semalam perasaan tak tentu arah menyelubungi diri. tak tau la kenapa. mood study x kunjung tiba, selera makan bertambah pulak, tapi makan punya makan masih tak memuaskan hati. mungkinkah sejak akhir-akhir ini masalah kegemukan dan keboroian jatuh menimpaku yang malas nak turun jogging 2 - 3 minggu ni?( kau ni, aderr jer alasan).
eh, tak kot. senaman setiap pagi dah cukup. yer tak yer menteri pelancongan Malaysia da cakap yang senaman boleh mencerdaskan dan mencergaskan badan. satu pilosofi yang boleh dijadikan hipotesis yang agak uat. ni mesti benda lain ni...
mengikut carta pemikiran sepintas lalu, ni mesti ada kena mengena ngan si dia. ia lah, si dia yang da bertunang. lama jugak aku usya, rasanya hampir tiga ke empat bulan, sekali bila da confirm,,,dapat berita dia bertunang. sedih bercampur hiba jugak la hati ni. alkisah pulak minggu ni asyik terserempak ngan si dia. nak tengok, da jadi tunang orang. tak tengok kan, hati asyik terbayang-bayang. nak tak nak, buat tak tau la.
menyusul di tangga kedua adalah cabaran seharian yang melekakan aku untuk menenangkan hati dan organ-organ dalam badan ni. berdasarkan sinopsis bagi dua benda tersebut, aku pun ambil short cut. aku terus ker pondok telefon dan menelefon seorang mentor pompuan. aku cakap-cakap sikit sesuatu kat dia. ok sikit, yer la tanggungjawab kena setelkan walau hati dirundung walang.
lalu selepas menghadap telepon berwarna biru tu, aku berjalan mencari tempat yang agak gelap kurang disinari cahaya lampu jalan mahupun lampu kereta. nampaknya sampai jugak aku ke sebuah tempat dihadapan kawasan lapang besar sikit dari line padang bola.
pucuk dicita ulam mendatang. sesudah memerhatikan keadaan sekeliling. aku tersenyum diantara dua pokok kerana perhiasannya tampak dimata.
sekarang aku dapat melihat langit dan permata yang bergantungan iaitu bintang-bintang di waktu malam ini.
lama jugak aku melongo, menilai, merenung, membuka hati dan seterusnya menenangkan diri dengan melihat kerdipan bintang-bintang ciptaan tuhan. merenung bintang menyedarkan aku dengan tindak-tanduk seharian yang sering menjadikan aku rasa sempit sedangkan alam ini terlalu luas tiada pernah habis diterokai.
ingatanku kembali kepada sejarah lama yang mana "tengok bintang" adalah salah satu hobiku yang setelah setahun, baru hari ini dapat buat balik. angkat lah jugak wajah ke atas melihat ke langit setelah terbiasa memandang ke bawah dengan pelbagai tugas dan bebanan. kamu akan merasa satu ketenangan.
Friday, March 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wady, jadilah diri kau yang sebenar! itu seme ujian tuhan pada kau. dont wory, semoga kau akan dapat yang lebih baik dari dia. dan dia kan mendapt yang lebih baik dari engkau.
Post a Comment