Wednesday, October 31, 2007

Manusia boleh berubah

Ya, tapi stakat mana seseorang manusia itu boleh berubah dan secepat mana perubahan itu berlaku? Ikuti kisah yang tidak aneh ini. Pada hari sabtu yang lepas, aku pergi ke KLCC. Tepat jam 2.24 petang aku naik bas berjenama rapid kl, bas bernombor 231 itu memerlukan sedikit pengeras berjumlah RM 1. Tatkala menaiki bas, aku bertemu dengan Zilah(budak akhi) yang juga menuju ke stesen keretapi yang sama tetapi naik di bus stop berlainan dalam UIA. Adapun Zilah yang ku temui itu akan menuju ke Shah Alam untuk menjalani latihan memandangkan dia akan mewakili KL dalam SUKMA yang akan datang.


Ceritanya masih belum bermula, namun kerana kemajuan yang pesat dan pembangunan yang agak memberangsangkan di Malaysia, ditambah pula dengan sikap masyarakatnya yang berlumba-lumba secara sihat untuk memajukan diri sendiri, maka aku pun sampai ke KLCC yang menjadi kebanggaan mereka yang tahu menilainya dari sudut kejuruteraan, ekonomi dan sejarah.
Dipendekkan tingginya, ia masih top 5 di dalam dunia, selangkah kita biarkan dulu tingginya bangunan itu, kerana ceritanya masih belum bermula walaupun dipendekkan dan dipesatkan penceritaanya.


Singkap dari belakang, maka aku bertemu dengan seorang manusia yang agak janggal berdiri dan melihat. Jadi dia duduk. Aku pun duduk disebelahnya dan kami pun berborak-borak. Adapun abang ni dah kawin dan selama ini dia bekerja di Mid Valley, iaitu super pasaraya dan pusat pertemuan manusia yang bermastautin di PJ. Abang ni tinggal di Sungai Buloh, agak jauh jika dibandingkan tempat yang didatanginya dengan tempat tinggalnya.


Abang ni yang aku namakan A pun berceritalah bahawa dia datang mencari kerja kerana gajinya sekarang yang berjumlah RM 1500.00 tidak mencukupi bagi menampung keperluan isteri dan anaknya yang berumur setahun 5 bulan. Kata A “gaji RM 1500.00 di kl ni takkan cukup untuk hidup senang”. Tidakkah selama ini mencukupi, belum habis ceritanya padaku, terasa ingin dilempangnya aku kerana tidak sabar seolah-olah cerita nabi Musa yang diuji oleh tuhannya.

Alahai rupa-rupanya isteri A baru melahirkan anak yang kedua pada dua bulan yang lepas, jadi bertambahnya orang ke-empat dalam keluarga menambah tanggungjawab si ayah. Kata A “itulah isteri aku tak menggunakan perancang”. Dalam bercerita dan menokok tambah beberapa perkara yang didiskusikan dalam dewan rakyat, si A ini bertanya dimana aku tinggal, belajar lagi ker dan bila habis. Selapas aku menjawab soalannya satu-persatu dengan jujur, dia mengatakan umurnya baru 22 tahun manakala isterinya baru 20 tahun.


Disitu, saat itu aku pun memberitahu umurku yang lebih skit darinya, katanya “rupanya lebih tua, abangla ni”, kataku “kau ni lebih muda tapi pengalaman lagi banyak”. Selepas itu suanana berubah dimana dia nampak lebih memandang aku sebagai lebih tua dan aku pun memandangnya sedikit muda. Dari perkataan abang bertukar kepada saya. Dari suara yang agak mendatar, aku kerap mengeraskan nadanya. Disitulah apa yang dikatakan “Manusia boleh berubah”.

Monday, October 08, 2007

SIAPAKAH LAGENDA AKHI SETERUSNYA???

KENAPA MEREKA DIPANGGIL LAGENDA?



  1. Mereka adalah tulang belakang akhi

  2. Mereka pernah tak tidur dua hari setelkan kerja akhi dan study

  3. Menghadiri banyak meeting-meeting akhi

  4. Sebut jer akhi terbayang diorang ni

  5. Extend sem dan drop minor

  6. Ramai telah berjaya dibawah didikan diorang ni

  7. Berkuasa lebih dari setahun

  8. Membuat pembaharuan dan pembangunan pada akhi

  9. “PERHATIAN” is the last choice to use

  10. Diorang claim diorang lagenda, layan jer la....

Ciri-ciri lagenda-lagenda akhi dalam pandanganku. hanya beberapa orang sahaja daripada lagenda yang ramai tu sempat aku titipkan dalam blog ni. Personel sajer, ini bukanlah rujukan yang betul.

MIZI
Ability :
management
Super weapon : beg p kelas
Strength : badan yang besar & ekspresi muka
Achievement : head project (2 years)
Trainers’ ability :
“akhi need 80% effectiveness in this task, I can achieve 90%, I know your ability to do it only 60%, its okey, just do it.. ”

Mentees ability (bising):
“mentee: huh u ha ha hii hii
Mentor: okey… abang mizi datang..
Mentee: ……… (Silent)”

BUCK
Ability :
mentor
Super weapon : kopiah & songkok
Strength : muka cam baik jer & understandable speaking
Achievement : head mentor
Trainers’ ability :
“This task can be 100% effective, instead you choose me to be you trainer, I will choose my own trainee, now GET OUT PLEASES…hei… maner diorang nii...”

Mentees ability (bising):
Buck: "hoi! ko ni da la takder mak takder ayah, bising pulak , menyusahkan orang jer, aku taknak tengok muka kau lagi lepas ni"

ROY
Ability :
modules
Super weapon : black jacket
Strength : kata-kata
Achievement : head of trainer module (2 years)
Trainers’ ability :
“Okey, how about we do like this, Ohh..your idea is a very good one, but why don’t we add to be like this…hmm.. Now it’s better”


Mentees ability (bising):

"ha! ha! saper bunyi mulut dalam masa satu minit ni akan di cabut bulu pusatnya"

NAJIB
Ability :
mentor
Super weapon : baju batman
Strength : senyum manis & ketinggian
Achievement : head of trainer mentor
Trainers’ ability :
“Mentor: najib, I must complete this bla bla bla task, can you help me?
Najib: okey… this one can be done bla bla bla..
Najib lagi: now I choose you to do this because I know you can do this…
Najib lagi: GO! Don’t you appear before you’ve done... good girl”


Mentees ability (bising): "okey adik-adik, hari ni abang akan menceritakan sebuah kisah yang berlaku dekat rumah abang roy, tau tak... dalam baju roy ada ubat gigi, saper abang dengar bunyi sikit jer..., ha.. roy, ko pergi suapkan budak tu sampai tercabut seliparnyer"