Seperti hari-hari semalam, dia bangun pagi dan membuat tugas-tugasan harian seperti biasa seperti mandi, gosok gigi, iron baju dan meneruskan tanggungjawab manusia biasa iaitu ke kuliah bagi menghadiri kelas pelajaran yang telah pun dijadualkan.
University yang kecil kampusnya, jauh dari Bandar dan jarang didengar oleh ramai orang. Itulah university kuala lumpur malaysian institute of aviation technology (Uni-KL MIAT). Selepas bergabung dengan unikl pada tahun 2003 camtu barulah ia dikenali seperti sekarang yang tak terkenal ni.
Anyway, kecil bukan anak besar bukan bapak. Walaupun kecil tapi keluaran university ini tetap mempunyai pekerjaan dan peluangnya teramat besar dalam industry penerbangan di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Anak-anak melayu mendominasi lapangan emas ini. Dan ada lecturer kata dr Mahathir yang propose tempat ini dibuat dahulu kala. Dan majlis amanah rakyat menjadi tulang belakang menyediakan bantuan kewangan pada setiap penuntut disini.
Dari dalam kuliah sememangnya perkara ini betul. Aku terus keluar dari dewan kuliah sambil memikirkan segala kata-kata lecturer tadi. Walaupun begitu, sedikit perkara dalam hal ini menyedihkan diri. Disini baru aku merasai apa yang aku lalui sekarang ini adalah salah satu dari faedah hak keistimewaan orang melayu yang tertulis dalam perlembagaa persekutuan.
Sebagai anak melayu yang mempunyai keazaman hang jebat, kehebatan seperti hang tuah. Begitu terasa sekali seolah-olah keazaman dan kehebatan ini tidak berguna untuk masuk ke universiti ini sekiranya kekuatan politik dan keistimewaan orang melayu diguna pakai pada diriku.
Positif kata aku masuk kesini mengikut prosedur dan syarat yang tertulis. Aku yakin mampu untuk bersaing dengan semua orang di Malaysia ini mahupun diseluruh dunia untuk berada di university ini walaupun tanpa menggunakan hak istimewa.
Berpaling kekiri dan ke kanan. Mereka-mereka melayu sebahagian kecilnya yang belajar disini tapi tak lulus, belajar disini tapi hidup berfoya-foya, berada di university taraf dunia ini tapi minda masih tak berubah. Longlai emosi melihat mereka(diriku jua) ini yang masih tidak sedar diri kerana sentiasa dibantu walhal tidak mahu gunakan kesempatan emas ini untuk menaikkan bangsa dan keluarga.
Kerana itu, bagi diriku, keistimewaan orang melayu tidak perlu digunakan sangat sehinggakan setiap dari kita menjadi mereka yang berada dalam keselesaan dan tidak risau setiap hari pada nasib badan. Adakah ini sebabnya bangsa kita masih mundur? Ia terus bermain dalam kepalaku sehingga sekarang….
Untuk mengenali diri ini. Untuk menelaah bakat yang ada. Untuk menjadi insan terbaik didunia dan akhirat… berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal.
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ya.. aku bersetuju dengan engkau! lihatlah diri kita 5 tahun dari sekarang.. di manakah kita ketika itu?
xpelah abg wady...
ape yg ader skang anggaplah sebagai peluang untuk abg wady lebih berjaya..
mungkin mereka2(dan jgk sye) yg masih lalai, bahawasanya mereka cume membazir mase uwang dan tenaga belajar kalu x manafaatkan apa yg ader...
sampai mase Allah yg Maha Adil lagi Maha Perkasa akan tarik nikmat, msetu sume bru la nak sedar... jadi apa yg ader skang Utilize baik2 gune kan sepenuh nye syukur atas nikmat atas apa yg dikurniakan...
harap abg wady terus berjaya...
Chayok2...
Post a Comment