iklan kopi di satu rangkaian tv semalam membuatkan aku rasa rimas.... bukan sebab tak dapat merasai kelazatan kopi tersebut, tapi obj iklan tersebut yang hanya membuat promosi murahan.. tak nak sebut dulu jenama kopi tu... tapi tentu korang bley tangkap jika aku katakan ia bermula dengan seorang lelaki yang sedang memandu kereta..
pemanduannya agak lama. dan di sebuah rumah seorang perempuan sedang bersiap untuk keluar. pastu akhir iklan tu rupanya lelaki yang pandu kete tu sampai kat umah pompuan tu. upanya diorang suami isteri.. mana lagi diorang nak pi kalo dah malam-malam buta baru si suami sampai umah....
citer pasal kopi dan campuran herba ni, orang kita pasti akn terfokus pada kuasa batiniah. tak semestinya, herba dalam masyarakat melayu sebenarnya sudah lama diamalkan tetapi bagi orang kita sekarang, seolah masih baru. herba bukanlah semata untuk pasangan suami isteri. sebenarnya ia lebih banyak lagi fungsinya dalm kehidupan kita.
untuk mantainkan kesihatan dan mengelak penyakit menghinggapi, orang tua-tua mengamalkan herba. samada minuman ataupun makanan yang diproses sebentar. ia amat mudah dibuat.
bagi meraka yang belajar dan menuntut ilmu, herba juga diamalkan oleh masyarakt kita. sedih sekiranya orang kita masih memandang ubatan dari barat sebagai pemankin kecergasan otak. takper, ambil yang mana mudah didapati, tapi herba pusaka melayu jangan dilupa.
yang bahagian ni memang orang kita tau sanagt. bab merawat penyakit. almaklum pandai cari penyakit maka pandailah cari rawatan tradisional. amal tu lah ini lah.
pengguaan herba kesihatan perlu diperbagaikan, kerana hanya sebahagian kecil sahaja yang berbuat demikian bagi orang melayu kita. orang cina dan india tak usah cakap. diorang mempunyai lebih lama warisan dari kita. no wonder la diorang jadi camtu..
terlanjur menulis, teringat pulak iklan pati ayam daripada brand. cuba gak pi tengok-tengok kat kedai. mahal siot.. caner r diorang wat pati ayam ni. takkan diorang masukkan ayam dalam bekas dan tambah tekanan hingga ayam tu jadi pati yang tak berasa best sangat tu.
atau pun diorang wat macam wat pati ikan yang selalu aku amalkan bagi menggantikan pati ayam supaya jadi sentiasa cergas, cerdas dan senyuman lebih manis. pati ikan tu adalah budu, especially dari kelantan. caranya aku tak tau sangat. makan jer tau...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
budu memang best,
kalah herba.
HAHA
ye betul... tgk mcm HERBALIFE... bgus untuk jage kesihatan malah selamat digunakan oleh semua orang....hehe
Post a Comment