Tuesday, January 06, 2009

peristiwa bulan dua belas 1

peristiwa mencabar. betapa nak balik ke Kelantan memaksa aku lompat kete api dari stesen kajang ke stesen tanah merah. ingatkan aku sorang jer yang berbuat demikian tapi ramai sangat yang sehati sejiwa lompat kete api. bayangkan, lorong laluan dalam gerabak tu penuh sampaikan nak lalu pun sangat susah.

permulaannya bermula pada hari jumaat beberapa hari sebelum hari raya haji tahun 2008 iaitu pada bulan disember yang lepas. tiket sememangnya awal-awal aku tak beli tiket dan sememangnya bercadang untuk melalui pengalaman lompat kete api ni.

cabarannya tak lah hebat sangat mungkin sebab terlalu ramai orang yang tiada tiket untuk balik ke pantai timur. di stesen kajang, polis-polis ktmb yang ramai lalu lalang menjadikan hati ini agak gemuruh, sehebat lagu nyanyian faizal tahir…

akan tetapi tak sangka pulak polis-polis ini jadi baik pulak sewaktu penumpang-penumpang berpusu-pusu berebut nak naik kete api. diorang ni membantu penumpang naik dan memastikan tiada penumpang yang terjatuh dan terpecah belah dengan ibu bapa tersayang.
ini amat berlainan dengan tugasan awal polis-polis ini yang sepatutnya menjaga keretapi dari dinaiki oleh mereka yang tidak mempunyai tiket seperti aku.hahahahah.


anyway semua orang mungkin tak terlepas dari kena denda sepuluh ringgit dan tambahan nilai tiket ke tempat tujuan setiap penumpang. malam tu memang sah la ktmb untung giler-giler. penumpang yang takder tiket lagi ramai dari penumpang yang bertiket. buktinya, setiap kerusi ada penumpang berdiri yang bersandarpadanya. dan diantara mereka yang bersandar tu ada lagi penumpang yang berdiri. puuuuyoooo ..

2 comments:

Anonymous said...

wady datang lagi!!!

Anonymous said...

wady datang lagi ke tora datang lagi??hihi..