13 dan 14 haribulan enam. Satu kursus telah aku hadiri bertempat di jalan bentong lama, saat-saat melalui perkampungan orang asli, terasa sejuk dek hempasan angin perbukitan. Memang sejuk bagi sesiapa yang melalui tempat itu. Bukan seram sejuk dan aku tak bermaksud untuk membuat spekulasi berkenaan peristiwa mistikus.
Bertempat di rebutia d’perkasa camp, aku bersama seorang lagi student miat, 5 orang student ypc, 5 orang student uia dan 6 orang pelajar iic. Sorang lagi aku tak sure. Mengikut jumlah matematiknya ada seramai 19 orang bakal faci.
Ooooo kursus pemantapan fasilitator, bukan sebab kurang mantap tapi oleh sebab dah masuk universiti, ia dipanggil kursus pemantapan. Kalo baru abis sekolah baru panggil kursus asas fasilitator.
Selama dua hari yang cukup indah dan memorable, kami diikat dengan perkenalan dan modul yang mengetatkan lagi hubungan kami sebagai wakil rebutia d’perkasa. Kami adalah duta pada program-program akan datang.
Dari awal kedatangan kami, kami berkenalan melalui beberapa modul iaitu lukisan sendiri dan interview, disini mida interview aku dan aku kena interview …… tak ingat la pulak. seterusnya berkata-kata dihadapan khalayak yang tak berapa dikenali ini menggunakan bahasa parlimen dan dipanggil y.b.
Petangnya kami cuba mengenali apa itu fasilitator dan tujuannya. Petang petang lepas petang tu lagi hujan turun dan kami ubah dari buat flying fox kepada belajar ikatan dan buat gajet cam masuk pengakap masa kecik-kecik dulu.
Buat rak kasut tiga tingkat membolehkan aku, shah, star dan sorang lagi student ypc, sori lupa nama. Yang pompuan lagi lupa, hehehe
Sebelum malam menjelma kami kena masak ayam bawah tanah, masaknya x sure masak ker tak. Anyway buat ajer. Tiga kumpulan memasak, aku sewakil sekumpulan dengan haris, azizi, azam, farah, pak ein dan wan.
Malamnya kitorang kena kupas buah kelapa dengan rakusnya dan memang kumpulan kitorang dikenali sebagai kumpulan rakus mengopek, anyway kami memang bekerjasama. Ada gak sesi jadi vegetarian bagi summer fasi ni.
Alamak panjang pulak aku tulis ni, cut short sikit. Esoknya kami buat flying fox dan bagaimana nak menyelia benda alah ni. Pastu berenang-renang dan lepas zuhur majlis penutup.
Kul lima jugak habis majlis penutup yang bermula kul tiga ni. Lepas tu aku gi ofis ia tech jap then g umah sewa adik aku jap belakang uia seterusnya pi pulak ke rumah kakak aku kat pinggiran batu caves.
On the way balik ke miat aku ajak auds minum kat bistro mamak manantah depan komuter serdang. Lama betul tak jumpa si auds ni, dulu jadi presiden pengakap uia dan aku jadi tali barut dia, heheha. Kekadang aku mengkronikan dia dengan pelbagai program.
Pastu aku balik ke miat dan sampai kul 12.30 mlm, ngantuk dan terus tido.
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment