Salam tahun baru hijrah dan masihi. Cukup dengan dua awal tahun ini masa untuk menyiapkan
draf azam baru. Sekarang masa untuk meneruskan azam tersebut. Di awal tahun ini detik mengingatkan aku betapa lama tak berblog sepanjang bulan dua belas tahun dua ribu lapan.
Antara peristiwa yang ingin aku ceritakan adalah mengenai majlis kawin yang banyak benor terjadinya kat desember tahun lepas. Yang sempat aku pergi adalah majlis di rumah sahabat baikku iaitu wani. Tempatnya di wakaf baru berdekatan kota bharu bandaraya islam.

Tarikh keramat bagi wani dan yusof adalah pada hari sabtu, 6 hb 12 2008. Eh, jap jap, 5hb kot sebab malam tu diorang diakad nikahkan. 6 hb majlis di rumah wani yang diiringi dengan hujan yang kejab-kejap berenti kejap-kejap turun.
Aku datang dengan dibantu oleh zamir penduduk kampung sebelah kg aku yang mana dia jugak satu alumni ngan wani ni, maksudnya kami adalah kawan la. Nak pergi tu umpama mencabar alam dengan kekalutan hadiah yang agak besar dan tak bley nak balut. Dah tu pulak bawak motor jer.
Beberapa kali berenti mengelak hujan dan akhirnya sampai jugak ke rumah dia. Rasanya dialah orang pertama yang aku pi majlis kawin antara ramai-ramai kawan-kawan aku. Kami sampai agak petang hampir senja tapi dek tak nak miss tengok dia dan suaminya yang bertuah tu, sampai jugak aku kerumahn ya.
1 comment:
lor.. tak jumpe pon u kat rumah waniey..
*best main air banjir paras buku lali?
Post a Comment