Tuesday, February 03, 2009

akhi induction course
















saat pagi menjelma kala sabtu menyerlahkan tubuh.... pepagi lagi aku bangun dengan semangat untuk bekerja sama.. aku pergi ke program gotong royong bagi mewakili ko-ku rakan masjib. dengan hanya kehadiran satu bas penuh pesertanya, kami bergerak agak lambat ke yayasan al-jenderami. bermula pukul 9.30 pagi lebih kurang, kudrat dipaksa keluar untuk membeli apa yang dianggil khidmat masyarakat.. dalam islam pekerjaan tanpa gaji inio akan diberi ganjaran pahala dari yang Maha Kuasa, itupun jika di selusuri dengan niat yang baik dan tanpa unkitan kata.

selepas zohor jadualku untuk ke gombak bagi menghadiri induction course akhi project yang bernama baru iaitu akhi kelab. (kelab anak-anak berakhlak islam). akan tetapi jadual tertunda dek kerana keletihan dari tugas gotong royong pada paginya..

selepas tidur sekejap sekadar tak sampai sejam, gemuruh berbunyi dari luar menandakan hari akan hujan. dan hujan pun turun... nampaknya jadualku terpaksa diterbalikkan sedikit untuk mengimbangi jadual yang tertunda.

dan pada petangnya dapat juga aku bergerak ke universiti islam antarabangsa malaysia untuk memenuhi jemputan dari junior. sememnagnya slot aku akan berlangsung pada malamnya. cuma jika sampai awal tengahari dapat la aku berkenal-kenalan dengan rakan -rakan junior yang baru. tapi nak buat cane... klena datang malam jugak..

so lebih kurang kul 6.15 aku sampai dan dapat menyiapkan speech untuk malam tu. tak prepare pun takper tapi lebih baik sediakan point-point yang elok dan menarik. slot aku adalah slot sharing moment yang akan di hadiri sekali oleh izi, khairuddin dan adlan.

sebagi speaker ketiga point aku tak sangka jugak banyak, tentu banyak merapu sampaikan masa terlebih-lebih. tapi aku suka tengok diorang yag seolah terkedu atau terkesima mendengar ucapanku dlam percaya dan tak percaya..

anyway, akhian yang baru seolah olah bersemangat dari sebelum nya. dan dengan sokongan trainer-trainer yang baru dan berfikiran matang, tentunya akhi akan terus maju. walaupun mereka trainer ni lagi baru dari yang sebelumnya, diorang tak kisah untuk poyo kat depan dan untuk mencuba sesuatu yang baru.

tahniah aku ucapkan pada ikhwan kerana membawa akhi ke depan, tahniah untuk ealy keran a begitu berani dan bersemangat untuk memandu bahagian modul, tahniah pada zarith yang berhempas pulas menjadikan program ni realiti. tahniah pada nisa' kerana sediankan makanan dan ir yang sedap. tahniah pada triner-traner lama yang sudi hadir membantu mereka. tahniah pada semua komiti, anda telah berusaha dengan baik. dan tak lupa tahniah pada peserta-peserta baru, anda adalah akhian generasi super neo yang akan membawa akhi ke era yang seterusnya.

3 comments:

Anonymous said...

so bad..aku tak sempat join..
tapi aku ade lalu kejap je dan sempat jamah sepotong tembikai..haha..

Adlan said...

nape takde gambar aku..

Muhd Sazlie said...

gambar aku pun takde, apatah lagi untuk menjamah sepotong tembikai pun orang tak jemput... whua whua whua...