menarik perhatiannya, dia akan menganalisa perempuan tersebut secara tak langsung, situasi ini juga berlaku kepada perempuan.


Contohnya: Si A berkawan dengan B, C dan D. Satu hari mereka bertemu secara tidak dirancang. Seawal pertemuan tersebut, tiba-tiba terdetik dihati A "aku melihat C akan lebih cantik/tampan sekiranya aku mmbelikan pakaian padanya".


Keazaman yang tumbuh secara spontan tanpa dipinta ini adalah kata hati. Ia bukanlah benar pada semua orang kerana masih terdapat banyak lagi petua dan langkah untuk mendapatkan pasangan hidup.