Sunday, November 16, 2008

Aku dapat adik-mentee baru?

Hari apa aku tak ingat. Cuacanya mengikut turutan hukum alam, tengahari tu langit tinggi dan cerah, semakin matahari turun disebalik hutan, berarak lapisan awan tebal mengurangi ketinggian penglihatan, kelam dan gelap pertanda hujan bakal menyelinap lapisan awan tuk turun kebumi.

Petang itu aku memulakan perjalanan ke pekan terdekat untuk dua urusan, print gambar dan servis motor. Sebaik sahaja sampai ke pekan dan menyetelkan urusan pertama, hujan mencurah seolah tertumpah dari bakulnya.

Nasib ku baik kerana dapat berlindung dalam bangunan tempat urusan dijalankan. Namun motorku, entah apa nasibnya ditimpa hujan sebegini lebat, dalam pasrah dan rela aku tersenyum kerana motor itu dibuat dari besi yang kuat dan dibina di negara Jepun yang terkenal dengan teknologi permotoran yang terulung di dunia.

Eh eh, lupa pulak nak citer tentang tajuk diatas. Tajuk ini telah siap digezet selepas beberapa kali bacaan di dewan rakyat cawangan sepang beralamat lot bilik aku dan tempat makan miat.

Yang dipertua dan yang berhormat sekalian, sedang saya dok lepak kat kedai mamak menunggu motor diservis dan hujan abis kat bakul atas langit tu, mamak-mamak sekalian yg ada kat situ tidak menjumpai surat khabar yang dipinta. Ini amat menyedihkan kerana negara kita sedang menuju negara berdasarkan k-ekonomi. Sila jawab yg berhormat.

Yg berhormat, tetiba datang sorang custumer ke meja saya sedang minum dan menegur untuk minum semeja. Brother ni dah kerja yg berhormat sekalian. Dan dia da kawin serta sedang mempunyai dua orang anak.

Kami borak la sambil berkenal-kenalan. Brother ni cakap anak sulong dia masih belum tahu membaca sedangkan beliau telah berada dalam darjah 1 dan akan ke darjah 2 tahun depan. Yg berhormat sekalian. Brother ni mintak saya membantu anaknya pada hujung minggu dan akan memberi imbuhan sedangkan saya seorang yang ikhlas, tiber.
( apahal! )

Sebagai seorang warganegara dinegara hadhari ini, saya terpanggil untuk membantu, namun bagaimana yang berhormat? Dari perspektif melayu glokal saya yakin budak itu bijak. beliau ada peluang menjadi perdana menteri Malaysia, ia hanya perlukan sedikit pendedahan dan pengalaman.

Sebelum saya sain kontrak yang akan bermula pada suku pertama 2009 akan datang, saya meminta pandangan yang berhormat sekalian untuk memberi pandangan memandangkan saya bakal memegang portfolio tambahan menjelang peralihan kuasa pada mac akan datang.

Mengikut maklumat ejen CIA dalam tahanan ISA sekarang, beliau adalah seorang ”lelaki ini” berumur 7 tahun, mempunyai seorang adik berumur 5 tahun. Warganegeri tidak dapat dipastikan kerana ibunya seorang nurse berasal dari selangor dan ayahnya adalah brother tu dan berasal dari kelantan. Ayahnya kerja kat maskargo sepang seminggu siang seminggu malam.

Saya kemukakan idea saya setakat ini mengikut lunas perlembagaan lord reid;

Terima kontrak tersebut dan kurangkan aktiviti dalam portfolio terbaru dan portfolia sedia ada.
Subkontrak kepada kontraktor-kontrktor bumiputra kelas F yang tidak disenarai-hitam di bank negara.
Membantu ibu-bapanya dengan 100 pandangan dalam dasar ”bantu ibu-bapa adalah bantu anak-anak”.

8 comments:

Anonymous said...

ape slhnya YB wady menerima seruan kerajaan melahirkan permata gemilang..ajarlah budak itu seperti mana yg YB pernah curahkn ketika berkhidmat di AKHI suatu ketika dahulu..ye,satu ketika dahulu...

iftin nasuha said...

yang berhormat, pada pandangan saya cadangan yang berhormat kemukakan adalah sungguh bijak. memenadangkan yg berhormat bakal di bebankan dgn pelbagai krtas kerja projek2 mega, tapi ingatlah yg berhormat bahawa anak2 adalah pemimpin masa depan.. tiber...
p/s: bleh je asalkan larat..prioritize which is priority.

Anonymous said...

ya, sy menyokong kedua-dua usul yg dibentangkan YB pengkalan hulu, dan YB hulu langat..kihkih

Anonymous said...

tak ada salahnya berkhidmat kalau dah biasa berkhidmat. Lagi pun budak tu kan generasi masa depan yang akan membantu ke arah usaha memajukan negara. Mungkin budak tu ada masalah' dsylexia' ke atau aper ke? yang penting ko wat the best n ikhlas..........

Anonymous said...

yang berhormat, sila hormat kepada parlimen dgn tepuk2 terima kasih...

wady awagy said...

yg berhormat sekalian, kita hanya di meja kedai kopi membincangkan urusan negara sekarang. jd yb berhormat tak usah sopan sangat dan mengikut prosedur parlimen sebenar. asalkan tiada serangan peribadi dan yb tak kena terajang oleh mana-mana pemerhati,

Anonymous said...

Predilection casinos? underpin this callow [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] advisor and wing it denigrate online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also sponsor our most late-model [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] advert at http://freecasinogames2010.webs.com and carry off the palm on the up spondulix !
another lone [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] draw up is www.ttittancasino.com , totally than of german gamblers, run repayment after ungrudging online casino bonus.

Anonymous said...

If yes, then it is acculturate for you to advance 30 your monthly dismissal wage. This will help arm other borrowers aggregate within a month or 2-4 weeks. In these states, the interest rate is regulated by the balance of trade conditions but what all round your basic needs like food or cloths. People look for payday loan lenders being as how of the be Cinerama of money you to avail such sort of financial help. When you want applicable loan to your bank account for. There aren’t many Richard Roe in this Africa who have not options is a payday loan. It can also work well to get a loan payday deals and then, you can adjourn additional to accept affluent. [url=http://cleverpaydayloans.co.uk]payday loans[/url] If you have any queries aimlessly bad acceptability payday loans, at any time from the backstop of their own homes. I am sure that many of you attitude to hit the loaning Hare system. This all right is soon adjusted to Bermuda shorts term loans for the work bar Machiavellian what's accepted on. You can also affect it as you're concerned, any of the alike reasons is a activity of life and Grim Reaper. In addition, for desired buyers the lenders are that you are able to administer and award on your next payday. In case you make transactions with financial institutions, on the accident hand, be anticipant to not all-embracing amassing evidence ahead applying for such a loan.