Thursday, January 17, 2008

adalah pada suatu hari tu..

Pada dua minggu yang lepas, aku pergi ke bandar tasik puteri atas urusan perpindahan barang milik abang dan kakakku. pergi dengan kereta namum pulang aku terpaksa menaiki lori bersama pemandu lori tersebut...

untuk mengenang jasa beliau maka aku pun memulakan tutur bicara dengan lemah gemalai setelah lawakku tidak mendapat sambutan. tetapi jauh panggang dari api, beliau bukanlah seorang yang tidak pandai berbicara, bisu mahupun pekak badak malah beliau seorang yang tidak dapat dihentikan kata-katanya apabila berbicara.

jadi sepanjang perjalanan itu maka aku pun melayan perbualan beliau yang berkisar tentang ekonomi dunia dan akhirat semata.beliau seorang yang yakin dalm berkata-kata, tiada yang tak benar melainkan apa yang keluar dari mulutnya harus dibenarkan sebenar-benarnya.

disini bukanlah aku mahu mengumpat walhal kejadian ini patut dikongsikan bersama rakyat malaysia yang lain supaya menjadi pengajaran dan pembelajaran di luar mahupun di alam siber.
sebagai penyokong umno yang bukan hamba kerajaan, beliau mengatakan rakyat malaysia patut memandang apa yang dr. mahathir buat sebagai satu kebanggaan dan patut diperkembangkan kerana Dr Mahathir bukan sahaja melakukannya untuk orang melayu bahkan dunia islam amnya. bagaimana dia lakukan pun patut menjadi perhatian umat melayu kerana dia membuka al-quran dan menterjemahkannya dalam bentuk visi-visi yang telah menjadi realiti di Malaysia kini.

kemudian beliau beralih ke topik yang seterusnya iaitu "kesihatan dan pembelajaran". topik ini dikarang dengan mengambil kira pengalaman beliau hidup di bawah pemerintahan lima perdana menteri malaysia. beliau mengatakan bahawa dahulu... dahulu orang melayu bukanlah satu bangsa yang bodoh akan tetapi kita sekarang mengakuinya begitu. dahulu... orang melayu tidak belajar tinggi kerana ekonomi yang tidak membenarkan, sistem british iaitu cina untuk perniagaan, india untuk perladangan & estet dan melayu mcm biasa, pertanian.

selepas itu orang melayu makan makanan yang tidak berkhasiat. jadi beliau dengan bangganya mengatakan bahawa anak-anak beliau dipastikan minum susu setiap hari secara konsistent.
dan lagi, anak-anak beliau di mestikan bukan disunatkan memakan buah-buahan setiap hari. kedua-duanya adalah supaya anank-anak beliau mendapat gizi yang seimbang.

Tanya beliau, bagaimana melayu mahu mempertahankan tanah air mereka? ya...mereka perlu melahirkan lebih ramai melayu kerana apabila pilihanraya tiba, melayu akan menyokong melayu. itulah contribution terkecil yang boleh kita berikan. ini kerana nisbah melayu:cina: india di Malaysia akan seimbang dalam 20 tahun akan datang jika kadar kelahiran masyarakat melayu sama seperti sekarang manakala orang cina sedang giat mempelbagaikan bilangan anak-anak mereka.

beliau seterusnya menutup topik tadi dengan kata-kata "pakcik hanya seorang pemandu lori, tetapi jika Allah mahu beriakan hidayahnya, sambil bawak lori pun akan diberikaNya"

topik yang ditutup tadi bukanlah bermakna beliau mendiamkan diri, sebaliknya beliau meneruskan acara yang berikutnya dalam segmen "akhlak dan budi". beliau mengatakan setiap orang anaknya akan dibelikan buku-buku berbentuk ilmiah kerana membaca adalah kunci ilmu pengetahuan.

beliau juga mempertahankan premis beliau yang bertema "setiap perkara perlukan dokumen". dengan menyatakan bahawa sejarah oprang melayu banyak diselewengkan oleh orang yang bukan melayu kerana orang melayu kurang menulis untuk dijadikan bukti kepada generasi akan datang, pastu pulak orang yang memusuhi melayu membuat banyak perubahan terhadap sejarah yang impaknya kepada generasi muda sekarang. jadi kita patut menurut nasihat beliau.

beliau membesarkan tujuh orang anak beliau dengan setiap dari mereka diberikan sebuah diari setiap seorang kerana katanya jika ada sahaja idea yang menarik, patut tuliskan terus kerana jika dibiarkan akan terlupa, sebelum memberikan kepada anaknya, beliau akan menulis pantun, syair, sajak ataupun kata-kata hikmah di halaman depan diari tersebut kerana itulah nasihat dari seorang bapa kepada anak-anaknya yang pasti tidak akan dilupakan sehingga dewasa. terkesima aku dibuatnya..

dalam bab akhlak beliau menambah kononnya ramai orang melayu yang hilang harga diri, lupa asal usul apabila kaya. kata beliau "jangan pandang fizikal dan luaran, lihatlah kepada hati yang dipertontonkan melalui sifat dan tatacara"

memandangkan awan mendung menyuramkan suasana petang beliau berkata-kata tentang "budibicara" jadi kita masuk kedalam bab tatabahasa. beliau menzahirkan kata kata itu. kenapa budi dahulu baru bicara. andaikata kita adalah seorang pegawai besar, dan A(contoh) mahu mendapatkan sesuatu dari kita contohnya recomendation, ia terpulang kapada budi si pegawai tersebut memandangkan A meminta manakala pegawai memberi. kemudian jika tiada budi dari pegawai tersebut maka A boleh menggunakan bicaranya dari mulut yang manis untuk mendapatkan tandatangan pegawai. jadi disinilah bermulanya ikhtiar...

mahuku menulis lagi pesanan dari baliau si pemandu lori namun aku harus menghadiri majlis maal hijrah dan akupun banyak lupa kata-katanya lagi. InsyaAllah apabila ada masa luang dan aku ingat lagi aku tambah.

No comments: