Ceritanya masih belum bermula, namun kerana kemajuan yang pesat dan pembangunan yang agak memberangsangkan di Malaysia, ditambah pula dengan sikap masyarakatnya yang berlumba-lumba secara sihat untuk memajukan diri sendiri, maka aku pun sampai ke KLCC yang menjadi kebanggaan mereka yang tahu menilainya dari sudut kejuruteraan, ekonomi dan sejarah.
Dipendekkan tingginya, ia masih top 5 di dalam dunia, selangkah kita biarkan dulu tingginya bangunan itu, kerana ceritanya masih belum bermula walaupun dipendekkan dan dipesatkan penceritaanya.
Singkap dari belakang, maka aku bertemu dengan seorang manusia yang agak janggal berdiri dan melihat. Jadi dia duduk. Aku pun duduk disebelahnya dan kami pun berborak-borak. Adapun abang ni dah kawin dan selama ini dia bekerja di Mid Valley, iaitu super pasaraya dan pusat pertemuan manusia yang bermastautin di PJ. Abang ni tinggal di Sungai Buloh, agak jauh jika dibandingkan tempat yang didatanginya dengan tempat tinggalnya.
Abang ni yang aku namakan A pun berceritalah bahawa dia datang mencari kerja kerana gajinya sekarang yang berjumlah RM 1500.00 tidak mencukupi bagi menampung keperluan isteri dan anaknya yang berumur setahun 5 bulan. Kata A “gaji RM 1500.00 di kl ni takkan cukup untuk hidup senang”. Tidakkah selama ini mencukupi, belum habis ceritanya padaku, terasa ingin dilempangnya aku kerana tidak sabar seolah-olah cerita nabi Musa yang diuji oleh tuhannya.
Alahai rupa-rupanya isteri A baru melahirkan anak yang kedua pada dua bulan yang lepas, jadi bertambahnya orang ke-empat dalam keluarga menambah tanggungjawab si ayah. Kata A “itulah isteri aku tak menggunakan perancang”. Dalam bercerita dan menokok tambah beberapa perkara yang didiskusikan dalam dewan rakyat, si A ini bertanya dimana aku tinggal, belajar lagi ker dan bila habis. Selapas aku menjawab soalannya satu-persatu dengan jujur, dia mengatakan umurnya baru 22 tahun manakala isterinya baru 20 tahun.
Disitu, saat itu aku pun memberitahu umurku yang lebih skit darinya, katanya “rupanya lebih tua, abangla ni”, kataku “kau ni lebih muda tapi pengalaman lagi banyak”. Selepas itu suanana berubah dimana dia nampak lebih memandang aku sebagai lebih tua dan aku pun memandangnya sedikit muda. Dari perkataan abang bertukar kepada saya. Dari suara yang agak mendatar, aku kerap mengeraskan nadanya. Disitulah apa yang dikatakan “Manusia boleh berubah”.
1 comment:
1 citer yg agak bagus untuk melegakan otak slps 3 hr strait exam...huhuhu...suka, suka(versi ipin)
Post a Comment