Tuesday, August 29, 2006

aku mahu terus hidup

sejak aku terbaca satu catatan seseorang yang amat disegani..tetiba aku terfikir akan mati.. pikir-pikir mati jer aku ni.. bukan aper, bila aku mati nanti, apa aku nak tinggalkan kat dunia ni.. kalau la nicholas copernicus telah tinggalkan nama yang menyebabkan ramai orang kenal dia,, tu dia telah buat satu jasa tentang teori baru mengenai alam semester ni. aku pulak nak buat apa?? sememangnya terlalu banyak perkara kat dunia ni yang belum manusia terokai... dari benda yang sekecil-kecil zarah sampai the infinity of the universe. namun satu jer yang aku rasa kecerdikan aku diperbodohkan... bila aku menurut kata-kata manusia sekitar.. yang mana aku tak pikir pun sebab yang konkrit dan logiknya arahan itu dikeluarkan. tadi baru habis satu program,, dalam program tu, komiti kena pakai baju kemeja dan bertai. arahan ni sememangnya aku tunggu untuk taknak patuh. sebab masih belum sampai fikiran aku untuk pakai tai. lagi pulak aku masih belum dapat ada baju kemeja sendiri.. hai, sungguh biasa jika dilihat dari sudut yang kecik.. akan tetapi sekiranya semua askar dan tentera membuat keputusan untuk tidak pergi berperang,, pastinya diorang sedar yang peperangan itu hanyalah disebabkan seorang pemimpin yang membuat keputusan dalam keadaan yang tidak baik bagi dirinya. dia bukannya pergi berperang sekali dengan bala tenteranya, jelas bertentangan dengan diri nabi Muhammad yang memimpin tentera. berbalik pulak kepada jasa orang macam aku ni. yang mana usia masih muda, dapat pelajaran, dan mempunyai keluarga yang sempurna. semakin dalam difikirkan, ramai manusia diluar sana berfikir untuk diri sendiri. tidak nampak apa yang dia mahu untuk diri dia. tapi terabai dengan suasana persekitaran yang terlalu keduniaan. lelaki bujang yang tak sudah-sudah mahukan teman hidup. perempuan pun sama jer, ramai yang masih risaukan bakal suami. nak kawin lambat lagi. bila dah ada calon, terserong tujuan walaupun masih dikawal syariat. aku pegang dan tak lepas lagi kepercayaan bahawa "tiada cinta antara manusia". yang kemudian pulak manusia yang terpengaruh dengan bunyi-bunyian. kereta driff diorang berteriak, best katanya. bunyi nyanyian penyanyi, dia melaung lagi, tiba pulak bunyi F1 dan motor di jalan raya, lagi tak putus putus wow yang keluar dari mulut. bunyi jer tiupan wisel dari pengadil, gol diteriak , dalam masa yang sama, bodoh dan bangang dihadiahkan untuk pasukan yang dobolosi. apa telah terjadi sebenarmya pada manusia-manusia dalam situasi diatas . aku terpikir adakah diorang memikirkan betol tak sifat yang telah ditunjukan.aksi yang agak tak biasa dilakukan pada hari-hari biasa.

Wednesday, March 15, 2006

kini menantikan hari-hari yang mendatang. pastinya ada sesuatu persoalan yang bermain di kepala. bukan satu malah lebih dari itu. sebenarnya tak perlu difikirkan persoalan yang sudah terjawab. namun manusia selalu lari dari menghadapi fakta dan kemungkinan. ya, baik saja bercerita tentang si orion, bintang berwajah manusia berbadan cam manusia yang tak cukup baju. keramatnya jangan dipercaya kerana manusia melayu belum mempopularkan bagaimana ia tercipta dan diberi nama. ambil dulu cerita greek. asalnya seorang dewa yang amat power. tapi aku terpaksa kluar dulu, nanti aku sambung