Tuesday, December 02, 2008

menjadi usahawan






Pada 22-26 november 2008, iaitu selama lima hari aku telah menyertai latihan keusahawanan siswa (LKS), bertempat di Malaysian Institute of Chemical Engineering Technology (MICET) kat alor gajah, Melaka.Bayar Cuma lima ringgit. Cikgu bagi ker tak? Cikgu mempersetankan aku datang kelas atau tak kerana takder kena mengena ngan hal ehwal peribadi dia.

Sebenarnya waktu tu MIAT cuti seminggu sempena study week sebelum final exam, yer tak yer aku cuma pergi dari hari sabtu hingga rabu jer, masih berbaki dalam minggu tu hari khamis hingga ahad masa untuk cover sumer subjek-subjek yang ada.


Citer pasal MICET bolehla promote sikit-sikit, ia adik beradik MIAT di binkan pada Universiti kuala Lumpur. First time datang ke MICET memang satu kelainan, kosong dan semua pelajar dah balik cuti kecuali tahun akhir jer. Cuma yang pergi hanya 25 orang yang menganggap dirinya terpilih, iaitu 14 orang dari miat dan 11 orang dari MFI(Malaysian-France institute ). Sekali lagi sesi promosi. MFI ni terletak kat bangi dan budak dia bukan orang perancis mahupun dididik dengan adat budaya orang-orang cakap sengal tu.

Pada hari pertama aku di bestkan dengan slot bicara usahawan, seorang usahawan tani dalam bidang penternakan ikan air tawar. Brother ni dah 14 taun berkecimpung dalam bidang ni. Ada 25 buah kolam dan dia kerja sorang-sorang. Mula-mula aku ingat dia pakai jin, tapi seolah-olah dapat membaca fikiranku, dia menjawab dengan perkataan tidak.

Walaupun begitu, brother yang bernama amir asran ni citer pengalaman beliau dari susah hingga jadi senang. Tercengang jugak kami. Salah satu pengalaman beliau adalah, bila berhadapan dengan dugaan dan masalah yang rumit, jangan putus asa, cuba cari cara untuk mempermudahkan perkara tu.

Jadi aku simpulkan bahawa orang yang berjaya adalah dengan mempermudahkan masalahnya untuk diri sendiri dan orang lain. Bila diaplikasikan dalam dunia student, jelas…. Aku juga perlu mencari cara study aku yang tersendiri supaya dapat menghadam semua ilmu dengan baik mengikut nature tubuh badan aku.


Hari kedua adalah mengenali lebih mendalam tentang usahawan, kami di bahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan di bantu oleh seorang fasilitator. Kursus ni bersifat santai sehingga malam kedua aku hanya tengok astro dari kul 8mlm sampai 12 mlm.

Hari ketiga ada simulasi jadi usahawan, taknak citer panjang. Buat group kecik dan bina perniagaan. Pastu petangnya pergi lawat ladang ternak encik amir asran yang seluas 5 ekar. Pastu petang tu jugak pergi ke Bandar melaka jalan-jalan sampai malam. Ramai yang naik menara Taming Sari tapi aku tak sempat sebab tak cukup masa dan aku mengambil keputusan untuk berkecuali dan menganggap itu semua dunia semata-mata.

Hari ketiga banyak buat test mengenali diri sendiri dan menyesuaikan dengan ciri-ciri usahawan. Hari keempat tak nak citer lebih tapi malamnya aku dan beberapa orang lagi curi keluar overnight kat bandar melaka. Kul 7 pagi kami telah sampai ke MICET semula.


Hari kelima ngantuk-ngantuk dalam kumpulan tetapi fasi dia memang best, banyak maklumat terkini mengenai ekonomi malaysia dan dunia di dedahkan pada kitorang. Namun antara banyak, aku dapat mengenali dan mendapat lebih ramai kawan dari MFI, juga dapat berkenalan ngan dua kumtum bunga dari MICET, anis dan wawa.



Sunday, November 30, 2008

test modul 4 summer camp

Petang sesudah aku bangun tidor agak redup cuacanya, tiada gelap kelam nak hujan macam semalam dan tidak terlalu panas umpama beberapa hari lalu. Adakah aku patut tidur tengahari setiap hari dan bangun lebih kurang pukul 5 petang untuk memastikan cuaca sebening dan seceria hari ini, pada setiap hari?.

Tanpa menjawab persoalan kontroversi tersebut, aku sebenarnya agak penat tadi sampai tertidur apabila hari kedua menjalani apa yang disebut di miat ni sebagai test modul. Ia adalah 2 hari dimana modul yang akan dilaksanakan pada “aviation summer camp” yang bertarikh 13-17 disember 2008 di applykan pada komiti dan fasilitator terlebih dahulu.

Agak munasabah dan agak baru bagi aku, pada pendapat aku jika akhi buat macam ni tentu lebih best kem-kem yang akan dijalankan pada tahun hadapan. Ia adalah satu feeling the real yg peserta akan lalui dan yang melaluinya dahulu adalah komiti.

Anyway itu adalah salah satu dari tujuannya, ada lagi… nak rapatkan dan saling mengenali komiti yang berjumlah 38 orang. Nak timing setiap modul untuk bajet masa sebenar pada hari kejadian. Nak edit mana yang patut pada modul yang akan diguna dan memastikan semua orang tahu apa benda yang ingin dibuat sebenarnya.

Adakah tak pernah berlaku pada akhi, pernah. Pada pendapatku, mentor dan komiti kena lah open minded sikit, bila arahan cakap pakai pakaian sukan, kenala pakai. Bukan hanya datang untuk melihat dari tepi. Pastu modul tu kena banyakkan aktiviti fizikal.

Esok dah start final exam kat miat ni, so dari 1hb dec hingga 18hb dec adalah waktu final exam. Tengah-tengah ia ada raya haji dan cuti beberapa hari. Dan tambah sikit untuk aku dan beberapa orang yang lain adalah aviation summer camp. So sapa nak join, cepat-cepat hantar penyertaan dengan fees sebanyak rm 250.00.

Banyak aktiviti menarik kat kem ni, ada joy ride iaitu naik helicopter, start engine kapal terbang, pergi lawatan ke air traffic tower, buat glider, talk dari LAE (life aircraft engineer) (cita-citaku) dan banyak lagi aktiviti menarik yang melibatkan dunia penerbangan. tambah sikit, ia recomended for tingktn 4 & 5 dan sedang tunggu result universiti.

Aku pulak kena pi study da ni. Sem ni nak bajet cgpa yang tertinggi dan tiga tahun akan datang tak nak bayar pinjaman tetapi menukarkan ia kepada biasiswa penuh. hahahahahahaha

Friday, November 28, 2008

azam tahun baru

dulu aku mempunyai persepsi bahawa tak boleh buat azam baru menjelang tahun baru. namun jika diperhatikan, kita selalunya membuat azam apabila tiba waktu tahun baru dan apabila semua orang bercakap tentangazam tahun baru.

apa yang selalunya berlaku adalah semangat yang menjadi hangat-hangat tahi ayam, bila hilang hangatnya maka seoalah ia hilang dari pandangan, dan terpijak.

hampir sebulan lagi tahun masihi akan menjelang, tak tau mimpi apa aku dah bersibuk ngan azam untuk hari mendatang. bagiku tak kisah jika mau mulakan azam bila-bikla masa,. itu lebih baik dari orang yang tak mempunyai matlamat.

jadi aku dahpun menyediakan beberapa rancangan cita-cita dalam kaedah persuratan. anyway dalam bidag kedigitalan, aku dah siapkan facebook dan tagged. satu percubaan yang agak drastik bagi ku. dan cadangnya nak buat layout isian terbaru bagi wordpress mekanik aku.

banyak lagi nak buat dan aku hanya berharap dapat terus hidup dan sihat walafiat sehingga saat itu. hahaha

Sunday, November 16, 2008

Aku dapat adik-mentee baru?

Hari apa aku tak ingat. Cuacanya mengikut turutan hukum alam, tengahari tu langit tinggi dan cerah, semakin matahari turun disebalik hutan, berarak lapisan awan tebal mengurangi ketinggian penglihatan, kelam dan gelap pertanda hujan bakal menyelinap lapisan awan tuk turun kebumi.

Petang itu aku memulakan perjalanan ke pekan terdekat untuk dua urusan, print gambar dan servis motor. Sebaik sahaja sampai ke pekan dan menyetelkan urusan pertama, hujan mencurah seolah tertumpah dari bakulnya.

Nasib ku baik kerana dapat berlindung dalam bangunan tempat urusan dijalankan. Namun motorku, entah apa nasibnya ditimpa hujan sebegini lebat, dalam pasrah dan rela aku tersenyum kerana motor itu dibuat dari besi yang kuat dan dibina di negara Jepun yang terkenal dengan teknologi permotoran yang terulung di dunia.

Eh eh, lupa pulak nak citer tentang tajuk diatas. Tajuk ini telah siap digezet selepas beberapa kali bacaan di dewan rakyat cawangan sepang beralamat lot bilik aku dan tempat makan miat.

Yang dipertua dan yang berhormat sekalian, sedang saya dok lepak kat kedai mamak menunggu motor diservis dan hujan abis kat bakul atas langit tu, mamak-mamak sekalian yg ada kat situ tidak menjumpai surat khabar yang dipinta. Ini amat menyedihkan kerana negara kita sedang menuju negara berdasarkan k-ekonomi. Sila jawab yg berhormat.

Yg berhormat, tetiba datang sorang custumer ke meja saya sedang minum dan menegur untuk minum semeja. Brother ni dah kerja yg berhormat sekalian. Dan dia da kawin serta sedang mempunyai dua orang anak.

Kami borak la sambil berkenal-kenalan. Brother ni cakap anak sulong dia masih belum tahu membaca sedangkan beliau telah berada dalam darjah 1 dan akan ke darjah 2 tahun depan. Yg berhormat sekalian. Brother ni mintak saya membantu anaknya pada hujung minggu dan akan memberi imbuhan sedangkan saya seorang yang ikhlas, tiber.
( apahal! )

Sebagai seorang warganegara dinegara hadhari ini, saya terpanggil untuk membantu, namun bagaimana yang berhormat? Dari perspektif melayu glokal saya yakin budak itu bijak. beliau ada peluang menjadi perdana menteri Malaysia, ia hanya perlukan sedikit pendedahan dan pengalaman.

Sebelum saya sain kontrak yang akan bermula pada suku pertama 2009 akan datang, saya meminta pandangan yang berhormat sekalian untuk memberi pandangan memandangkan saya bakal memegang portfolio tambahan menjelang peralihan kuasa pada mac akan datang.

Mengikut maklumat ejen CIA dalam tahanan ISA sekarang, beliau adalah seorang ”lelaki ini” berumur 7 tahun, mempunyai seorang adik berumur 5 tahun. Warganegeri tidak dapat dipastikan kerana ibunya seorang nurse berasal dari selangor dan ayahnya adalah brother tu dan berasal dari kelantan. Ayahnya kerja kat maskargo sepang seminggu siang seminggu malam.

Saya kemukakan idea saya setakat ini mengikut lunas perlembagaan lord reid;

Terima kontrak tersebut dan kurangkan aktiviti dalam portfolio terbaru dan portfolia sedia ada.
Subkontrak kepada kontraktor-kontrktor bumiputra kelas F yang tidak disenarai-hitam di bank negara.
Membantu ibu-bapanya dengan 100 pandangan dalam dasar ”bantu ibu-bapa adalah bantu anak-anak”.

Monday, November 10, 2008

the yang memberi inspirasi

aku dapat satu email yang jenis forward-forward ni. bila baca satu email ni, ayat dia cam best jer. jadio aku pastekan kan sini unutk jadi tatapan bersama dan idea untuk jadi lebih baik.

The most destructive habit: Worry

The greatest joy: Giving

The most endangered species: Dedicated leaders

Our greatest natural resource: Our youth

The greatest "shot in the arm": Encouragement

The greatest problem to overcome: Fear

The most effective sleeping pill: Peace of mind

The most crippling disease: Excuses

The most powerful force in life: Love

The most destructive pariah: Gossip

The most incredible computer: The human brain

The worst thing to be without: Hope

The deadliest weapon: The tongue

The two most powerful words: Can do

The greatest asset: Faith

The most worthless emotion: Self-pity

The worst thing you can lose: Self-respect

The most satisfying work: Helping others

The ugliest personality trait: Selfishness

The most beautiful attire: A smile!

The most prized possession: Integrity

The most contageous spirit: Enthusiasm

The most powerful communication:Prayer

To the world, you may be just one person; but to one person, you may be the world!

Measure wealth not by the things you have,
but by the things you have for which you would not take money.

Friday, November 07, 2008

budaya hedonisme

khutbah jumaat yang lepas nyata tidak membosankan apabila khatib dengan bersahaja tidak menggunakan teks khutbah, dengan penuh keyakinan para jemaah sekalian dikhabarkan dengan satu peluru penyebab kematian jiwa muslim, budaya hedonisma yang merebak dalam masyarakat.

definisi khatib cukup mudah difahami, hedonisme adalah budaya bermewah-mewah dalam kehidupan. ia sudah menjadi virus yang kuat dalam masyarakat islam sekarang. mana-mana muslim dan muslimah yang terjebak dalak budaya ini selalunya tidak perasan bahawa tabiat membeli-belah secara berlebihan, ingin menunjuk-nunjuk dan sikap mementingkan diri sendiri serta tidak kurang memberi adalah satu sifat yang dikutuk oleh rasulullah s.a.w. ini kerana ia adalah satu hedonisme.

bertentangan dengan hedonisme adalah bersederhana iaitu selalu membantu, tidak mementingkan diri sendiri dan mencukupkan keperluan seadanya.

mendengar khutbah kali ini mengingatkan aku tentang kepelbagaian yang ada dalam kehidupanku. adakah aku termasuk sekali kedalam golongan yang dikutuk ini? ataupun aku jenis yg dilihat seangkatan dari golongan ini tapi tidak mahu mengaku dan inilah yang lebih teruk dari golongan pertama.

ya,,,, kadang-kadang kita membuat andaian dan kesimpulan dari kefahaman kita mengenai duni. dari perspektif mana tidak diambil kira. sebetulnya sebagai seorang islam haruslah kita menjadikan quran dan sunnah sebagai pedoman . dua sumber ini dapat dirujuk melalui kefahaman ahli hadis dan ahli tafsir dan mereka yang mendalami kedua bidang ini.

tidak dinafikan, kekadang timbul rasa gerun sedang kita cuba menafikan angkara perbelanjaan kita, gaya kehidupan branded kita, penampilan kita, sikap sosial kita, pemikiran hedonisme kita sudah melatari batasan syariah yang dibina oleh rasulullah.

jom sama-sama kita renungi diri sendiri bagaimana harta, kuasa dan rezeki kita di dunia ini dihabiskan.

Sunday, November 02, 2008

konvoi


semalam hari ahad 2/11/08. Tawaran dan ajakan bersambut selepas apabila sahaja aku sampai ke tempat menginap. Malam sebelum itu aku stay kat umah abg aku dan tak berapa pasti untuk pergi atau tidak. Aku pergi jugak untuk mendapatkan pengalaman baru di tempat orang. Dengan berkenderaan sembilan buah motor, adalah seramai lebih kurang 18 orang pergi dan semuanya budak miat.

Bertolak lebih kurang kul 10 pagi yang asalnya jam 8 pagi nak bertolak, at least bergerak jugak rombongan ni ke kuala pilah. Lebih kurang kul 11.30 pagi sampailah kami ke hutan lipur ulu bendul selepas berhenti beberapa kali, tempat dekat jer tapi tiap kali berhenti, sebatang rokok ugak habis, ish ish ish diorang ni....

Dah sampai tu, sesi memanaskan badan dimulakan dengan terjunan kedalm sungai dulu, apa tak nya, semua dah terliur nak merasa kesujukan air terjun yang sukar dinikmati di kl mahupun di lapangan terbang.

Dah tu, kejap-kejap kena la naik ke darat kerana nak baker ayam, banyak ketul tu, 7 ekor ayam untuk 18 orang makan, ayam diperap sehari dalam peti sejuk ditambah pulak sosej yang di buat dengan usus binatang apa aku pun tak tau, harap-harap la jangan si babi. Percaya jer dengan logo halal jakim di situ..

Tak pasal-pasal hari sudah meninggi ke tengahari, lepas solat zohor, ayam masih belum siap. Kami yang dah kelaparan ni curik-curik la makan sosej yang dah siap, jajan memang rembat habis.

Hampir ke petang, hujan renyai-renyai diiringi yang hujan lebat, alhamdulillah siap jugak ayam dibakar namum hujan semakin lebat dan bertambah lebat selebat bunyi kelaparan perut setiap orang. Bulat kata semua, ayam dijamu dalam hujan, makan dalam hujan dan manambah kesedapan dengan sos berkuah hujan.

Alkisahnya mandi hujan di ai terjun ni belum habis, dah siap melahap 2, 3 ketul sorang . ada sebahagian yang berani pergi mandi, aku tak tau la., luckily takder ibu air melanda , kalau tak confirm-confirm dah jadi mayat diorang ni. Dah bagi peringatan tapi tak mau
dengar jugak, lantak korangla.

Balik 3x. dan kami pun berangkat pulang dengan menyusuri tepian sungai ke tempat parking motor, terasa jugak kejauhannya setelah penat menggigil dalam hujan dan air sungai. Tambah pulak aku tak pakai selipar yang mana selipar tu disimpan dan dilindungi dari air.

Dah tu apa lagi, kami pun berangkat pulang balik ke kampus , merempit jugak dalam lebuhraya, nak kata terkezut tak terasa pulak tapi odometer tunjuk 140 km/sejam. Laju tak laju, sampai jugak kami ke tempat asal, dan rasanya program kali ni memang best, planning lepas ni kami akan ke port Dickson pulak selepas final exam ni.

Friday, October 31, 2008

what a good luck

2,3 hari mengelamun... tak abis-abis... seolah satu beban jatuh tertanggung.
jadi semalam aku mengayuh kaki ini pergi ke suatu kawasan, masih ramai di sana.. sedang bekerja mengikut arahan dan tugasan.

aku sedang berada di bilik seorang pegawai admin miat.. selepas memberi salam dan duduk denagn selesa aku memulakan kata-kata.. seboleh bolehnya tanpa salah dan kedu di bibir namun terkadang ada jugak status salah terpahat dengan kata "alamak" di hati.

aku: encik, saya nak tanya tentang program ijazah disini...
en jald: so apa awak ada..
aku: kalau nak guna matrik boleh sajer..'
en jald: senang jer, isi borang
aku: sekarang saya masih pelajar kat sini..dan sebelum ini...
en jald: kat ner
aku: uia, boleh transfer kedit tak..(boleh buat 3thn setengah)
en jald: kena bagi coordinator tengok.. boleh jer
aku: senang tak nak tukar-tukar ni..
en jald: senang jer, isi borang dua tiga minit.. buat surat ngan ayat-ayat power sikit..
tapi ada masalah sikit kat pinjaman... sebab nak tukar status masalah sikit..
aku: terima kasih en jaldin, saya cuba refer HEM dan coordinator ... saya akan pertimbangkan balik, terima kasih banyak ats maklumat tersebut..

dan aku berjalan pulang, sedang memikirkan kenapa dulu aku memilih diploma bukan ijazah...
dan kenapa tibe-tibe nak tukar program?
jadi aku balik dan merancang unntuk menyelesaikan masalah ini dan mendapatkan keputusan yang jelas dan tepat...

1st: meengadu pada yang maha kuasa dengan istikharah dan sunat hajat
2nd: cek balik reasons pilih program diploma
3rd: tengok kelebihan dan kekurangan kedua-duanya pada hidupku dan compare.
4th: buat keputusan dengan melihat jangka panjang dan pendek..

alhamdulillah... sebelum maghrib aku dapat membuat kesimpulan dan menetapkan pendirian denga satu jawapan yang kukuh..

jawapan: stay dengan diploma
reasons: aim for lesen l.a.e, cepat abis belajar, nak buat bisness masa study, lepas ni amik ijazah dalam program lain maybe bisness admin, nak kerja part time masa study. . kerja kat uk atau australia by 2012.

lesson learn dari permasalahan ini:
syukur sebab datang masalah ini, ini membuktikan diriku sedang meningkat dari segi kematangan, kecerdikan dan keterampilan. matlamat sememangnya wajib ditulis supaya boleh direfer kembali bila tersimpang haluan dan untuk kembalikan semangat.

Tuesday, October 28, 2008

expired work

inspired tu dah dekat sebutannya dengan expired. betul!!!!!!. dua-dua perkataan ada kaitan dengan diri. yang pertama tentang kerja part time dulu kala di pizzza. waktu kerja dah expired dan aku telah pun dapat waktu santai ku semula.

tinggalkan tempat kerja ketika promosi 5 hidangan sensasi baru sedang panas dan betul-betul sensasi. belum dapat rasa tetapi semestinya 5 hidangan tersebut memang best. tahniah kepada pizza.

tiada sebab khusus melainkan inspirasi dari bahan akademik yang semakin meninggi di timbuhan bahan pelajaran, semua kena baca, smua kena hafal, everything must be on schedule. dan penunjuk aras yang agak aku geruni hingga terpaksa berhenti kerja adalah midtest yang sedang bermula.

alhamdulillah dapat jugak score, highest tapi masih rendah, 88/100 result terbaru. paper yang agak risau dalam bab engine, ada sorang mamat dalam kelas ni dah jadi pelajar kesayangan lecturer. mungkin sebab dia pandai dan boley harap.

it's ok, dah la muka agak matang, pastu bekas graduate ijazah aeronautik utm skudai, mau tak power. respek jugak la, mana nak cari, lepas spm terus masuk skudai. sekolah aku pun 5,6 ketui jer.

anyway, sebut pasal study ni takleh jiwang-jiwang, takleh kerek-kerek sama member, jeles-jeles memang dah tak boleh, sapa study dia dapat, yang tak study jer yang tak dapat. everything on par.

classmate yang tu tak kisah lagi. tapi yang selalu ponteng kelas memang naik risau den. kat sini bukan macam uia, tak datang lecturer tak kisah, kat sini lain. tak datang boleh kena bar dari final exam. dah tu pelajar dalam kelas tak sampai 25, lecturer melayu dan pelajar hampir semua melayu. jadi kenal dan saling mengenali.

lantak la diorang, sbanyak mana aku boley tolong aku tollong, tolong orang maknanya tolong diri sendiri jugak. nasihat aku simple jer, tidur malam jangan lewat sangat, rambut bagi pendek dan kemas, taknak buat assignment pundatang la tiru, tiru jangan tiru bodoh. jangan tido dalam kelas. kurangkan hisap rokok, badan kena cergas dan otak mau cerdas.

inilah nasi, nasihat.

Sunday, October 12, 2008

myvi s.e

Pagi pergi kelas, pastu balik kelas, pastu makan, pastu pergi rumah terbuka ustaz tengku, pastu balik bilik, bersiap dan pergi kerja ngan motor.
Tarikh sebenar adalah tidak dapat dipastikan dengan cuaca hujan renyai-renyai disaat aku memulakan perjalanan ke tempat kerja.

Tetamu hari ini seramai hari-hari semalam, sale tak kurang dari 9ribu membuatkan pekerja-pekerja agat kalut buat itu-ini. Anyway aku tetap cool kerana kena jaga pintu sajer, pastu pulak jaganya dua orang. Pergerakan digit nombor pada jam digital telahpun memasuki pukul 11.00 malam. Dan malam ni aku kena stay sampai kul 12 sebab ada manager paksa aku stay.
Oleh sebab tak tau nak buat apa, jadi aku pergi lap sudu garfu yang baru dibasuh. Sedang dok leka mengeringkan air, tetiba salah sorang kawan amik tisu dan pergi ke seksyen c yang dah takder orang. Dengan buat tak kisah ngan cara dia yang agak laju tu aku terus gigih mengelap sudu dan garfu.

Pastu bunyi esakan dari seksyen C tersebut, sah da budak ni nangis, mula-mula tu tak berani nak jengok, tapi sebab seksyen tu depan mata aku, aku pun jenguk tengok dan seorang perempuan sedang lap meja sambil mata menitiskan air mata, sah! Dia yang amik tisu tadi.
Alamak! Dia prasan aku tengok dia pastu cepat-cepat buat kerja mengeringkan air dari sudu, garfu dan tisu. Mata kami sempat bertentang dan aku dah tak tau nak buat apa, lepas dapat piker balik dan menggerakkan tahap kesedaran diri ketahap kematangan yang sebenar.Aku terus ke tempat kawan pompuan dengan semangat yang tinggi dan macho, bukan kearah yang nangis tu tapi yang lain.

Aku suruh dia tolong pujuk member yang nangis ni, bukan apa… buruk la pompuan nangis sambil lap meja, kalo nak nangis, duduk la sat, pastu tutup muka sikit macam dalam movie yang biasa kita tengok tu. Jadi pelajaran hari ini adalah “jangan nangis teresak-esak sambil lap meja, buruk. tiber”

Yang sorang ni pulak satu hal, buat tak tau jer dan terus sapu sampah. Nak tak nak terpaksalah aku buat kerja balik dan aku jer yang paling dekat dengan pompuan yang menangis ni yang lebih senang kita sebut sebagai N(bukan nama sebenar).

Jadi aku pun pergi la dekat N ni dan Tanya dia ok ker tak, nampaknya dia tak jawab cuma melambaikan tangan dengan erti kata tak ok. Aku cakap kat dia, it’s ok, sori tak pandai nak pujuk, tak pandai nak handle. Dia angguk-angguk dan geleng tanda dia tak perlukan itu semua. Reda sikit jiwa aku dan abis aku nyer part. Jadi aku terus buat kerja.

Sambil mengerjakan sudu dan garfu tu, terfikir jugak apahal yang si N ni nangis, tadi elok-elok aku tengok dia borak ngan manager, shif manager dan sorang lagi shif manager. Alik-alik pergi nangis pulak. Ni mesti kes kena marah ni pasal menegur orang atasan. Tekaan aku tentunya tak tepat dan jika berita ini aku war-warkan tentu ianya jadi satu fitnah yang boleh membahayakan nyawa.

Diam itu lagi elok, tapi tak pasal-pasal aku jadi marah, naper la kes-kes kecik pun boleh jadi satu kes nangis. Kalo lelaki yang membuat seorang wanita menangis boleh cakap dia seorang yang dayus, jika wanita lain menyebabkan seorang wanita yang lain menangis, pompuan tu memang tak berhati perut.

Itu memang telah aku setkan dalam pendirian aku dan pandangan aku. Dan itu mengingatkan kepada kes-kes lama. Berapa ramai wanita menangis kerana aku. Maafkan aku, kawan; maafkan I, sayang; maafkan saya, awak; dik, maafkan abang; kak, maafkan adi; mak, ampunkan saya. Waktu itu saya masih bodoh dan kurang memahami.

Monday, October 06, 2008

Cerita hari raya

Hari raya kali ni semestinya berlainan dari tahun –tahun yang sudah, whatever…… ianya menjadi sejarah diri sendiri dengan pahit manis pedas masamnya alam kehidupan ini. Mula dari perjalanan dengan train balik beraya tahun ni, first time naik ketepi dalas kelas dua yang mempunyai tempat tidur. Oleh sebab tempat tidur, maka semua penumpangnya tak sempat berkenalan mahupun menyapa, terus tidur. Saat tu, aku Cuma terbayangkan kesejukan keboringan.

Adakah aku juga tidur? Ia… Cuma sebahagiannya aku baca buku bertemankan keboringan sebab suasana macam bilik mayat yang penuh ngan katil-katil berpenghuni. Don’t be sad, seumpama tajuknya buku, begitu juga hatiku terbujuk. Jilid pertama dari tiga jilid menjadi tatapan.

Next, keretapi sampai ke tempat tujuan dan seperti biasa, kelantan, tengok jam, hitung masa dan sudah 14jam masa aku terlerai dalam perjalanan kali ni.mak oi. Lamanya tak terucap dengan keseorangan dalam perjalanan sampaikan aku pikir lepas ni tobat aku tak nak naik keretapi lambat ni lagi. Bertolak pukul 8.30 mlm 25hb dan sampai kul 11pg 26hb.

So, aku pun pegi la deal or no deal ngan abg aku supaya memberi ruang satu seat dalm kete dia balik ke kl nanti.dan bila masa balik ke kl dah sampai, maka aku pun telah berada dalam kete myvi yang mempunyai tali keledar belakang yang ku pakai supaya tidak menjadi perhiasan semata-mata.

Berbekalkan biskut raya dalm bonet, baju raya yang tak sempat basuh dan keseronokan beraya yang belum habis hari keempat lagi, perjalanan dimulai dengan bacaan doa naik kenderaan. Dan sampainya aku ke kl pun seolah-olah naik ketapi dan kali ni hitungan jam menunjukkan 14jam perjalananku ngan kete. Jalan jem ngan kete bergerak pelahan giler macam binatang separuh halal separuh haram tu, siput babi.

Udah la ngan cerita jalan jem, tiap-tiap hari bley dengar dalam radio era, kl fm, hot fm dan macam-macam lagi. Next citer dalam raya. Perginya seorang sahabat mengadap ilahi. Kemalangan semasa dalam perjalanan balik ke kg untuk beraya. Sememangnya ajal tak mengenal usia mahupun jantina. Sahabat tu baru jer aku lambai-lambai masa datang uia sebelum balik kg. tak sangka kereta yang dipandu oleh tunangnya boleh terbabas dan mengakibatkan kematiannya dan bakal adik iparnya, alhamdulillah tunangnya tak apa-apa.

Kami berkawan masa kat sekolah lagi, walaupun belajar lain-lain kos, hubungan memang tak putus. Semoga pemergiannya diapit bersama rahmat tuhan beserta keberkatan bulan agung Ramadan al mubarak.Pemergian jangan ditangisi, yang penting kita dapt ambil pengajaran yang kita ni orang islam yang mempunyai satu pegangan kita mempunyai satu lagi kehidupan selepas mati. Cari bekal untuk kesana.

X sempat beraya ngan motor baru gara-gara tak nak guna cara biasa beli motor. pastu pulak masa raya ketiga, sebiji kereta tersadai kat umah xder orang nak bawak. Yang aku pulak buat-buat jaga rumah. Nak pergi beraya xder motor, aduhai pulak tak reti bawak kete dan takder lesen kete mahupun lesen terbang. Almaklum aku memang rasa kecewa dan insaf yang aku perlu amik lesen kete pada masa akan datang. Next punya raya harap adalah kenderaan untuk aku beraya. kui kui kui.

Satu pagi jer tak beraya, petang tu dah jalan balik pergi beraya sampai ke tengah malam, kawan datang amik dan malam tu balik lambat sebab ada perjumpaan bekas pelajar maahad muhammadi kota bharu batch aku masa periksa spm dulu. Dapatla jumpa kawan-kawan lama yang sekian lama tak jumpa. Ada yang makin otai, ada dah kerja, yang tengah amik phd pun ada, yang da kawin nak dapat anak dah, yang kurus jadi gemuk, yang gemuk berubah jugak, yang tak tukar-tukar pun ada bak kata pepatah steadyyyyy jer.

Cerita hari raya pertama disingkap semula disini. Pagi selepas semayang raya tiap-tiap tahun orang akan ramai datang umah aku, maklumla umah depan masjid pastu pulak mak dan bapak aku anak sulong. Stratejik punya. Aku yang berbaju melayu versi raya dan bersampin sedondong ngan baju ni terpaksa pulak uruskan peminat-peminat yang datang a.k.a tetamu-tetamu rumah. Angkat nasi, lauk-pauk, sayur, air minum, air basuh tangan, termasuk melayan vip-vip kecik yang suka panjat-panjat, tarik songkok orang la, minta duit raya, makan nasi tumpahkan nasi, basahkan lantai dan macam-macam ragam lagi.

Nak buat caner,,, anak orang. Dalam ramai ramai tu ada la yang dah beso sorang, jadi anak gadis dah tapi bukan dalam kategori saudara terdekat mahupun bau-bau bacang ngan keluarga aku, tak kisah, raya punya pasal dia ni saudara tetanggga aku yang datang dari jauh.

Nun aku dok kat ruang tamu nga para-para tetamu tetiba mak aku adik aku, bapak aku panggil aku. Dah tu aku pun turun la ke dapur, bahagian kedua rumah yang menempatkan saudara terdekat dan golongan wanita. Ntah macammana mak aku soh berkenalan ngan pompuan ni dengan alasan satu kampus kat sepang sana nu. Apahal diorang ni dok keliling aku tengok aku terpisat-pisat ngan awek ni. Dipendekkan cerita aku pun Tanya la itu ini sedikit sebanyak dan dia pun Tanya jugak aku itu ini sedikit sebanyak dan sempat lari sedikit ke penjuru umah, amik space kata orang.

Jadi pagi raya tu dapatla sorang kawan baru, belajar kat uniten yang sebutan dia sama ngan miat kan? Kan? Kan? Amik electrical dalaM engineering field. Mak bapak salah sorangnya atau kedua-duanya kelantan jugak dan tinggal kat kelang. Anyway belum add friendster lagi…

Cerita tersingkap lagi ke waktu sebelum raya, bererti zakat fitrah masih boleh dibayar, kepada sesiapa yang masih belum menunaikan zakat fitrah bolehla berbuat demikian pada tahun akan datang. Agak mahal nilaian nya kat kelantan ni, rm 7.60. On da way nak beli belah sempena raya ni, aku pun sempat jugak bayar zakat fitrah mewakili diri sendiri. Bila balik umah, mak aku cakap zakat dahpun dibayar untuk keluarga aku yang belum berkahwin. Apsal yang aku ni dok gatal nak bayar zakat. Anyway, itulah first time aku bayar zakat fitrah untuk diri sendiri.


pergi pulak hari raya keempat, pepagi lagi seawal 8 pagi aku dah sampai ke rumah sorang kawan ni, beraya la gamaknya. apa yang bestnya hari raya ni terungkap pada kueh mueh yang dijamu oleh tuan rumah. harii ini dalam sejarah, santapan raya aku kat rumah member ni adalah makan sireh. first makan aku buat sendiri, rasa pedas semacam jer, tapi pedas nya tak pernah ada dalam apa jua masakan. kali kedua bagi member aku yang buatkan, agak expert, jadi rasanya sebati. dan gigi jadi merah.hahaha


Panjang berjela aku menulis kali ni. Raya tahun depan semoga lebih best. Alkisah nya berenti disini dahulu.


Monday, September 29, 2008

mari buktikan

hang tuah lima bersaudara, panglima enrique, laksamana waliullah, sultan melaka adalah cerita-cerita yang pernah didengari mengenai kehebatan mereka dalam lapangan yang tertentu. terma hero menjadi nama kedua mereka dalam masyarakat kita orang melayu.

tak tau? no wonder.....

sekiranya watak-watak ini terus-menerus dijadikan bahasa novela dan cerita rakyat, sudah tentu mereka akan menjadi epik tak berapa lama lagi. yang jelasnya, susur galur cerita mereka ini mempunyai banyak contoh dan teladan yang boleh diikuti sebagai orang melayu. dari riwayat mereka, kita belajar budaya dan adab yang benar serta betul.

setiap dari mereka mempunyai identiti tersendiri sebagai seorang islam dan melayu di tanah melayu ini. yang pastinya, mereka menjadi panduan dalam membentuk etika hidup dan perjuangan bangsa.

persoalan mereka ini sebenarnya wujud atau tidak bukanlah satu masalah besar, perkara sebenar yang ingin dicungkil adalah bagaimana membina identiti bangsa melayu dan islam. satu perbandingan yang cukup jelas adalah kepopularan wira-wira rekaan seperti superman, mr america, ultraman, batman, spongebob dan cicakman.

yang jelas dimata kita sekarang adalah mereka yang direka pada abad kedua puluh satu ini menjadi ikutan setiap peringkat umur. bukan ingin berbangga dengan hero-hero lama, sekadar ingin mewujudkan keyakinan tersendiri.

Sunday, September 28, 2008

samarinda 210

mengingat kembali pengalaman pulang berhari raya pada kali ini. perjalanan dengan keretapi selama hampir 13jam cukup memeritkan. 25hb tarikh di tiket menyampaikan aku ke kl sentral. tepat pukul 8.30malam keretapi yang membawa beratus-ratus penumpang mula bergerak menuju ke gemas, johor.

pertama kali menaiki tiket tempat tidur, berbagai perasaan yang muncul ditambah pulak dengan ketiadaan sweater yang menggusarkan fikiran. semoga ibadat sembahyang maghrib dan isyak sebentar tadi menenangkan jiwa dan emosi diri.

teman tiada malam ini, penumpang masuk jer katil diorang, tak tunggu lama dan terus tutup tirai menandakan tak mau diganggu. mujur aku membawa teman yang muhrim iaitu buku bertajuk ''jangan bersedih jilid satu' dan "diatas sejadah cinta".

dipendekkan cerita, esoknya pun tiba, tapi aku masih belum tiba ke tempat tujuan. sekarang aku kira dah berada dalam negeri kelantan. tapi tempat yang tak tau kat mana, line tepon takder.

setelah dicatu-catu, tak silap aku dah hampir 10 jam aku tidur, sememangnya amik sit tempat tidur., teman yang ada tak dapat menyekang mata ni. lalu dipendekkan lagi cerita, aku pun sampai ke tempat yang dituju, stesen wakaf baru. dah pukul 11 pagi dan aku terasa betapa lamanya perjalanan kali ini,

tup tap tup tap, aku sampai kota bharu dan akan menaiki bas balik ke umah aku. jika anda nak tahu, aku sampai ke rumah pada pukul 2 petang. uwaaaaaaaaaahhhhhh

Monday, September 22, 2008

riwayat sejarah kemerdekaan Malaysia dipenuhi pelbagai peristiwa yang memberi didikan dan anjakan paradigma. jika dikira, terlalu ramai hero-hero yang terkorban di masa lalu.
satu perkara yang difikirkan adalah bagaimana kita menjadi contoh dan aspirasi bangsa sendiri dan bangsa asing.

perkara ini telahpun berlaku pada malaysia. dari diari sejarah kemerdekaan tanah melayu, antara pencetus semangat kemerdekaan penduduk di bumi kita sekarang adalah kemenangan jepun keatas rusia, betul ker rusia? tak kisahla yang penting jepun telah mengalahkan sebuah bangsa barat suatu masa dulu.
ini adalah peristiwa yang mengubah pemikiran bahawa orng barat tak semestinya tidak boleh dikalahkan.

yag lebih hebat lagi adalah bagaimana negara kita mencapain kemerdekaan melalui rundingan, satu fenomena yang cukup aneh dan bijak. tak dapat aku bayangkan bagaimana rombongan tunku berjaya berbincang, meyakinkan, memujuk seterusnya memenangi idea pembebasan tanah melayu melalui persekutuan tanah melayu, itu pun terjadi selepas british diremukkan dengan kegagalan malayan union.

adakah itu kualiti seorang pemimpin kita kita mahukan, ya.. dan mengikut zaman sekarang kita perlukan pemimpin yang lebih berkaliber dalam mencapai cita-cita menuju malaysia yang maju dan aman damai dan menjadi contoh ikutan negara-negara lain.

Friday, September 05, 2008

respek tul member ni

member aku sorang ni tertiba pulak naik respek aku terhadapnya. awal-awal dua tiga minggu lepas tu dia nak bercerita ngan aku masalah yang menyebabkan dia selalu nampak merudung seminggu dua waktu itu. tapi aku tak layan sangat sebab pasal dia dan awek dia. aku cuma tanya sikit sebanyak dan pastu buat-buat tak minat dan itulah yang selalu aku buat jika ada orang bercerita pada aku. betul ker aku buat-buat tak minat. memang.

dalam hati memang macam insan lain, ingin tahu jer apkebenda yang berlaku dalam setiap penceritaan. lepas bagi advice sikit sebanyak aku cuba melarikan diri supaya tak menjadi tempat orang mengadu, kita pun tau kan, bila dah orang mengadu, terpaksa lah pujuk, ini bab yang aku fail ni.

anyway kawan aku akhirnya bercerita jugak walaupun aku dah agak apa yang terjadi. begini kisahnya.

dia dirundung malang sebab aweknya macam nak mintak putus. sebenarnya sebelum itu dan sebelum itu lagi aweknya telah diperkosa oleh orang yang tak dikenali, waktu itu member aku ni baru kenal awek ni, lama-lama diorang jadi couple walaupun dia tahu ceritanya dan sememangnya tak mudah bagi dia untuk menstabilkan emosi si awek ni dan memberi dorongan demi dorongan.

tertiba pulak seminggu dua yang lepas, ada kes baru, setan yang mencemari maruah si awek ni buat ugutan. nak postkan gambar/ video kejadian .....tuuuut... dalam internet, dah la buat jahat kat manusia yang lemah, sempat pulak rakam.

kali ni member aku dan aku sekali jadi buntu... yang ni memang aku tak tau nak bagi advice camna, aku berlalu tanpa meminta dia bersabar sebab jadi camdalam drama pulak aksi meminta orang bersabar ni.

biarlah pihak polis yang menyetelkan masalah ini dan selepas seminggu, dan berkat ramadan yang datang, member aku ni dah bley borak balik ngan awek dia yang tertiba trauma dan hanya boleh diakses oleh family sahaja.

selintas terfikir, memang banyak bagusnya member aku ni, aku masih tidak menemui jawapan jika kejadian ini berlaku pada diri aku, dan mintak dijauhkan oleh yang maha kuasa dari berlaku pada diri kita.

Monday, September 01, 2008

kepada semua ahli IA-TECH

mesyuarat minggu lepas telah mengusulkan beberapa agenda kepada semua pemegang saham dalam IA-TECH. agenda-agendanya adalah dimaklumkan seperti berikut:

pertama: mind setting.

setiap ahli perlu mempunyai pemikiran yang suci dan telus, jadi sebarang sifat mazmumah haruslah disingkir dan di buang awal-awal.
matlamat kita adalah IA-GROUP, iaitu sebuah konglomerat yang di branchkan daripada semua jenis perniagaan perseorangan setiap ahli IA-TECH.

kedua: aset bernilai satu juta dalam masa lima tahun

berdasarkan perancangan awal yang bermula dengan dua premis di gombak dan kota bharu, setiap ahli dikehendaki berusaha untuk meningkatkan aset kepada nilai satu juta dalam masa lima tahun atau kurang. (matlamat)
jadi, jika ada jer idea yang best dan peluang yang baik, setiap ahli dapatlah kiranya bersama-sama berbincang dan saling berhubung untuk mengemas-selari idea, perancangan dan sistem yang ada menjadi lebih baik.

ketiga: mendapat Ir. dalam masa lima tahun

dua belas ahli yang ada sekarang dari jurusan engineering hendaklah memulakan usaha untuk mendapatkan Ir.. kecuali seorang dari jurusan ilmu wahyu akan meningkatkan lagi taraf pendidikan kepada master atau phd.
ini dapat dilakukan dengan mencari bahan yang sesuai untuk dibuat kajian dan segala usaha kearah dalam bidang tersebut hendaklah direkodkan bermula sekrang. manalah tau benda tu yang akan beri korang Ir. itu.

Monday, August 25, 2008

pesta konvo uiam

tarikh menjelangnya sukan olimpik sudah berlalu, kini menjelma pulak satu program untuk budak-budak yang grad yang mana belajor kat uia. tarikh 23-25hb ogos adalah tiga hari penerimaan skroll dengan berbaju design baru bertopi ala-ala martabak.

tak ketinggalan, aku juga turut kesana selama dua hari. hari pertama dapatla tengok ramai orang kat convest hill tu. aku cuma janji nak jumpa haina jer. orang-orang lain yang aku kenali tak dikontek. tak pelu kot aku kontek diorang. diorang pun bukan dapat apa kalo jumpa aku. lain la aku ni seorang perwira negara ataupun seorang yang sangat mesra suatu ketika dahulu bersama mereka.

anyway, everybody have their own life.

bila cerita tentang convest hill yang mana menjadi first impression kepada kejayaan convest, adalah pada tahun ini aku aku melihat sesuatu yang agak teruk, bukan!! memang teruk.. sampaikan aku tak perasan pintu gerbangnya.

anyway, that's their problem.

pergi pulak kepada beberapa orang yang aku jumpa. tak sangka jugak aku bertemu dengan roha, aida, zatil, nuha, asma, pai, syu, kak dayah, wani akhi, wani engin, adik aku sendiri, tini, jepan, lin,head projek akhi, kak yam dan ramai lagi.

tak lupa jugak, aku sempat pergi jalan-jalan ngan member satu sekolah dan satu department engin kat uia iaitu zamir, ceroh, fikry, aminuddin, mat yi dan alias.

anyway, tak der idea bagus lagi nak citer, so ni jer kot dulu.

Monday, August 11, 2008

Aku suka tengok dia makan

Dia memang cantik, tapi kecomelannya terserlah apabila melihat dia tengah makan. Ini bukanlah kemaruk cinta seorang lelaki, apatah lagi angaunya sanubari lelaki terhadap wanita. Si dia itu biarlah di sensoredkan dulu orangnya.

Bukan semua orang yang aku perasan cara makannya, kadangkala tak pernah terfikir yang kita memandang dan memerhatikan seseorang itu tengah makan. Namun apatah daya sememangnya aku tertarik dengan caranya tengah mengunyah makanan.

Cantik dan comel dapatlah dibezakan melalui perkara ini. Dalam ramai-ramai kawanku, tini paling comel ketika makan, hahaha. Seterusnya tanpa mengira ranking adalah najihah, zuhairah dan kak ji. Oh oh oh, takder pulak nama lelaki yang dapat ditulis disini. Kalo di tuliskan tentunya menjadi telahan yang tak berapa elok.

Hujung bulan lepas, iaitu pada 28 haribulan, aku pergi ke uia. Dah janji ngan tini nak tunggu lin dating dan borak sesame. Lama sangat tak jumpa. Yer tak yer dah janji ngan lin nak teman dia pi buat clearance. Lin tak nak konvo hujung bulan ni, apala citer dia tertiba tak nak konvo jugak.


waktu ini aku hanya sempat post entries jer, tak sempat sangat nak tengok nengok korang nyer blog. anyway bukannya takder masa, tapi waktu untuk berinternet tak selari ngan waktu senggangku.

kisah kawin

Baru-baru ini salah sorang ahli keluarga aku mintak ngan mak aku satu permintaan yang agak besar. Nak bertunang!!. Keluargaku agak gempar memandangkan dia masih belajar.dipendekkan cerita, ini adalah komen-komen dari jawatan tertinggi dalam keluarga.

Bapaknya : x boleh
Maknya : x boleh
Kakak sulong : ok jer
Abang ipar 1 : kawin terus la
Kakak kedua : x usah lagi
Abang ipar 2 : x usah lagi
Abang : ok jer
Kakak ipar 1 : ok jer
Aku : perlu ker ku bagi jawapan.

Namun kuasa veto dalam rumah memberi kata putus iaitu x boleh, tentunya tekanan dari kuasa veto ini satu jawapan yang terpaksa ditelan dengan rasa yang begitu pahit. Namun mak aku merasionalkan jawapan tersebut iaitu.

Mak dan ayah aku tak suka anak-anaknya bertunang lama-lama hingga 2, 3 tahun. Seeloknya pertunangan hanya masa yang pendek jer. Bertunang adalah adat orang kita, tapi segelintir masyarakat kita sekarang menganggapnya satu lesen untuk bawak keluar anak dara orang. Ada yang berkelakuan macam dah kawin pun ada. Kawin adalah satu ikatan yang begitu kukuh. Sedangkan jika berlaku sesuatu diantara masa bertunang, ia boleh meleraikan ikatan kukuh yang ingin dijalin itu. Sekian!!.

Sunday, August 03, 2008

Kini aku bekerja

Kini aku bekerja, tiada terasa masa itu cukup.
Kini aku bekerja, aku masih risaukan cita-citaku yang lambat jalannya.
Kini aku bekerja, seimbangkah waktu belajarku dan kerja.
Kini aku bekerja, cukupkah waktu ibadahku padaNya.

Aku kini bekerja, tulis blog tentu jarang-jarang.
Aku kini bekerja, teman dan taulan lama terpaksa mengerti.
Aku kini bekerja, mereka yang jauh terasa semakin jauh.
Aku kini bekerja, tempat kerjaku dalam negeri sembilan.

Aku dan kerja, sebagai mata pencarian untuk sesuap nasi dan setitis air.
Aku dan kerja, menempuh pengalaman hidup berdikari.
Aku dan kerja, kini aku tahu apa erti penat seorang bapa dan tabah seorang ibu.
Aku dan kerja, aku pergi kerja dengan motor c 70 ku.

Aku, kerja dan dia. Dia adalah kenapa aku bekerja.
Aku, kerja dan dia. Dia mendorongi sepicing semangat untukku bekerja.
Aku, kerja dan dia. Sebab dia atau sebab nak cari makan ko ni. Cakap betul-betul.
Aku, kerja dan dia.Dua-dua kot. Hehehehe

Kerjaya diriku,mengenalkan aku dengan waktu dan disiplin.
Kerjaya diriku, hoi hoi hoi. Dia tu siapa?.
Kerjaya diiku, sastera la sikit bro... dia adalah motosikal bukan kereta.
Kerjaya diriku, ku masih belajar dan kerja part time jer.

Pekerjaanku, meletakkan emosi di barisan hadapan.
Pekerjaanku, bertunjangkan pemikiran positif setiap kehendak waktu.
Pekerjaanku, setiap hari lebih-lebih lagi weekend.
Pekerjaanku, disebuah pizza hut di bandar putra nilai.

Friday, August 01, 2008

bilikku dilanda kemarau

jangan ingat tajuk diatas adalah satu puisi dandanan jiwa. ia adalah satu fenomena yang tidak membawa kepada trajedi. walaupun ahli meteorologi belum dipanggil untuk mengenal pasti penyebab musibab yang terjadi pada bilikku, beberapa forum yang tidak bersifat politik sempat di warwarkan secara langsung antara ahli bilikku. nyata sekali ahli-ahli panelnya saling menunding jari menyalahkan antara satu sama lain. dan pada akhir forum yang sehangat persidangan itu, kami memutuskan bahawa apa yang berlaku adalah:

tak cukup air kosong untuk diminum.
pemanas air ada, tapi jarang diguna,
water cooler jauh dibawah dari tinggkat 3 kami tinggal.
ahlinya banyak minum air.
bangun nak sahur, air minum takder, tak jadi puasa.

jadi keputusan yang diambil adalah seperti berikut:
setiap orang kena alert tentang stok air minum dalam bilik.
beli jag lagi untuk simpanan hari mendatang.
nak pergi mandi, amik air sekaligus.

adakah ini adalah satu masalah yang kebudak-budakkan sedangkan masih banyak lagi isu yang patut aku katakan. satu isu kecil boleh menjadi isu yang terlalu besar.

Sunday, July 20, 2008

i am not the judge nor the juror

beberapa minggu yang dipenuhi dengan kerasionalisasi fakta dan alasan, menjadikan sebahagian besar rakyat Malaysia memenuhi otak mereka dengan bermacam-macam verdik, seterusnya mereka memberi pendapat berupa keputusan yang sanggup dipertahankan walau bergadai maruah.

itulah kepelikan pada retina pengamatanku melihat dan merasai alunan kromok politik negara malaysia. kebanjiran maklumat boleh merubah penyokong dan pengundi atas pagar dalam satu pembacaan, dalam sebuah perdebatan.

aku masih cuba mencari kebenaran disebalik setiap langkah dan stategi setiap pihak. nak tak nak, setiap berita dari mulut manusia bukan ahli dan media massa adalah menjadi sumber kedua atau ketiga. apa yang aku ingin cari adalah:

objektif umno, barisan nasional, pkr, pas dan gabungan pembangkang ditubuhkan.
apakah dasar perjuangan mereka,
sekitar sejarah strategi perjuangan mereka,
menifesto setiap parti dan
sejauh mana komitmen mereka merealisasikannya dalam dunia global ini.

aku tak mahu menjadi seperti mereka diluar sana yang amat mudah terpengaruh.
aku tak mau diperkotak katik menurut segala provokasi dan kata-kata manis.
kerana aku adalah pencari kebenaran, tidak berhukum tanpa bukti, tidak berkata dengan nista, pendapat mereka bagiku cuma bayangan, fakta tempat berduduk kaki pendirianku.

aku bukan kamu dan aku seunik diriku.

Friday, July 18, 2008

semalam kakinya berlari

hari semalam, dia begitu bersemangat untuk kali pertama turun sebagai salah seorang wira sukan. tetapi ini kali pertama baginya, hari pertama pada minggu pertama sem ini. jadi petang ini dia cuma merenggang-renggangkan badan untuk berjalan pantas selepas ini. selepas streching lebih kurang 10 minit, dia memulakan lariannya disekeliling sebuah kawasan lapang dipanggil apron.

mindanya tak lepas dari berfikir dan merangcang perkara yang akan dibuatnya malam nanti dan hari-hari esok. kawannya mengajak ke taman ilmu dan budi melihat bazar sempena apa ntah, mungkin tak pergi. buku yang dipinjam semalam belum habis dibaca.

setelah seketika, dia teringatkan kacau bilau yang berlaku dalam negara. fitnah semakin menjadi-jadi, sahut mindanya. ya.. inilah satu sebab mengapa melaka boleh jatuh ketangan portugis. ada sebab lain?? semestinya itu bukan sebab yang kuat tanpa sebab yang lebih dominasi. antara sebab-sebab melaka jatuh ke tangan portugis adalah seperti berikut:

punahnya kepemimpinan(sultan mahmud banyak gundik).
pergantian tun perak yang cukup bijak oleh tun mutahir yang baru disaat kacau.
berleluasa sikap tali barut dan rasuah dalam bentuk yang tersendiri.
hukum kanun melaka dan hukum kanun laut melaka diabaikan kecuali dalam amalan prosedur dan pengurusan.
sikap tak jujur pedangang asing.
kuasa perang melaka yang tak up to date ngan masa.

perlahan-lahan dia memperlahankan lariannya, seketika nanti adalah masa untuk berhenti. berhenti secara mendadak boleh menyebabkan pitam. oleh itu dia mengambil satu lagi pusingan untuk menurunkan darjah kepanasan badan dan mengembalikan otot-otot pada aktiviti normal badan.

sekarang si dia sudah menamatkan aktiviti jogging, dia berjalan-jalan di sekitar hangar. tanpa perasan, sebuah longkang besar dihadapan menunggunya. longkang yang besar dengan penutup yang diperbuat dari besi. dia masih tak mengetahui apa yang menunggunya didepan. dia masih berjalan kearah longkang tersebut.

tiba-tiba..... kakinya terperosok kedalam longkang itu. rupa-rupanya penutup longkang tersebut kehilangan sebatang besi, kakinya terperosok sampai ke lutut. keseorangan.... sebelum dia memandang kiri dan kanan(terus memandang kiri dan kanan apabila jatuh akan mengundang perhatian manusia sekeliling), dia menarik kakinya dan cuba berjalan, tetapi hanya 3 langkah, dia terduduk.

alhamdulillah.... tiada yang teruk. dia masih belum boleh bangun. dia mengurut sedikit bahagian yang cedera, sedikit darah, sedikit lebam dan sedikit aduhan kecil"auchhhh". setelah mengundang tabah, setelah keyakinan kembali, setelah sakit membelah hilang. dia bangun dan berjalan pulang, dengan fikiran.."this evening is my next blog's post"

Sunday, July 13, 2008

seminggu macam setahun

alhamdulillah... hari ini dapat jugak aku surf internet setelah seminggu tak sentuh papan kekunci dan tetikus dan menatap skrin berwajahkan google, yahoo, blog, youtube, friendster, iiu, harakahdaily, celcom, cimb dan yang mana2 antara dua diatas.

diimbau apa yang terjadi minggu lepas adalah rentetan yang memenatkan.
ahad, 6 julai: aku masih berada di kelantan, di kampung
isnin, 7 julai: aku di selangor (uia --> bangi --> sepang )
selasa - ahad, 8 - 13 julai: selangor lagi (gombak --> sepang)
sekarang, 14-->... : masih kat sepang dan akan terus di sini untuk jangkamasa yang agak lama.

aku sekarang adalah warga pelajar malaysian institute of aviation technology, bawah universiti kuala lumpur. sekiranya hari ini padahal semestinya dan sememangnya hari ini adalah tarikh keramat semua pelajar disini memulakan alam pembelajaran.

jadi apa yang terjadi pada minggu lepas???
satu soalan yang bagus tapi agak umum pada pandangan seseorang yang berfikiran 6 dimensi walhal siapakah beliau itu masih menjadi tanda tanya pada diri sendiri. dipendekkan cerita, di miat ni minggu lepas adalah minggu orientasi, dipanggil silaturrahim week. kalo kat uia ia lebih dikenali sebagai taaruf week. habis.

fakta telah diberi tanpa urutan agenda mahupun kanun-kanun dan akta.
persoalan telah terjawab mengikut lunas bahasa yang ingin difahami tanpa peduli tata dan susunan bahasa.

loncatan dendrit(dendrites) dalam otakku membawa kenangan minggu lepas menjadi lafaz harfiah. isnin hari itu. awal-awal pagi diwaktu embun pukul lapan sedang dihirup haba pertama matahari, aku sudah sampai ke taman ilmu dan budi. setelah selesai menyelesaikan beberapa isu yang agak menkalutkan diri, aku sempat ke sekolah kebangsaan setapak indah sekatar pukul 10.40 pagi.
waktu rehat dan dapatlah aku bertemu mata dengan adik-adik yang dirindui. manakala abang-abang dan kakak-kakak, tidaklah dapat seorangpun ku temui kerana desakan masa yang agak menyulitkan.

pecutan dendrit sekali lagi membawa fikiran ke bumi asing di lembah yang sunyi dan sepi, tapi ini bukanlah thriller filem sepi.....
aku belajar dalam disiplin baik pulih pesawat terbang kandungan diploma selama tiga tahun, macam pelik jer bunyinyer bagi korang yang lebih banyak belajar bahasa ibunda jww birch. translate nyer cukup mudah.

diploma in engineering technology of aeroplane maintenance.

kenapa diploma? kenapa bukan master ataupun ijazah?

sebab ia tiga tahun sahaja dan agak senang sikit.

diploma cuma sampingan, yang penting adalah lesen menjadi engineer. eh eh jurutere....

kenapa baru nak cakap??
kerana ramai yang tak tahu dan tak nak amik tahu, bila jumpa baru nak tanya. sedangkan dah boring da nak cakap.. hahahaha
pastu pulak banyak pulak soalan tentang tempat jin bertenggek dan tak diketahui ramai ni. tak yah la banyak soalan.

kesimpulan.
1. sapa yang buat ijazah dan nak sambung master, kena dapat 3.0 keatas (at least pointer 2.8)
2. masuklah miat, nescaya keluar jer... dapat gaji at least tiga ribu sebulan dengan LWTR. lepas dapat LAE pulak,,,, 10 ribu bukan angan-angan lagi.
3. rindukan adik-adik tersayang?? pakai la topi keledar.. ingatlah orang tersayang.
4. azam baru: dapat 4 flat dan tak nak bayar pinjaman.
5. kalo ada masa datang la melawat, boring giler kat sini.

Saturday, July 05, 2008

sedar dalam diam



















Monday, June 30, 2008

penganggur dan pekerja

masuk hari kedua hari ni aku terasa seperti seorang penganggur. seminggu lagi menunggu kemasukan untuk belajar agak terasa kekosongan. mujurlah aku ada meletakkan beberapa matlamat dalam "43 things " kat sebelah. terisi jugak la masa dan kalo buat betul-betul, tentunya aku tak punya masa nak beristirehat.

jadi first sekali aku kena tegapkan azam ni dulu dan mind setting balik kepala otak ni supaya tidak menganggap ianya satu "holiday view" walhal "everyday every move happened". minggu lepas percubaan untuk belajar mandarin ambil masa dua hari for the prolog, maybe hari ni cuba sambung balik selepas 4 hari berteleku bersama pelajar-pelajar di satu kem bernama "young aviator".

gambar takder lagi nak tunjuk, jika dari awal ceritanya. jeng jeng jeng . dulu masa bulan dua belas aku pernah bukak laman web dan terlihat satu program. nama dia "aviator summer camp 07". curious ku bertambah memandangkan aku pun dalam bidang yang sama, aerospace. jadi berazam untuk pergi sahaja. rupa-rupanya ia special untuk pelajar-pelajar sekolah dan lepasan spm.

takper lah, kataku dalam hati... tahun depan mungkin bleh jadi komiti atau jadi fasi.
subsequently, minggu lepas ada program yang lebih kurang dan aku tak melepaskan peluang ini untuk apply for that event. aku jadi fasi..

belluga republic nama bagi kumpulan aku. terdiri dari tiga orang wanita dan 6 orang jejaka. kombinasi 9 orang pelajar dan dua orang fasi menjadikannya 11 orang dan kumpulan ini mendapat tempat kedua. bukan sebab fasi tapi diorang sendiri yang beraksi dan mencuba. tahniah pada ahli kumopulan aku.

pada dua orang ahli yang tak nak disebut namanya tapi muka cam monyok sebab tak sempat bukak, hamper... hahaha... sori for that. nanti lain kali abang belanja korang makan (kalo jumpa lagi)....

tak sabar rasanya nak sambung belajar yang akan berlaku pada minggu hadapan. jadi pelajar ni adalah satu pekerjaan, tetapi bagi semua manusia, belajar adalah wajib dan sememangnya kena balajar even berada disatu pulau yang hanya muat untuk seorang berdiri. pasti ada perkara yang boleh dipelajari...


Tuesday, June 24, 2008

kari berapi

dah dua hari aku menunggu didepan televisyen kat umah aku ni untuk tengok citer "anakku bukan anakku" dan dua hari jugak aku teruja tengok iklan terbaru mamee slurrp, kari berapi, yang menunjukkan somebody tengah makan mee slurrrp tu. awal-awal mamat yang makan mee tu pelik sebab ada sorang ahli bomba sedang tunggu dia makan , apekehal nya tu. sekali, masa dia tengah makan, dek kerana kepedasan yang mengujakan tu, dia pun menunjukkan emosi seseorang yang pedas dengan satu aksi... sssssllllr...hhh.. didepan sekotak tisu, tiber-tiber tisu itu terbakar dan sebelum kebakaran bertambah besar yang memungkinkan kehilangan nyawa, ahli bomba pun terus memadamkan kebakaran pada kotak tisu dan tak lupa jugak pada muka mamat tu. dua kali pulak tu ...hahaha. menarik btul iklan tu.

apa kejadahnya

dah 4 hari termasuk hari ni aku tak dapat tengok euro 2008. malah siapa pun aku tak tau penjaring gol terbanyak setakat ini. masakan ia dapat dicari ganti kalo ada siaran ulangan pun tak sebest yang live. live!!!! satu perkataan yang dicanai oleh mindaku untuk diletakkan persoalan. adakah yang dimaksudkan dengan live, aku kira antara malaysia dan switzerland agak jauh. mungkin beberapa ribu kilometer.
sekiranya pengadil meniup wisel pada pukul 3.15000 pagi (waktu switzerland) dan neurons elektrik bergerak selaju 300 meter sesaat, maka tiupan wisel adalah pada pukul 3.15000 pagi (waktu malaysia) jugak. kerana jauh pejalanan tidak memungkinkan berlakunya peralihan pada bilangan sesaat dalam waktu. tetapi apa yang dimusykilkan disini adalah alatan yang diguna untuk membawa perlawanan itu iaitu peralatan elektrik tentunya mempunyai rintangan samada rintangan medium, rintangan dalam ataupun rintangan bahan.
satu contoh mudah adalah proses penukaran gelombang cahaya kepada gelombang elektrik di stadium, kemudian gelombang elektrik bertukar kepada gelombang radio untuk dihantar ke satelit, pemerosesan untuk memecahbahagikan kepada beberapa gelombang televisyen pada geografi yang berbeza dan akhir sekali penukaran gelombang radio kepada arus elektrik daam televisyen di rumah anda.
senang citer, aku terfikir balik bahawa terdapat sedikit lagging dalam show tersebut, namun ianya dalam kadar nano saat yang memungkinkan tiupan wisel di malaysia adalah pada pukul 3.15284 pagi dan jika dibundarkan untuk tontonan umum, tentunya masih pada pukul 3.15 pagi waktu malaysia dan kesimpulan yang dibuat adalah seperti hipotesis awal iaitu ia dianggap live.

Thursday, June 19, 2008

tajuk tak leh decide lagi

sedang aku berkeliaran di dalam rumah mencari-cari manual dapur untuk goreng daging burger dan manual oven untuk panaskan makanan petang ni, ruang bicara televisyen menyiarkan iklan dance with the star. pause kejap pergerakan aku tengok iklan tu, lantas terfikir bahawa industri musik ditanah air malaysia masih belum kuat memandangkan ianya seolah-olah meraba-raba mencari identitinya sendiri, mencari selepas lima puluh tahun atau meraba mencari kerana keghairahan industri musik di negara lain.
jelas iklan tadi bukan buatan malaysia tapi ianya ditayang dimalaysia. berbalik kepada identiti. ianya pada artis, pada unsur musik itu sendiri atau penyampaian dari media. kesemuanya memang perlu diambil kira.
aku telah menjumpai kotak dapur masak dan oven tersebut, sedang ingin aku buka kotak tersebut untuk mengambil manual, otakku pantas mencadangkan. kenapa tidak diadakan konferens, perjumpaan atau diskusi dimana ahli masyarakat perlu dibawa melihat pelbagai budaya dari luar dan mengambil idea dari budaya-budaya tersebut untuk mencipta identiti malaysia.
agak luas bidang yang aku perkatakan. secara ringkasnya, jika kita melihat cara artis kita berpakaian, ianya tak berbeza dengan artis barat. artis kita berfesyen sama dengan apa yang ditayangkan oleh artis dari amerika syarikat dan negara eropah.
agak susah jika beberapa pihak sahaja yang mencuba, tapi jika ramai rakyat malaysia yang mencuba memberi idea, tentunya ia bukan satu masalah.
dalam kotak tersebut tiada manual, jadi terpaksa aku cuba sendiri berdasarkan logik fikiranku tentang dapur tersebut, pastu ada peluang, cari dalam internet. pegi makan dulu yer...

Monday, June 16, 2008

perjalanan yang sesat

hari ni aku nak pergi ke sebuah tempat, iaitu sebuah kolej tempat manusia belajar,namanya (miat), [malaysia institute of aviation technology]. jadi dari rumah sewa memberku yang bertingkap 8, aku meneruskan perjalanan dengan kapcaiku berjenama honda siri c 70 dengan kuasa kuda elektrik lebih kurang 70 cc.

perjalanan tidaklah memenatkan, aku bajet kurang dari sejam aku akan sampai ke tempat itu, tempatnya di jenderam hulu, mengikut namanya aku dapat buat kesimpulan yang ianya tempat jin bertendang.. sorry.. i must write my feeling..

nak di jadikan cerita, aku singgah kat kedai motor on the way nak kesana sebab nak tukar visorku yang pecah ntah kenapa ntah. untuk pengetahuan yang belum tahu, visor adalah makhluk yang bersifat cermin dan ianya adalah lapisan keras dihadapan topi keledar yang menghalang angin dan batu dari masuk ke mata atau ke muka. aku amik yang ala-ala tinted(gelap) skit, baru ngancam.

by the way through and on the way there, aku ternampak seorang budak berjalan seorang diri, pada pandangan aku, tidak seharusnya ada manusia yang berjalan sedangkan tiada rumah mahupun kebuk persemadian sepanjang laluanku kesana.

lalu aku pun memberi isyarat tangan bertanya samada nak tumpang atau nak puji jejaka bermotor ni, lantas budak tu kata dia nak tumpang sebab dia kesesatan. sebagai seorang islam, sememangnya wajib bagiku membawa dia ke jalan yang benar walaupun dia tidak memuji visor baruku.

anyway, aku pun tanya "dik nak gi maner?", dia pun jawab dengan jujur dan saksama "saya sesat, rumah kat kg limau manis". serta merta terbayang kampungnya yang penuh dengan buah limau yang manis-manis. tiber-tiber,, "eh kat maner tu dik, abg tak pernah dengar nama tempat tu di radio mahupun dalam carta 30 era". dengan selamba badaknya dia jawab, abg jalan nanti saya tunjukkan jalannya.

dengan harapan ianya dekat, maka aku pun meneruskan perjalanan dengan begitu curious di manakah tempat berlakunya kg yang bernama "kg limau manis". for sure tempat tu amat jauh dan amat tak biasa bagi aku. at the end, aku pun berjaya hantar budak tu ke rumah dia.

tengah dok pikir-pikir kat mana nak isi minyak yang naik hari tu, aku berkira-kira jauh jugak aku bergerak, aku melalui jalan nak ke presint 1, 7, 9 , dan ntah berapa lagi, pastu aku sampai ke sungai merab, permata petronas, uniten, lemlbaga lebuhraya malaysia, melalui dua kali tol, ukm dan masa perjalanan aku adalah dari pukul sepuluh pagi sampai ke pukul 12.30 tengahari.

inilah perjalanan dua orang sesat, seorang membantu yang sesat dan yang membantu pun sesat jugak selepas tu. this is not a sad story. kedua-duanya sampai jugak ke tempat tujuan. aku lah tuuu.

Thursday, June 12, 2008

hujung minggu yang penuh

honda civic berwarna putih meluncur laju memecah kedamaian petang 7hb jun iaitu hari sabtu, pemanduan lebih dari lima jam ini akan membawa pemandu dan penumpangnya ke 340km kehadapan iaitu kuala lumpur bandaraya yang sedang pesat membangun. sampainya honda civic ke tempat tujuan iaitu rumah gombak, di hadapan sebuah apartment pemandu dan penumpangnya turun dan menuju kesebuah rumah, rumah kakak kedua ku.

kakak sulongku membawa anak bongsu kakak keduaku dari kelantan yang ingin dijumpakan dengan ibunya di gombak ini. maksud kedatangan honda civic abang iparku bukan lah semata-mata untuk membawa anak saudaraku itu, walhal kedatangannya dalam waktu cuti sekolah adalah untuk menghadiri majlis "menyambut menantu" yang mana pengantin perempuannya adalah adik beliau. majlisnya esok. maka esok yang dimaksudkan pun tiba, iaitu hari ahad, lebih kurang pukul satu tengahari, aku dan abangku pun sampai ke majlis tersebut di damansara.

maka dari jauh dapatla aku lihat pengantinnya yang disandingkan dengan satu lagi pasangan. dua pasang pengantin dalam satu majlis. berbalik kepada adik abang iparku yang berkahwin ni, aku panggil dia Ina, umurnya sama dengan umurku dan sekarang dia bekerja di angkasapuri sebagai pembaca berita radio. tadi aku melihat dari jauh , sekarang bila dah sampai dekat aku pun dapatla tengok pasangan pengantin tu dari jarak dekat pulak.

dah tengok tu aku pun pergi pulak ke tempat dimana pengunjung perlu makan, jadi aku pun jamah la sepinggan nasi, tak sangka pulak tengah dok makan nasi ada orang bagi bunga telur, maka aku pun sambut la pemberian tersebut dengan senyuman menawan kalbu. selesai kat majlis sanding tersebut, kakak sulongku kata nak pegi ikea pulak, jadi aku yang sekereta dengannya terpaksalah menurut kemahuannya sambil berkata dalam hati ''mmm best jugak pegi sana". jadi lebih kurang kul tiga petang kami pun pergi ke ikea yang terletak tak berapa jauh(berkereta jugak) dari tempat pertama tadi.

kat ikea, selepas memparking anaknya dalam smaland, kakak aku dan suaminya pun berwindow shopping la dengan gembiranya tanpa gangguan budak kecik. aku pulak tak menunujukkan kejangkungan yang walaupun ini 1st time aku pi sini. kagum jugakla dengan konsep perniagaan yang dibawa oleh ikea ini. dah sudah cerita tentang ikea, abang aku kata dia nak balik awal sebab dia nak pergi ke masjid sri petaling, kat pusat tabligh. tanpa melepaskan peluang aku cakap aku nak ikut, yer tak yer dah lama aku berhasrat nak pergi ke masjid ini.

jadi aku pun ikut abang aku yang tinggal kat bangi ni balik, abang aku ni join tabligh dari sekolah menengah lagi tetapi, aku pulak join pengakap waktu tu hehehe. di jadikan cerita, bila waktu maghrib masuk kami berdua pun sampai kat masjid tu, pergh..... waktu maghrib macam hari jumaat. dah la besor sangat masjid tu, dengan masjid negara pun lagi besar masjid ni. orang pulak tak perlu cerita, aku agak ada kot dalam 10ribu itu pun telahan dari pelbagai pendapat, ada kata 20 ribu, ada kata 5 ribu, ada kata takder ribut , ada kata beribu orangnyer.

kat sini memang ramai, tapi tak sangka lepas isyak masa dok tunggu abang aku kat tepi tangga, ntah sapa tegur aku, memangla tak kenal mula-mula, pastu lepas orang yang berjambang dan bermisai (dua dua tebal) tu mempelkenalkan diri, baru la aku teringat yang dia adalah seorang sahabatku yang aku kenali kat matrik dulu. orang panggil dia wafa. bila nak balik, wafa ni bagi aku hadiah sehelai kopiah hitam dengan kata-kata "nak sembahyang pakai la kopiah". jadi aku pun pulang dengan abangku yang tak dpat hadiah dari wafa. bila sampai rumah, aku terasa penat dan sambil tengok bola kot, aku tertidur.

Tuesday, June 03, 2008

berita sensasi

semalam adalah sejarah, di dalamnya tercatit suatu peristiwa yang terbukti dikemudian hari. semalam aku mendapat satu mesej dari negeri terengganu, dari tempat berlangsungnya sukan malaysia.

seorang saudaraku yang bernama zillah, dengan ketekunan latihannya dalam sukan karate, beliau dapat mewakili sebuah negeri yang di sensoredkan namanya. kini beliau telah berjaya menggondol pingat perak dalam sukma tersebut yang berlangsung semalam.

tahniah diucapkan kepada zillah kerana telah berjaya mendapat tempat yang top kat dalam sukan ni, zillah ni salah sorang members akhi project, orangnya kecik jer tapi jangan main-main atau sengaja acah-acah, wad icu jawabnya. dalam akhi pulak dia merupakan salah seorang "ahli fikir" yang telah disebut dalam bahsa latin sebagai "geng kongsi gelap". mungkinkah sekarang geng kongsi gelap ini sedang berpesta meraikan kemenangan salah sorang members mereka,

sebelum itu, diterangkan serba-serbi tentang zillah ini, dia anak keberapa dalam keluarga? ntah la, tak ingat. dia amik course ict kat uia gombak, dah ada pakwe ker belum? dah!!. dia berumur 22 tahun tak termasuk tahun lompat. dia ni kat uia masuk persatuan akhi project dan persatuan shitoriu karate do. berasal dari terengganu dan no 13 dalam ahli fikir.

patut la rasa nak gi jer e terengganu tu nak tengok zillah lawan karate, tetapi ada hal yang menghalang pulak. anyway bersempena berita zillah telah menang pingat perak ni, terimbas kembali waktu zaman dok uia dulu, masa tahun 2 setengah aku dan 9 orang kawan-kawanku yang semuanya kos engin telah buat satu kumpulan yang bersifat mencari keuntungan sosial dengan jalan halal.

maka kami telah menubuhkan sebuah syarikat ala-ala "syarikat" yang bernama "armada corp.". jadi produk kami yang pertama adalah perkhidmatan print laser jet kat mahallah usman, yang keduanya adalah sewa khemah pasang siap kat mahallah ali. dengan dana pertama rm 500 sorang, duit tu tak habis lagi.

then bila sebahagiannya dah grad, tertubuhnya pulak syarikat betul-betul yang bernam ia-tech, baru jer daftar bulan 2 tahun 2008ni. syarikat ni jual-jual komputer. kat sebelah ni ada link syarikat ni.m sekarang ni beroperasi kat gombak lagi dan rancangan terbaru nak bukak di kelantan di pekan ketereh 4 kilometer dari rumah aku.

apa reaksiku? korang jangan kotorkan kawasan itu... hua hua hua..

Thursday, May 29, 2008

teh tarik

tiap kali pegi, itulah yang kau mintak. kat mana pun, itulah yang terpacul. ikutkan hati lain yang difikirkan. itulah cerita aku dan teh tarik. sejak bila lagi aku menggemari teh tarik ni aku tak pasti. mungkin kisahnya selepas aku mengordernya kat sebuah kedai mamak yang tidak aku ingati kat mana tempat tu.

yang menariknya, teh tarik ni paling cepat untuk disiapkan kalo korang pegi ke kedai. ia pulak bukanya air segera yang biasanya kita tengok dah dibuat banyak-banyak dalam balang tunggu nak tuang jer. teh tarik ni dah jadi kegemaran malaysia dan no wonder la aku pun turut terpana oleh rasanya dan warnanya.

akan tetapi teh tarik ni tak la baik sangat berbanding teh cina, ia lebih mengandungi pewarna tiruan bagi sesetengah kedai kerana tehnya di beli secara timbang. daun tehnya yang paling rendah mutunya dan pelancong diberitahu bahawa rakyat malaysia gemarkan teh tarik, mesti lepas diorang cuba, pastu berfikir selama dua minit dan terus amik kesimpulan bahawa pasal tu la orang malaysia susah nak maju.

lagi dasyat apabila dr sms(sheikh muzaffar syukur) telah membawa naik teh tarik ni semata-mata untuk buat demonstrasi buat tarik teh tarik kat angkasa lepas. tentu lepas ni banyak dunia melihat sememangnya orang melayu ni takkan maju.

tak kisahla popular ke tak popular teh tarik ni, aku sememangnya bercadang nak ubah citarasa aku dalam minum-minum kat kedai ni.

Wednesday, May 28, 2008

kefasilitatoran dalam kem ibadah-tilawah akhi







kembalinya aku dihadapan pc ini adalah untuk menceritakan perkara terbaru yang ku lalui beberapa hari yang lepas. setelah purnama digantikan sang mentari pada tanggal 23 bulan kelima masihi, akhi telah mengadakan satu program yang bertema "ibadat-tilawah", mencari penghujah sejati.


tanpa ku duga, diriku turut terjebak menjadi saksi temasya ini, sekira-kiranya 68 orang manusia-manusia kerdil yang dipanggil peserta, berumur antara 10-13 tahun menyertainya. bak kata sang dewata ''jangan pandang belakang" lagi, aku memusatkan perhatian menjadi fasilitator memutarbelitkan lima orang anak muda.

selama tiga hari sehingga tanggal 25 bulan kelima masihi, tempat tidurku hanya lantai masjid, namun terisi didalam temasya ini perkara-perkara yang melinangkan badan. mereka harus menempuhi ujian pertama iaitu membaca alquran, kali ini tiada siapa pun yang terbakar.

tema bersyarat lagu, dinyanyikan dari semasa ke semasa, "cinta lima perkara" menjadi amalan pembuka majlis. muka-muka baru kulihat menjaga dewata temasya ini. pc = zarith, modul = ana, special task = fiza, pm = fadli , catering = izah. maaf dipinta , yang lain tak ingat.


sehebat-hebat atlit olimpik 2008, hebat lagi peserta ini. mereka telah bangun awal untuk stretching, tepuk nyamuk dikenalkan disini.


temasya kali ini tiada persembahan dari peserta, namum aku dapat menemui mizi si gagah berani, ezad si muka manis, najib si kaki panjang, pzin si pemakai kacamata dan daisy siti ionwoman. kepada si-si yang lain maaf kerana tidak di sebut. mereka ini bukanlah keramat walhal tiap-tiap hari main ps 2. akan tetapi mereka ini datang melihat sambil berzikir didalam hati.


di dalam program ini keadaan di busutkan denga tergulainya lagu negaraku, lagu dan gaya2 dari st agnes dalam cerita "my boss my hero"dan "para-para sakura" di olah dan dimasukkan dalam lagu negaraku dalam progeram ini.

supaya tidak masuk isa dan blog ini di ban, aku berhenti bercerita.



Monday, May 19, 2008

kepada yang ingin berumah tangga

satu modul cool yang cam cool jer dalam fikiran aku bagaimana anda mahu propose makwe supaya dia jadik nak kawin ngan anda. persediaannya akan diterangkan selepas aku terangkan cara nak buatnya.

anda bawak makwe anda ke kedai atau pasaraya. dan kalo anda perasan banyak kedai dan pasaraya sediakan permainan kat luar kedai diorang. permainan dalam balang tuuu yang korang kena masukkan 50 sen sekeping atau 2 keping, kendian pulas dan jatuhla bebola yang terdapat dalamnya permainan.

then anda cakap kat dia nak bagi hadiah spesel dari bebola tu.
mintak dia pilih objek mana yang dia suka dari gambar-gambar yang ditampal.
dah tu anda masukkan la duit sendiri ikut harga yang tertera.
sebelum pulas bagi bebola tu jatuh, mintak awek anda pusing ke belakang.
jadi anda sempat tukarkan dengan bebola yang anda dah bawak.

when it's time tiber anda cakap kat dia yang she will be surprise for the next moment.
anda bukak bebola tu dan buatla ayat-ayat sikit seperti "spesel for you" bukak dan keluarkan cincin tu dan bagi padanya dan at last... will you marry me?

ok first sekali sediakan satu cincin, mahal takper murah lagi recomended.
pastu sediakan bekasnya iaitu bebola tadi, anda pegi beli dulu dan bagi isinya pada adik anda.bawak bebola tu pada hari anda nak kuar ngan dia.

peringatan: dont try it even at home or elsewhere, buat terus!!

Thursday, May 15, 2008

hari ini bermulanya hidup baru






alhamdulillah dapat aku ucapkan dengan kelegaan. buku yang aku baca dan sebutkan dalam post terdahulu berjaya aku habiskan bacaannya pada hari yang tarikhnya sememangnya dirancang iaitu pada hari ini.

jadi aku akan membuat beberapa usaha yang tak berapa rancak tetapi berguna kepada agama, bangsa dan negara. first sekali aku akan berkenalan ngan wordpress pada hari ini. nak buat satu. nak tau betul ker orang kata wordpress ni lagi cantik dari blog, lagi senang dan lebih ramai penggunanya.

wordpress itu akan digunakan oleh seluruh ahli keluarga aku yang setiapnya berada agak jauh antara satu sama lain, ia juga dapat mengembangkan keupayaan ict adik-adikku yang lain, mak aku tentu gemgira bila tengok gambo dan citernya dalam internet. masyuk luuuuu.

seterusnya aku akan memperbaiki prinsip hidup aku dan menulisnya dengan jelas supaya sentiasa aku ingat dan dirangsangkan selalu olehnya. orang dewasa harus ada prinsip hidup yang jelas. baru tau mana arah tuju.

seterusnya lagi tentu kengkawan blur-blur aku dok kat mana sekarang. sedangkan aku sebenarnya masih dimiliki oleh jasad manusia lagi, tiada karma dalam kepercayaanku dan aku sekarang berada kat sepang.

Tuesday, May 13, 2008

DSA 2008- I WUZ THERE




this event. is not in my plan to visit. anyway i know it a day before it closing event. so pada 24 april yang lepas, pepagi lagi aku cuba bangun tidur dengan harapan untuk datang awal ke pwtc.

campur tolak semua preparation dari pukul 7pagi termasuklah memilih baju yang sesuai, bersenam ala kadar, minum air yang dicampur perisa kepanasan 70 darjah celcius, tunggu bas, naik bas, itu ini dan akhirnya pada pukul 10 pagi aku sampai ke tempat yang ditujui.


selepas mendaftar sebagai ceo bagi wadioblasta corp. maka berjalan lah aku menyoroti perkembangan pertahanan dari negara sendiri dan negara-negara yang terlibat.


almaklum merewang-rewang kat sini bersama pengunjung-pengunjung yang lain telah menghabiskan beberapa waktu.sejumlah dua setengah jam aku berada di pwtc, kul 12.30 aku keluar dan terus balik..


Thursday, May 08, 2008

it is a tension??

sehingga saat ini, udah lima kali dalam bahasa melayu, itu tak termasuk lagi sekali dalam bahasa inggeris. mungkin inilah cabaran terbesar aku buat masa ini dalam menghadapi erti hidup.

alhamdulillah syukurr.. ku pautkan dalm versi too phat kerana tidak memungkinkan aku menjumpaiya lagi dalam versi bahasa arab, walau jika ada sekiranya tetap aku tak tatapinya berdasarkan kemunduran bahasa dalam aspek kearaban.

yang lima kali itulah pengalamnku membaca sebuah buku yang amat hebat ditulis oleh manusia dari arti fikirannya iaitu buku yang bertajuk "tujuh tabiat orang yang amat berkesan". geram kerana sampai sekarang masih belum habis ku baca.

saat membacanya terlalu manis.
pengertiannya amat mendalam.
sejarahnya mengharukan.
tulisannya kecik dan banyak.
penceritaannya santai,
tapi kompleks.

baik pi sambung baca buku tu. kan lagi lambat setel.

Tuesday, May 06, 2008

Rela Ku Pujuk

minggu yang agak resah setelah beberapa task yang patut aku selesaikan awal-awal tak setel-setel sampai hari ni. oleh sebab tak tau apa puncanya, maka aku pun mencarinya dalam versi lagu. dan lagu ini agak sinonim dengan keadaan aku sekarang... tak semua, sikit jer...
ok.... dari spider....

Di kejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya
Dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku ditolak
Biar diuji
Kanan dan kiri
Kaukan tetap kumiliki

(Korus)
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang kutunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung

Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Aku percaya
Sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga
Dari hatimu. oh. oh.

Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan
Azimatku

Saturday, April 26, 2008

keranda peti ais

sabtu yang sedang diintai oleh matahari membangunkan aku dari lenanya tidur. sebelum aura si matahari diselubungi cahayanya, aku bangun dan terus pi mandi. selepas menghantar adikku ke tempat dia akan bertolak ke sekolahnya, aku menyambung perjalanan ke rumah atuk aku.

rumah atukku agak sunyi memandangkan hanya dia, nenek, pak saudara beserta sorang anak dan seorang isterinya, dan mereka dan pun bersiap untuk keluar memandangkan pak saudara aku ni tak bekerja melalui internet, maklumla kat kampung.

bersarapan dengan datuk dan nenek mengimbau kenangan dulu kerana kat rumah itulah aku di hidangkan dengan kehidupan di kampung, yang menjadikan aku merasai penat lelah membanting tulang di sawah padi, padang tembakau dan kebun buah-buahan.

lama jugak aku dok rumah atuk aku yang agak tak sihat tu. tapi hari ni dia agak sihat sikit selepas menjamu sedikit makanan dan ubat-ubatan. selepas sejam setengah maka ku pun balik ke rumah parent aku, sedang dok lepak-lepak, mak aku mintak drive dia ke rumah sorang jiran yang dikhuatiri tak berapa sihat.

alhamdulillah, si jiran yang dimaksudkan itu masih ok cuma mengalami sedikit demam jer, apa lagi, terpaksa la aku menunggu dan mendengar diorang berborak-borak dihadapan sajian yang ku kenali sebagai bihun masak pagi tak habis lagi.

tertiber aku dapat menangkap bunyi nama aku disebut-sebut bukan sebagai zikir, malahan sebagai ungkapan untuk menyusuri masa lepas. tak sangka, mak aku sempat bercerita tentang aku yang hampir mati disebabkan masuk dalam peti sejuk.

once upon a time, mak aku tengah bersihkan peti sejuk, jadi segala organ-organ si peti itu dikeluarkan. aku pulak masa tu masih kecil, bijak, comel dan entahla apalagi kata-kata pujian terhadap aku yang masih belum dianuggerahkan amanah memikul dosa ni.

aku waktu tu tengah melayan adikku yang ingin bermain sedangkan aku pada ingatanku tentu sekali ingin baca buku, jadi abang yang sporting ni pun layan la adik yang berumur tak lebih dari tiga tahun ni main.

entah macam mana aku pun cam nak main sembunyi-sembunyi yang senang disebut dalam loghat kelantan sebagai "nnusuk", jadi aku pun masuk dalam peti sejuk yang boleh memuatkan badan seorang abang yang sporting yang setahun lebih tua dari adiknya. lepas tutup aku pun tersengih, he he he, tentu dia tak jumpa aku.

walhal mak aku tertiba perasan yang aku telah ghaib dari pandangan mata seorang ibu, mula-mula tak kisah lagi, tetapi selepas beberapa ketika, dia pun mulakan misi mencari dan menyelamat, setelah ditanya pada adikku, lantas dia menunjukkan kearah peti sejuk yang masih stabil kedudukannya di atas paras bumi.

sebelum itu, aku yang masih dalam peti sejuk, terasa lemas dan ingin keluar sebab da lama, tetapi bila nak tendang jer, mak oii, kuat jugak tutupan daun pintu peti sejuk ni. dah tendang-tendang tak guna, jadi aku gunakan ikhtiar terakhir sebagai seorang yang masih waras dan berkaliber, aku buat-buat menangis betul-betul dan memanggil-manggil mak aku.

mak aku pulak dengar panggilan aku sayup-sayup jer, tapi dekat, mujur la selepas bertanya pada adik aku, mak aku perasan peti kosong. jadi dengan penuh dramatiknya, mak aku bukak pintu peti tersebut dan mengeluarkan aku dari situ.

tak usah aku ceritakan plot-plot berikutnya memandangkan ia terlalu hiba dan masa ku dalam cyber cafe ni pun dah agak lama.

kesimpulan dari cerita ini, belajar la bahasa kecemasan seperti s.o.s dan mayday! maday!. jangan lupa, simpanlah makanan dalam peti sejuk untuk mengelakkan ia rosak.