Monday, June 29, 2009

dari cerita atuk

sekembalinya aku dari perantauan kt kg tu, banyak betul pengalaman yg dapat. selain mkn tido mkn tido, bersantai n bertapa di sekitar rumah, aku telah melawat datuk sebelah mak aku yang sedang gering sekarang disebabkan sakit tua. satu fakta disini dibetulkan kembali bahawa umurnya telah melebihi 90 tahun. secara detail dan tepat tidaklah diketahui memandangkan sewaktu kelahirannya jabatan hasil dalam negeri dan jabatan pendaftaran belum wujud sama sekali. jika ia wujud, tentunya ia berada dalam satu bangunan.

wujud jugak satu perenggan, menyusul perenggan kedua.

hampir dua bulan sudah atuk aku berbaring dan segala urusan peribadi dibantu oleh isteri, anak, cucu dan menantu. bagi yang melihat, kesian. bagi yang menanggung, tak dapat dibayangkan. aku cuba untuk berbakti pada atuk aku ni dan mujurlah dapat jugak datang kerumahnya setiap hari walaupun tak lama. menyuap makanan-minuman, memandikan, bercakap dan meneman dan membantu apa yang patut. bila tiba masa nak balik kl, rasa sikit ajer sumbangan aku jika dibandigkan dengan mereka yang lain.

terfikir, kenapa tuhan memberi cubaan sebegini? dan jika kita mendapat cubaan sebegini apa yang patut kita lakukan. kebenaran kata-kata rasullullah ada benarnya disini. ingat tak hadis 5 perkara sebelum 5 perkara. masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum sakit, kaya sblm miskin, lapang sblm sempit, hudup sblm mati. aku melihat situasi ini dan cuba merenungi hadis yg menyedarkan betapa masa begitu cepat berlalu. sedangkan banyak lagi tanggungjawab terhadap agama, manusia dan alam yang belum dilaksanakan. kita semua tidak boleh lupa tugas kita dibumi sebagai khalifah.

itu perenggan ketiga, keempat? teruskan membaca...

mungkin tuhan telah mengurangkan kewajiban atuk aku bersesuaian dengan tenaga dan usia emasnya. dan diisikan masa-masa dia untuk mengingati pencipta yang maha Esa. benarlah sekali lagi bahawa tuhan tidak memberati seseorang dengan sesuatu ujian melainkan orang itu mampu untuk melakukannya. dan bagi sesiapa yang berjaya, pastinya pelbagai hadiah yang menarik menanti anda.

bagi kita suatu hadis telah dibacakan dan diajar oleh rasulullah seribu tahun++ dulu. point dalamnya adalah:
diberkati umur yg ada
tidak lanjut usia hingga nyanyuk
tidak kembali seperti bayi yg memerlukan penjagaan.

supaya umur diberkati, setiap masa harus menjadi amalan dan dengan niat yang ikhlas, untuk mengelak nyanyuk hendaklah banyak mendapat dan memahami ilmu, untuk errrr.. yang last tu, wallahua'lam. ini perenggan ke berapa?

tiba kat kl

seminggu lamanya tak online bermakna semingu sudah aku kat kg. dan cerita seminggu yang lepas adakah akan dikisahkan kembali dengan tajuk 'revenge of the fallen'. nampaknya beberapa point mungkin diambil.

ia mengisahkan tentang ad yang balik ke kg dan ingin makan durian, namun dikelantan durian masih belum gugur dan dilambak-lambakkan seperti kt kl. arghh revenge, revenge, take revenge. dapat jugak la makan sebiji durian yang datang dari umah atok aku, nenek kata durian baru nak gugur.

tak kisahla about that fallen of king of the fruit itu sehhh. sebabnya selain durian, banyak lg buah-buahan yg aku makan seperti anggur, kurma, mempelam, tembikai, pisang, nenas, epal dan aku kategorikan bersama sebiji labu. hehehe.

kg punya pasal, buah-buahan jd cerita, macam dok kat gold coast australia la pulak. natijah dari cerita yang penuh dendam dan ironi nya ini adalah keteringinan korang yang membaca ini untuk makan buah-buahan tempatan.

apa kata kita pi makan durian beramai-ramai...

LET'S TAKE REVENGE!!!!...

Monday, June 22, 2009

sewaktu kipas berpusing

sewaktu dengannya aku sedang seakan mencari idea. bagaimana nak siapkan kerja dengan cepat dan efektif. ketika itu jugak berlegar persoalan dan satu perkataan tertangkap di pena minda. lansung ia menjadi permainan akal diatas helaian topus-topus ion fikiran. dakwat info berjejeran seolah air tebu diperah keluar dari mesin dibulan ramadan lepas. ko puasa tak waktu tu?

s.m.a.r.t.
tema dan ideologi cara kerja yg dikatakan effective oleh banyak orang dan ramai bijak pandai. sebelum menghidupkan amalan ini dalam diri, beberapa upacara perlu dituruti dan dibuat. utamanya siapa yang mempusakakan amalan ini, kurafat x.

secara mutawatir nya aku dapat masa pergi kursus, dengar dalam seminar, ada jugak baca buku supaya lebih banyak ingatnya.

s=specific
m=measurable
a=attainable
r=realistic
t= time oriented

specific. secara mudahnya apa yang aku tahu adalah tak tau pun. tp apa yang disampaikan secara jujurnya tak leh main buat jer, kena tau apa benda yang dibuat dan untuk apa, tengok lepentingannya. cek gak sapa yg patut buat dan seramai mana yang perlu. pastikan guna apa yg perlu sajer.

measurable
maksudnya ada target, ta tak taktak! ada banyak target, supaya lebih bersemangat dan tak cepat bosan. macam main game dalam komputer r, jap jap naik level. so targetnya dari yang mudah sampai yang complete kerja tu. kena pelbagaikan target ni dari segi masa benda tu dibuat, bagaimana nak buat, siapa yg akan jd next mangsa dan buat la tarhet apa pun asalkan jangan dok pening bilang target. sori, target tu pencapaian.

attainable
bley dapat. mat rock cakap "simple beb!, pasti setel". maksudnya lu da tau canner kerja tu nak dibereskan walaupun bleum buat lg. org putih cakap "get an idea". jadi anda mampu . anda mampu mengubahnya.

realistic
real beb, real. maksudnya barang bley jadi. kalo citer caner sesuatu kerja tu nak dibuat. orang yang mendengar percaya dan believe dan secara instintnya tau jika kita wat bley berjaya. jangan banyak short cut pulak.

time oriented
ada masa kerja tu akan dibereskan. make sure tak langgar masa orang lain. secara jujurnya bila bley abis kerja ni? tanyalah diri sendiri berdasarkan bagaimana kita nak setelkan ia.

InsyaAllah bley benda ni jadi panduan hidup.

Friday, June 19, 2009

ini ruang pejabat aku

hari selasa aku mula bekerja secara nak tak nak jer. pastu hari rabu kak yana bagi suh amik meja dan bawak komputer ke ofis dia. pastu satu ruangan jadi aku punya port. meja, kerusi, cpu, monitor satu serba satu. dan teneeeee. siap

cerita ini tidak ada kena mengena sama sekali dengan crita dibawah. cerita ini masih berkenaan aku yang masih ada kat miat. next july miat will organize a very big event for all aviators. the programme called aerocarnival will sit all aviation organizations, company, related body and we came to the front as wing for ths event to become real.

anyway, it seems that semester breakcstill warm and everybody like to "balik kg". whatever, my task must be complete before situation come worst.

a week to be spent for this aerocarnival'09 really come to the end even my jobs show little proggres. buat jerrrrrr

Wednesday, June 17, 2009

Esok dah jadi hari ini

Isnin 15 jun 09
lewat pagi ini, aku bangun tido, cuaca panas, tak seperti kul 8 pagi kelmarin. Oh rupanya dah pukul 11.30 pagi… tido skit lagi r…

….
….
Alhamdulillah, cas penuh dah. 100% pada pukul 1 tngahr.
Hari ini dah jadi hari isnin, tepat kul dua aku nak gerak ke kl, nak pi cari parttime kat klcc. Alik alik nak gerak, member yang janji nak gi sekali kol , katanya bley lambat skit. Dia nak jumpa kawan. So aku gerak lambat skit ke sana.

Bila dah sampai klcc, parking motor depan trader’s. berlari-lari ke petrosains sebab dah lewat, sampai jer, ish… member tak sampai lagi. Tunggu la kejap.

Lepas mintak jadi volunteer kat petrosains kitorang cuba beberapa tempat lagi yang dikhuatiri boleh amik kami. Mintak jadi jurujual minyakwangi, jual baju dan restauren minum dan makan.

Tapi semuanya isi boring dan tunggu panggilan. Terpaksalah

Nape kami cari kerja parttime…?

Sebab sekarang cuti sem dah mula. Tak lama Cuma sebulan jer.

bye,

Insaf rdp g7

13 dan 14 haribulan enam. Satu kursus telah aku hadiri bertempat di jalan bentong lama, saat-saat melalui perkampungan orang asli, terasa sejuk dek hempasan angin perbukitan. Memang sejuk bagi sesiapa yang melalui tempat itu. Bukan seram sejuk dan aku tak bermaksud untuk membuat spekulasi berkenaan peristiwa mistikus.

Bertempat di rebutia d’perkasa camp, aku bersama seorang lagi student miat, 5 orang student ypc, 5 orang student uia dan 6 orang pelajar iic. Sorang lagi aku tak sure. Mengikut jumlah matematiknya ada seramai 19 orang bakal faci.

Ooooo kursus pemantapan fasilitator, bukan sebab kurang mantap tapi oleh sebab dah masuk universiti, ia dipanggil kursus pemantapan. Kalo baru abis sekolah baru panggil kursus asas fasilitator.

Selama dua hari yang cukup indah dan memorable, kami diikat dengan perkenalan dan modul yang mengetatkan lagi hubungan kami sebagai wakil rebutia d’perkasa. Kami adalah duta pada program-program akan datang.

Dari awal kedatangan kami, kami berkenalan melalui beberapa modul iaitu lukisan sendiri dan interview, disini mida interview aku dan aku kena interview …… tak ingat la pulak. seterusnya berkata-kata dihadapan khalayak yang tak berapa dikenali ini menggunakan bahasa parlimen dan dipanggil y.b.

Petangnya kami cuba mengenali apa itu fasilitator dan tujuannya. Petang petang lepas petang tu lagi hujan turun dan kami ubah dari buat flying fox kepada belajar ikatan dan buat gajet cam masuk pengakap masa kecik-kecik dulu.

Buat rak kasut tiga tingkat membolehkan aku, shah, star dan sorang lagi student ypc, sori lupa nama. Yang pompuan lagi lupa, hehehe

Sebelum malam menjelma kami kena masak ayam bawah tanah, masaknya x sure masak ker tak. Anyway buat ajer. Tiga kumpulan memasak, aku sewakil sekumpulan dengan haris, azizi, azam, farah, pak ein dan wan.

Malamnya kitorang kena kupas buah kelapa dengan rakusnya dan memang kumpulan kitorang dikenali sebagai kumpulan rakus mengopek, anyway kami memang bekerjasama. Ada gak sesi jadi vegetarian bagi summer fasi ni.

Alamak panjang pulak aku tulis ni, cut short sikit. Esoknya kami buat flying fox dan bagaimana nak menyelia benda alah ni. Pastu berenang-renang dan lepas zuhur majlis penutup.

Kul lima jugak habis majlis penutup yang bermula kul tiga ni. Lepas tu aku gi ofis ia tech jap then g umah sewa adik aku jap belakang uia seterusnya pi pulak ke rumah kakak aku kat pinggiran batu caves.

On the way balik ke miat aku ajak auds minum kat bistro mamak manantah depan komuter serdang. Lama betul tak jumpa si auds ni, dulu jadi presiden pengakap uia dan aku jadi tali barut dia, heheha. Kekadang aku mengkronikan dia dengan pelbagai program.

Pastu aku balik ke miat dan sampai kul 12.30 mlm, ngantuk dan terus tido.

Wednesday, June 10, 2009

selepas dan sebelum exam bhgn dua

5hb hari jumaat telah sampai aku ke gombak
di waktu azan isyak berkumandang
so terus gi solat.....
pastu ke lt1 hs iaitu dewan kuliah di uia
ada program, dah mula, kataku dalam hati

quranic kem anjuran akhi project
no no no kelab akhi
opps sori... sebellum tu jumpa jai dan mira
bekas akhi, pergi ke dewan dengan dia

tegur beberapa orang secara ala kadar
yang mana kenal... kenallah
yang mana tak kenal... tak kenal lagi
adik adik pun sama, ramai tak kenal

pastu lepak kat depan pintu kelas peserta
diorang tengah mengaji, ngaji quran
yg lepaknya aku, jai kaki borak dan roha kaki borak
lama jugak ngumpat, ngata, mengenang dan memuji-muji

dan malam tu aku tidur di masjid bersama peserta
kul doblas dah tutup lampu
tapi diorang ni tengah excited tido beramai-ramai
yer tak yer pagi nyer ada qiamullail
kecoh kecoh dalam gelap,
last last tido kul 2.30
bangun jugak diorang kul 4.30
bangun qiamullail

lepas kuliah subuh ada riadah
tapi ikhwan dan usop ajak pi makan nasi lemak
paling best kat area situ
so kami pun pontengla kejap
kami paling awal sampai kedai makn tu
kedai blum bukak
tunggu jer tepi jalan
last last bukak jugak
memang sedap,
ayam kena langgar depan kedai pun kami tak perasan

dah tengahari kat malaysia
hari sabtu kat malaysia
mata dah ngantuk
orang tegur jawab ala kadar
sempat borak ngan geng catering
depan lt1 hs jadi kenangan
farah yang suka biawak
farhana yang suka masak air
sofiah baru, ingin kenal apa itu akhi
blur skit

dah tu aku pi tido kat bilik yang ditinggalkan
yang budak tu tido semalam
pasang ekon, pasang kipas dan tutup lampu
kul 6 ptg aku sedar diri dan terus solat asar
bagusnya

alahai da malam
mungkin sebab matahari terbenam
jai datang lagi
roha pun datang jugak
jai kata "jangan pandang belakang"
tak tak dia tak kata gitu
dia kata angah nak datang
bawak makanan
kami borak dan makan kopok lekor

pagi yang gelap kini sudah terang
aku terbangun ada pompuan kejut
kami terlewat tapi belum terlambat
solat subuh tetap dalam talian
lepas baca quran ngan adik-adik
masa untuk main tiber
raja koboi menjadi hidangan
siapa hebat siapa menembak

pagi di kulliyyah engineering
tempat main explorace
ramai yang sesat
malah aku pun turut blur
tmpat lama nak kenang dulu baru ingat
kena pulak jalan ngn sorang budak bawah umo
tunjuk jalan dan sembang
tapi hati kat cafe hs
ada yang dah menunggu
untuk penggambaran buku baru
penulis baru la katakan

dah dah dah
sampai sini jer citer ini
bye

Tuesday, June 09, 2009

selepas dan sebelum exam

ni cerita selepas final exam yang baru abis 3 paper.
pada 3hb june hari rabu
dengan baju sekolah miat pergi ke klia.
tangkap gambar dan amik semangat.
anjung tinjau jadi saksi.

cepat-cepat balik sebab parking nak expired.
alamak!!! kena bayar parking dua jam.
guna cuma sejam 7 minit.
tak kisah, petang pi tempat lain pulak.

bertempat di the mines.
dengan sebuah kelisa biru.
dari tengahri + petang bawak ke malam.
lima orang sampai kul 5.15 petang.

main bowling rm 7 satu game...tak berbaloi.
aku jalan-jalan dalam giant.
beli cadbury dan layan transformer kat bahagian jual tv.
kena cepat, 6.30 tiket untuk tengok terminator.
berbaloi ker bukan tgv bukan gsc?

jalan-jalan pesta buku mini kat situ.
tak beli buku.
tapi lepas tu baca buku depan toycity.

keluar dari situ langit dah gelap.
nak naik perahu tak berbaloi.. da tutup kot.
amik gambar jer.
bateri pulak abis power.
guna hanset jer.

on da way balik ada awek kete kancil.
3 orang.
main potong-potong.
main kejar-kejar.
eh jalan raya bukan tempat main.
kami istighfar.

pi makan pulak.
dok pilih-pilih kedai last sekali sampai bangi.
depan m.f.i jugak tempatnya.
layan jer.

jom balik.
makan tu slot terakhir.
eh blum lagi.
bagi note kat kete kancil td.
ooo ikut sampai balik yer..

takder lahh.
balik dulu..
jam dah dekat kul 12 malam.

mendatang....
ada 4 paper lagi.

Monday, June 01, 2009

1 jun yang berlaku hari ini

satu jun dan hari isnin harinya.
mulai hari ini aku dah tukar no hanset yang baru.
hanset masih sama.
orang pun sama lagi.

kendian aku memulakan baca buku terbaru.
"optimal thinking" which the next step beyond "positive thinking"
the input...so powerful