ini abg ezi dan c-powernya
Kedatanganku ke perak tidaklah semata-mata untuk bersiar-siar dan bercuti semata. undangan seorang kawan untuk berkongsi pengalaman dan mengasah bakat dibumi manjung sambil berbakti untuk anak bangsa.
Akademi k'rana iaitu sebuah pusat latihan kecemerlangan pendidikan di sini. telah menganjurkan satu program yang dijadualkan selama sehari membabitkan pelajar darjah 4,5,6 dan tingkatan 1,2,3 dan akan di gembeleng oleh dua tukang motivasi, satu amatur dan satu lagi pro.
jadi aku ni dalam kategori amatur la pada pendapat persendirian ini. anyway aku rasa bangga jika dapat bertemu dengan tukang sorang lagi yang lebih dikenali sebagai abg ezi. namun nasib x berapa baik kerana abg ezi ni x dapat datang kali ini. mungkin kerana dipanggil untuk memberi kata atau ucapan pada mereka yang lebih memerlukan ataupun sedang meneliti kelemahan pasukan bola sepak kegemarannya yang berjersi merah tu.
oleh itu tanggungjawab ni dipikul oleh aku sorang dibantu oleh pengurus akademi ini yang lebih manja dipanggil en. hafiz. prgram bermula pukul 9 pg hr sabtu dengan dimulai kan pelajar sekolah rendah.
en hafiz memberi beberapa cabaran iaitu;
- Mengertikan adik-adik ini akan apa kecemerlangan dibangku sekolah yang akan meng-effect jati diri.
- Aplikasi tiga cara belajar dan kombinasi ketiga-tiganya (visual, audio & kinestetik)
- Aktif dan tiada lagi fasif dalam kelas dan kehidupan.
dah abis tu aku terus pi tido kat surau dalam akademi ini. kendian en hafiz mengejutkan aku untuk sesi kedua bersama pelajar menengah rendah, cabaran bagi diri aku adalah memahami pemikiran adk-adik ini dahulu.
kali ini ada jugak cabarannya iaitu;
- Mengatasi panic dan layu semangat manghadapi PMR
- Persediaan belajar serta menjadi sebenar-benar pelajar
- Teknik-teknik belajar (revolusi sedia ada)
p/s: c-power adalah product abg ezi
kredit:
- Akademi kirana
- En hafiz
- Motivasi alihan pelajar oleh Tengku Asmadi, phd
- Nak ke tak nak oleh dr. HM Tuah Iskandar
- Kualiti bergantung pada anda oleh Synergy Publishing co.
- Membina imaginasi cemerlang oleh dr. HM Tuah Iskandar
- Teknik effektif bijak belajar oleh dr. Syukri Abdullah
1 comment:
syabbas.. skrg ni tugas mendidik anak bangsa bukan saja dipikul oleh guru2 di sekolah..
Post a Comment