salah satu benda haram yang halal di malaysia adalah rokok. namun oleh sebab rokok menjadi amalan yang menjadi adat di negara kita, ianya tidak dilihat sebagai ancaman. namun sebenarnya ia sangat merbahaya, oleh itu kerajaan melalui sistem pendidikan di sekolah cuba sedaya upaya supaya kesedaran terhadap rokok meningkat tahun demi tahun.
dan itulah apa yang berlaku di negara kita, melalui kempen, kawalan harga dan pembelajaran dalam kelas dan info-info kesihatan, kesedaran ini kian meningkat seiring peningkatan harga rokok dan penagih rokok yang rata-ratanya dari kalangan remaja 12 hingga 20 tahun.
macamana nak haramkan rokok? ia tidak boleh diharamkan kerana maklumat kewangan menjelaskan sumbangan rokok kepada negara adalah sekitar 3000 juta atau lebih. jika tak percaya, search kat laman pencari ngan perkataan "sumbangan rokok pada negara".
sekiranya pembangkang bernama pas memerintah pun belum tentu ia dapat dijadikan bahan terlarang dinegara kita.
apa kata jika seorang menteri yang berjawatan tinggi mencabar semua pihak tak kira ianya NGO, pembangkang mahupun peniaga. sekiranya dalam masa lima tahun KDNK negara meningkat lebih dari 1.8% dan kuota bumiputra yang memegang ekonomi melebihi 30% dan lebih dari itu, maka kerajaan akan mengharamkan rokok.
KDNK mewakili pendapatan negara melalui hubungan export ngan negara-negara lain, jadi untuk menigkatkan nilai tersebut, negara harus meningkatkan hasil keluaran export, dibawah perdana menteri sekarang, pendapatan melalui hasil tani perlu ditingkatkan 300% untuk mencapai sasaran tersebut.
bagi memenuhi matlamat pegangan ekonomi bumiputra, setiap kelompok tidak boleh menyalahkan pihak kerajaan sahaja dan cabaran ini jatuh pada setiap orang melayu samada dia perasan dia bangsawan, menteri, yang tidak masuk politik ataupun orang yang sentiasa rasa dia ni golongan kiri. yang penting setiap orang memberi dorongan dan sokongan kepada hasrat ini.
kerajaan nak haramkan rokok adalah sukar bagi nilai yang sangat banyak ini secara logiknya, tidak seperti kerajaan kelantan yang menghapus tol apabila memerintah. marjin yang dikira terlalu jauh.
anyway itu yang terfikir semalam dan dengan harapan lebih banyak idea yang lagi best akan keluar dari setiap pembaca untuk menjadikan negara kita sifar rokok.
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment