Sunday, February 14, 2010

tengok bola

fenomena tengok bola bukan lagi asing bagi masyarakat malaysia. ianya telah menjadi warisan sejak dua tiga abad yang lepas. sokongan dari kerajaan dan media massa menjadikan perkara ini satu kemestian kepada remaja dan belia. ia bertitik tolak dari permainan bola sepak sebagai permainan utama rakyat malaysia. lebih dari separuh dari rakyat dari negara bertuah ini pernah bermain bola sepak, apatah lg tengok bola.

beberapabulan akan datang bermula piala dunia, pertandingan bola sepak paling berprestij dari negara-negara seluruh dunia yang akan bertanding merebut piala keemasan dan juaranya adalah juara dunia dalam arena ini.

fakta berikut adalah prinsip peribadi. "tengok bola adalah satu hiburan".
ia bukanlah satu kemestian. bukan juga satu hobi yang menjadi alasan untuk berjaga malam dan menjadi manusia bermasalah pada siang hari.

dibentuk dengan alasan yang cukup konkrit iaitu:
pencapaian bola sepak malaysia tetap seperti sediakala walaupun kita x miss tengok bola.
pemain bola sepak profesional negara lain dan negara kita tidak dibenarkan berjaga lewat malam, mengantuk dan menjadi kurang aktif pada sesi latihan.
dua jam tengok bola boleh dijadikan waktu efektif untuk kerja lain seperti tidur cukup dan study bagi pelajar.
kepuasan tengok bola adalah bersifat individu dan sementara. percayalah, ianya hanya hiburan.

meskipun ada sedikit kelebihan yang sebenarnya takder pun kepada sesiapa yang tengok bola. ianya tidak memberi impak positif melainkan kepada kedai-kedai mamak diseluruh negara.