Cuti sem kali ini x balik rumah, tinggal di rumah kakak di Gombak tapi yang banyaknya tido kat uia. X sampai 10 hari cuti kali ni kerana terlibat dengan summer camp dan part time kat air asia. Anyway cuti kali ini meninggalkan kenangan yang cukup banyak dan indah.. heheh
Ramai yang dapat aku jumpa di kalangan kengkawan dan taulan kat bumi uia. Ini termasuklah geng-geng a.f(ahli fikir) yang kengkadang aku lebih suka panggil ahl ra’yu kerana tak mau disamakan dengan band music yang terkenal di tanah air kita ni.
Ada jugak yang tak sempat jumpa seperti ealy, zatil, amy, kak ros dan Zillah. Ngan din, sama-sama tengok movie dan lepas tu movie tu pulak yang tengok kami terlena. Disini mungkin ramai yang berperasangka yang din ni takder awek. Bila dok borak-borak ngan din, dari pengalaman aku dapat aku rasakan yang dia ni sudah berpunya walau pun dia akan ubah topic jika borak pasal awek-awek ni. Hey hey hey pandai betul dia nak sembunyi rahsia. Aku ni kan,, tengok muka pun da tau orang tu ada awek ker belum..
Jai pulak makin tinggi dan lebih galak dari dulu, kalo sebelum ni dia cam penat dan selalu kelihatan sibuk ngan kerja-kerja nya yang ada takder pekdah tu. Nampaknya sekarang jai lebih matang dan hebat. Di apit pulak oleh insan tersayang yang memahami diri tentulah lepas ni jai akan jadi orang yang hebat jugak. Kesempatan borak ngan jai adalah semasa dalam perjalanan ke chenor, Pahang.
Aku jumpa zu kat umah kak miha di chenor. Dan kami balik bersama ke kl dan pergi ke Melaka hari selepas tu bersama-sama yang lain. Zu macam tak berubah dengan caranya yang dulu walaupun dia sekarang sebenarnya jauh lebih matang tapi tak mau ditonjolkan sangat. Cuma mungkin kerana dia agak muda berbanding kami yang lama tak jumpa ni. Dia masih solo bukan? Tapi dia manja-manja sikit sekarang. Hhahah.
My bravo friend, pzin masih mengekalkan stail lama tapi kasut jer yang berubah dari gaya lama ngan selipar sauk yang selalu di beli di pasaraya. Seolah-olah tak nak tunjukkan diri yang sebenar, pzin dapat dirasakan kami yang selalu bersama ini sebagai seolah lama sangat tak bertemu. Kalau dulu dia concern sumer kengkawan dan junior tapi kini dia lebih suka kami berdikari menghadapi hari-hari mendatang. Dan pzin sekarang lebih menumpu kepada bisness berbanding kawin..
sorang lagi yang baru dimasukkan dalam cerita ini adalah yang mulia roshazira atau dalam address book ditulis roshaz ira. kak zira complletely berlainan dari dulu seleps bertemu tak silapnya setahun lebih. and last tak dapat jumpa bila kak zira naik kapal terbang ke kuching untuk berbakti pada negara... serious ... seolah-olah mengelakkan diri dari seseorang dia masih mesra dengan cakapannya. sekarang nampak makin berseri dan menarik. hahhahaah. mungkin dah ada yang berpunya tapi tak nak bagitau. anyway cikgu muda ni akan tinggalkan kita di semenanjung tak tau berapa lama lagi. tapi nanti dia balik dari sarawak, kita reunion sama-sama yer.. got that a.f.. takper.. kak zira belanja.
Citer pasal kak miha yang juga dipanggil miha, seorang cikgu yang baru melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya. Masa kat uia dulu aku dah tau citer dua mempelai ni Cuma tak sempat jumpa jer ngan abg mi ni. Hari perkahwinan miha adalah hari dimana miha Nampak cantik dengan pakaian pengantinnya. Hampir terkesima aku bila dapat tengok miha selepas lama tak jumpa. Itu pun nasib baik dapat cilok masuk ke bilik pengantin masa menunggu rombongan pengantin lelaki. Sebenarnya pompuan ajer yang bley ke bilik pengantin, tapi aku tau kak miha dah siap bersolek sumer dah. Yer tak yer rombongan lelaki yang kata nak datang kul 1 tengahri tak sampai-sampai lagi. Kak long kawan kak miha tempat aku selalu bercerita semasa usia kami di uia.
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Wady said...
"Jai pulak makin tinggi dan lebih galak dari dulu"
Apo?
Wady said again...
Nampaknya sekarang jai lebih matang dan hebat.
Eh eh. Apo?? hahaha
wady, ape motif ko?
terharu aku.
anyway ko pun lain..
lebih hangat drpd biase.tiber..
tibe2 rasa rindu dgn kwn2
btw dulu sempat gak aku bertemu dgn kak zira time dia wat KPLI kat Penang bulan puasa yang lepas..
tak sangka gak. walaupun aku dicampak praktikal jauh dari KL.. jmpe gak orang yg dikenali..
hehhe..ayahde dah tak ingat kitorng eh?? ini assistant ayahde aaa....
Post a Comment