Sunday, July 05, 2009

c-power yg diingati




























ini abg ezi dan c-powernya


Kedatanganku ke perak tidaklah semata-mata untuk bersiar-siar dan bercuti semata. undangan seorang kawan untuk berkongsi pengalaman dan mengasah bakat dibumi manjung sambil berbakti untuk anak bangsa.

Akademi k'rana iaitu sebuah pusat latihan kecemerlangan pendidikan di sini. telah menganjurkan satu program yang dijadualkan selama sehari membabitkan pelajar darjah 4,5,6 dan tingkatan 1,2,3 dan akan di gembeleng oleh dua tukang motivasi, satu amatur dan satu lagi pro.

jadi aku ni dalam kategori amatur la pada pendapat persendirian ini. anyway aku rasa bangga jika dapat bertemu dengan tukang sorang lagi yang lebih dikenali sebagai abg ezi. namun nasib x berapa baik kerana abg ezi ni x dapat datang kali ini. mungkin kerana dipanggil untuk memberi kata atau ucapan pada mereka yang lebih memerlukan ataupun sedang meneliti kelemahan pasukan bola sepak kegemarannya yang berjersi merah tu.

oleh itu tanggungjawab ni dipikul oleh aku sorang dibantu oleh pengurus akademi ini yang lebih manja dipanggil en. hafiz. prgram bermula pukul 9 pg hr sabtu dengan dimulai kan pelajar sekolah rendah.

en hafiz memberi beberapa cabaran iaitu;
  • Mengertikan adik-adik ini akan apa kecemerlangan dibangku sekolah yang akan meng-effect jati diri.
  • Aplikasi tiga cara belajar dan kombinasi ketiga-tiganya (visual, audio & kinestetik)
  • Aktif dan tiada lagi fasif dalam kelas dan kehidupan.
cabaran selama setengah jam dan sejam ini memaksa aku memberi 100% bakat yang ada, kemampuan yg dimiliki dan keperluan yang diingini, 9.30pg-11.45pg

dah abis tu aku terus pi tido kat surau dalam akademi ini. kendian en hafiz mengejutkan aku untuk sesi kedua bersama pelajar menengah rendah, cabaran bagi diri aku adalah memahami pemikiran adk-adik ini dahulu.

kali ini ada jugak cabarannya iaitu;
  • Mengatasi panic dan layu semangat manghadapi PMR
  • Persediaan belajar serta menjadi sebenar-benar pelajar
  • Teknik-teknik belajar (revolusi sedia ada)
dua jam dan 30 minit benar-benar mencabar, 45 minit terakhir suara aku dah hampir tiada namun alhamdulillah tiada sorngpun yang tidur dalam suasana penyejuk econ yang sejuk tu. makna nya apa yang aku sampaikan boley la diterima.

p/s: c-power adalah product abg ezi

kredit:
  • Akademi kirana
  • En hafiz
  • Motivasi alihan pelajar oleh Tengku Asmadi, phd
  • Nak ke tak nak oleh dr. HM Tuah Iskandar
  • Kualiti bergantung pada anda oleh Synergy Publishing co.
  • Membina imaginasi cemerlang oleh dr. HM Tuah Iskandar
  • Teknik effektif bijak belajar oleh dr. Syukri Abdullah

Saturday, July 04, 2009

datang balik kl




























































beberapa hari sajer balik kg, aku datang balik kl dan barada di kampus yg belum bukak lagi secara formalnya. jadi manusia masih tak ramai. sorang member ajak jalan ke alam pi tengok transformer. aku follow jer ker alamanda, yer tak yer takder orang kat sini lg.

aku pulak yg baru smpai dr kg ni kena demam selsema, memandangkan datang bukan dengan kapal yang bley terbang, aku tiada bimbang mengenai jangkita virus H1N1. apa lagi, jalan jer....

gambar semasa balik kg






Thursday, July 02, 2009

tukang motivasi pemikiran

sesampai ke tempat terletaknya daerah manjung. aku jumpa seorang rakan lama. dari situ pergi ke teratak pertapaannya. disini ingin aku menyambung apa yang belum siap dan terlupa nk tulis dalam keratan terdahulu. citer pasal atuk, aku baru teringat yang kegeringan dia memastikan dia makan terlalu sedikit, akibat umurnya dan kekurangan tenaga, atuk aku hanya makan makanan yang mudah dihadam ddan tak perlu dikunyah.

pike sekali memang lagi lemah r sebab tak makan nasi. tapi jika difikirkan dengan usianya. kuat jugak atuk aku ni. sekali lagi, mari kita memandang jauh kehadapan. diusia tua kita akan mengalami metamorfasi dalam pemakanan. bagaimana untuk jd kuat di usia emas dan apa perlu di buat diusia sekarang.

jawapannya bagi aku melalui pandangan pada atuk aku adalah bangun awal pagi dan bersolat tahajjud. sememangnya kita tahu qiamullail mempunyai kelebihan bagi yang mengamalkannya kerana boleh menguatkan badan tanpa disedari. buktinya jika sekali sekala sahaja kita bangun qiam, selepas subuh pasti terasa begitu penat dan mengantuk sedangkan hanya 4 atau 6 rakaat sahaja yang dibuat. almaklum jika kita amalkan setiap hari ataupun sekerap dan lebih kerap, pastinya awal pagi tak mengantuk dan terasa segar.