Monday, June 29, 2009

dari cerita atuk

sekembalinya aku dari perantauan kt kg tu, banyak betul pengalaman yg dapat. selain mkn tido mkn tido, bersantai n bertapa di sekitar rumah, aku telah melawat datuk sebelah mak aku yang sedang gering sekarang disebabkan sakit tua. satu fakta disini dibetulkan kembali bahawa umurnya telah melebihi 90 tahun. secara detail dan tepat tidaklah diketahui memandangkan sewaktu kelahirannya jabatan hasil dalam negeri dan jabatan pendaftaran belum wujud sama sekali. jika ia wujud, tentunya ia berada dalam satu bangunan.

wujud jugak satu perenggan, menyusul perenggan kedua.

hampir dua bulan sudah atuk aku berbaring dan segala urusan peribadi dibantu oleh isteri, anak, cucu dan menantu. bagi yang melihat, kesian. bagi yang menanggung, tak dapat dibayangkan. aku cuba untuk berbakti pada atuk aku ni dan mujurlah dapat jugak datang kerumahnya setiap hari walaupun tak lama. menyuap makanan-minuman, memandikan, bercakap dan meneman dan membantu apa yang patut. bila tiba masa nak balik kl, rasa sikit ajer sumbangan aku jika dibandigkan dengan mereka yang lain.

terfikir, kenapa tuhan memberi cubaan sebegini? dan jika kita mendapat cubaan sebegini apa yang patut kita lakukan. kebenaran kata-kata rasullullah ada benarnya disini. ingat tak hadis 5 perkara sebelum 5 perkara. masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum sakit, kaya sblm miskin, lapang sblm sempit, hudup sblm mati. aku melihat situasi ini dan cuba merenungi hadis yg menyedarkan betapa masa begitu cepat berlalu. sedangkan banyak lagi tanggungjawab terhadap agama, manusia dan alam yang belum dilaksanakan. kita semua tidak boleh lupa tugas kita dibumi sebagai khalifah.

itu perenggan ketiga, keempat? teruskan membaca...

mungkin tuhan telah mengurangkan kewajiban atuk aku bersesuaian dengan tenaga dan usia emasnya. dan diisikan masa-masa dia untuk mengingati pencipta yang maha Esa. benarlah sekali lagi bahawa tuhan tidak memberati seseorang dengan sesuatu ujian melainkan orang itu mampu untuk melakukannya. dan bagi sesiapa yang berjaya, pastinya pelbagai hadiah yang menarik menanti anda.

bagi kita suatu hadis telah dibacakan dan diajar oleh rasulullah seribu tahun++ dulu. point dalamnya adalah:
diberkati umur yg ada
tidak lanjut usia hingga nyanyuk
tidak kembali seperti bayi yg memerlukan penjagaan.

supaya umur diberkati, setiap masa harus menjadi amalan dan dengan niat yang ikhlas, untuk mengelak nyanyuk hendaklah banyak mendapat dan memahami ilmu, untuk errrr.. yang last tu, wallahua'lam. ini perenggan ke berapa?

2 comments:

Jai said...

yang last skali perenggan ke 6. aku dah kira dah. huhu

Anonymous said...

siap kire jai? itu termasuk yg pendek ke?