Sunday, March 30, 2008

i love reading

while the examination period still running for another one week,
my brain playing with my emotional quotion (eq).
they seem don't know that i have not finish 300 questions and the exam fall on tuesday.

too many times i said that no playing at this time,

eq must follow what intelligent said, if it said to answer the questions.
then don't pity-pity to do sleepness brainwaves communication.
but they hard to hear my advices.

maybe it my fault push it too hard in a short period of time.

oh, the out side was raining. so, why don't we sit for a tea at nescafe.
so i stand up and order one shot of cappucino.
perthhhh, by adding some sugar, it was so delicious .

i must go out today. i have to deliver back my friend's book.

wahhh, the rain might stop at the top of cloud, by the way i reach the bus station, it will stop.
at the putra station, somebody calling out my name.
oo oo, there are different people looking at me smiling with sparkle eyes. so they are two different persons and i don't know which one says my name before.

i don't know how to behave, one with name that i forget and one with respect i have. to be fair, let just sit between them and talk no more.. then today i went to my destination with shock on my eq and blurring in my faces.

Friday, March 28, 2008

aku dan terengganu

semalam perasaan tak tentu arah menyelubungi diri. tak tau la kenapa. mood study x kunjung tiba, selera makan bertambah pulak, tapi makan punya makan masih tak memuaskan hati. mungkinkah sejak akhir-akhir ini masalah kegemukan dan keboroian jatuh menimpaku yang malas nak turun jogging 2 - 3 minggu ni?( kau ni, aderr jer alasan).

eh, tak kot. senaman setiap pagi dah cukup. yer tak yer menteri pelancongan Malaysia da cakap yang senaman boleh mencerdaskan dan mencergaskan badan. satu pilosofi yang boleh dijadikan hipotesis yang agak uat. ni mesti benda lain ni...

mengikut carta pemikiran sepintas lalu, ni mesti ada kena mengena ngan si dia. ia lah, si dia yang da bertunang. lama jugak aku usya, rasanya hampir tiga ke empat bulan, sekali bila da confirm,,,dapat berita dia bertunang. sedih bercampur hiba jugak la hati ni. alkisah pulak minggu ni asyik terserempak ngan si dia. nak tengok, da jadi tunang orang. tak tengok kan, hati asyik terbayang-bayang. nak tak nak, buat tak tau la.

menyusul di tangga kedua adalah cabaran seharian yang melekakan aku untuk menenangkan hati dan organ-organ dalam badan ni. berdasarkan sinopsis bagi dua benda tersebut, aku pun ambil short cut. aku terus ker pondok telefon dan menelefon seorang mentor pompuan. aku cakap-cakap sikit sesuatu kat dia. ok sikit, yer la tanggungjawab kena setelkan walau hati dirundung walang.

lalu selepas menghadap telepon berwarna biru tu, aku berjalan mencari tempat yang agak gelap kurang disinari cahaya lampu jalan mahupun lampu kereta. nampaknya sampai jugak aku ke sebuah tempat dihadapan kawasan lapang besar sikit dari line padang bola.
pucuk dicita ulam mendatang. sesudah memerhatikan keadaan sekeliling. aku tersenyum diantara dua pokok kerana perhiasannya tampak dimata.

sekarang aku dapat melihat langit dan permata yang bergantungan iaitu bintang-bintang di waktu malam ini.
lama jugak aku melongo, menilai, merenung, membuka hati dan seterusnya menenangkan diri dengan melihat kerdipan bintang-bintang ciptaan tuhan. merenung bintang menyedarkan aku dengan tindak-tanduk seharian yang sering menjadikan aku rasa sempit sedangkan alam ini terlalu luas tiada pernah habis diterokai.

ingatanku kembali kepada sejarah lama yang mana "tengok bintang" adalah salah satu hobiku yang setelah setahun, baru hari ini dapat buat balik. angkat lah jugak wajah ke atas melihat ke langit setelah terbiasa memandang ke bawah dengan pelbagai tugas dan bebanan. kamu akan merasa satu ketenangan.

Monday, March 24, 2008

how to delete yahoo acount

tekan link yang aku dah buat kat sebelah kanan ni. yang bertajuk how. korang bley tanya apa sajer yang mencurigai otak dengan mula perkataan "how"

Friday, March 21, 2008

mentor lama mentor baru


tanggal 15 mac 2008 adalah hari sabtu. pada hari tu aku bawak 2 orang mentor baru untuk dijumpakan dengan mentee aku iaitu najihah. mentor tu adalah yana dan nor. inilah pertama kali yana & nor join akhi punyer program walau secara x formal. nor dibaptiskan minggu lepas sebagai akhian. yana pulak terbaptis secara tak sengaja selepas dia join humanitarian karnival bawah zatil dan roha.

ramai jugak yang turun dengan pertolongan izi dan ikhwan. nak kata best, aku rasa agak fail jadi pc kali ni, adik-adik buat hal mentang-mentang kat tempat diorang, lagi satu diorang ada kawan, tak silap empat orang pompuan dan enam orang lelaki.


anyway, gembira tetap ada sebab aku dapat bagi sedikit contribution pada akhi dengan mentoring secara x formal dan kecik, trainer-trainer lain pun better buat lebih baik dari aku. terasa bersalah jugak pada yana dan nor, masa diorang aku abiskan dari kul 3.00 diorang mekap-mekap sampai kul 7.30 mlm diorang sampai ke uia.

kira secara terbuka saya mintak maaf pada nor dan yana , anyway lepas habis exam ni kami akan pergi lagi jumpa adik najihah dan kawan-kawannya..

Tuesday, March 11, 2008

aku unik, tetap unik, seunik diriku




sepagi-pagi lagi aku bangun kerana menyahut invitation lecturerku yang memerlukan beberapa orang pelajar untuk dibawa ke putrajaya. oleh sebab kelas hari ni lecturer dah cancelkan, so aku pun dengan rela hati pergi sewaktu member-memberku sedang lena diulit syaitan dan mimpi.

sepergianku ke putrajaya ni mengingatkan aku bahawa kali terakhir datang sini adalah tahun lepas,,, kali ini entah mengapa fikiranku lebih terbuka dan aku terasa takjub ngan pemandangan dihadapan, di belakang, di tepi sebelah kanan dan di bawah pijakan kaki yang berkasut.

inilah yang dikatakan pembinaan tamadun, dengan pembinaan putrajaya ini, bukan sahaja kejuruteraan arkitek yang dibangunkan, sebahagian besar otak manusia yang berurusan disini diajar secara halus fikiran mereka dimana kemampuan otak mereka dinaik tarafkan secara langsung dan tidak langsung.... mungkin sesetengah pihak kurang memberkati kata-kataku ini namun dah aku yang tulis,,, kalo tak puas hati... bley buat blog sendiri, tiber...

dalil-dalil tidak rasmi yang aku boleh bawakan terbahagi kepada empat bahagian yang besar iaitu pembinaan sikap yang pertamanya, gaya yang keduanya dan persekitaran yang keempatnya.

oleh itu dapat dirumuskan disini bila seseorang itu berada di putrajaya, ia harus mengubah sikapnya kerana desakan ketakjuban terhadap tempat tu, undang-undang yang wujud dan prosedur-prosedur yang pelik tapi tersusun.

rumusan seterusnya adalah gaya seseorang itu yang terpaksa berfikir lebih 10% dari biasa kerana kedatangan bas yang lambat, tambang bas yang murah iaitu 5o sen tapi selalu jer kena bayar seringgit dan tak dapat baki. memikirkan lebih dari biasa kerana kebesaran saiz putrajaya menyebabkan setiap orang terpaksa taiming masa dia betul-betul. nak jalan masuk pintu bangunan pun dah setengah minit inikan pula nak bergerak didalamnya..

rumusan seterusnya tidak melibatkan bahagian ketiga tetapi keempat, persekitaran manusia yang berfikir lebih 10%, kewujudan sikap setiap manusia dan kejadian yang tidak diingini yang jarang berlaku memastikan persekitaran yang sihat wujud secara automatik, pemikiran kelas pertama secara diam-diam wujud dalam diri manusianya.

Friday, March 07, 2008

pertemuan ngan tini dan lin

malam sabtu yang mana keesokannya hari mengundi adalah malam pertemuan aku ngan tini dan lin. susah betul nak jumpa diorang ni lebih-lebih lagi tini. berbaloi berborak ngan kawan lama yang dirindui ni. dari pukul 8.30 malam aku jumpa diorang , kami borak sampai pukul 12.00 malam, banyak betul perkara yang dibincangkan termasuklah umpat dan nista. tiber....

so, secara terbukanya, aku dan rakan-rakanku ini meminta maaf kepada korang-orang yang termasuk dalam perbincangan kami samada secara terus ataupun menjadi alat perantaraan.
antara nama-nama yang aku masih belum lupa adalah pzin, zilah , kak dayah, shah rukh khan, anak dia, gengghis khan dan harry potter.