khutbah jumaat yang lepas nyata tidak membosankan apabila khatib dengan bersahaja tidak menggunakan teks khutbah, dengan penuh keyakinan para jemaah sekalian dikhabarkan dengan satu peluru penyebab kematian jiwa muslim, budaya hedonisma yang merebak dalam masyarakat.
definisi khatib cukup mudah difahami, hedonisme adalah budaya bermewah-mewah dalam kehidupan. ia sudah menjadi virus yang kuat dalam masyarakat islam sekarang. mana-mana muslim dan muslimah yang terjebak dalak budaya ini selalunya tidak perasan bahawa tabiat membeli-belah secara berlebihan, ingin menunjuk-nunjuk dan sikap mementingkan diri sendiri serta tidak kurang memberi adalah satu sifat yang dikutuk oleh rasulullah s.a.w. ini kerana ia adalah satu hedonisme.
bertentangan dengan hedonisme adalah bersederhana iaitu selalu membantu, tidak mementingkan diri sendiri dan mencukupkan keperluan seadanya.
mendengar khutbah kali ini mengingatkan aku tentang kepelbagaian yang ada dalam kehidupanku. adakah aku termasuk sekali kedalam golongan yang dikutuk ini? ataupun aku jenis yg dilihat seangkatan dari golongan ini tapi tidak mahu mengaku dan inilah yang lebih teruk dari golongan pertama.
ya,,,, kadang-kadang kita membuat andaian dan kesimpulan dari kefahaman kita mengenai duni. dari perspektif mana tidak diambil kira. sebetulnya sebagai seorang islam haruslah kita menjadikan quran dan sunnah sebagai pedoman . dua sumber ini dapat dirujuk melalui kefahaman ahli hadis dan ahli tafsir dan mereka yang mendalami kedua bidang ini.
tidak dinafikan, kekadang timbul rasa gerun sedang kita cuba menafikan angkara perbelanjaan kita, gaya kehidupan branded kita, penampilan kita, sikap sosial kita, pemikiran hedonisme kita sudah melatari batasan syariah yang dibina oleh rasulullah.
jom sama-sama kita renungi diri sendiri bagaimana harta, kuasa dan rezeki kita di dunia ini dihabiskan.
Friday, November 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nak tambah sket.. hedonisme bukan saja isu materialistik n kemewahan, tapi juga lebih kepada kehidupan bersuka ria dan berfoya2 tanpa batasan.. gejala sosial mcm2 la ni tu sume memang orang kita yg semakin bejat pun..
semoga kita akan sentiasa dilindunginya.. insyaAllah
Post a Comment