Monday, February 23, 2009

tepatnya tarikh 22hb











Tepat tarikh 22 feb adalah 1st mentoring akhi pada tahun 2009. Anyway aku nak ceritakan kisahnya pun aku tak tau nak mula dari mana. Biar aku ucap tahniah dulu buat komiti mentoring dan semua mentor-mentor baru yang hadir, tak lupa jugak buat senior dan seniorshinigami akhi yang turut menyumbang sokongan.


Sebagai orang lama dalam akhi yang sudah tidak mempunyai jawatan mahupun menjadi pengkarya didalamnya. Kemahuan untuk datang semakin luntur, sering ditanya untuk apa lagi aku perlu datang? Mereka yang baru iaitu mentor atau mentee tak kenal pun aku. Apalah sangat aku nak sumbang, diorang lebih berbakat dan terrer la, betull la.

Tapi datang jugak…
Dan aku dah sampai ke uia pada tarikh itu, reason???
Sebab adik mentee aku dulu masih disana di dalam akhi. Aku nak tau apa kesudahannya apabila dia menjejak umur layak ke tingkatan 1.

Adakah nasihatku selama ini masih dipegang? Adakah kata-kataku padanyamemberi kesan positive pada pemikirannya? Adakah akan termakbul objektiv akhi mengikut kefahamanku bersama mentee ku ini?


Aku terasa seolah-olah menyerupai sikap seorang kawanku yang cuba berusaha sekuat mungkin untuk mencapai dan melihat sebuah impian akhi. Tak best la dia punya sikap sama ngan aku…….
Anyway aku ada nak komen sepanjang aku melihat dari sudut mata pemikirannku.


Mentor-mentor baru dan yang juniors aku ni sangat supportive la, TERUSKAN. anyway kalo aku buat salah dan langkah tidak dipersetujui, sila tegur. Aku jumpa 3 orang mentor dan menyampaikan amanat ini dengan cara aku. Thanks kepada mentor yang memberi pandangan yang telus dan direct, alamak lupa da nama diorang ni. Ingat; pandangan anda mewakili pandangan sumer mentor. Si DOT jer yang aku teringat, dua orang lagi tu rosmah dan siantan tak silapnya.

Dalam bas masa hantar adik, kitorang yang pi hantar dapat mesej supaya buat spotcek dalam beg sebab ada hanset hilang. Sori tu say beberapa orang budak pompuan bawak lampin pompuan dan aku memang terkejut besar. Tak pernah terfikir pun sebelum ini yang diorang ada yang dah baligh. Lepas ni boleh salam ngan adik darjah 4 dan 5 sajer la…. Begitu ker? huhuhu


Dulu ramai abg dan kakak salam ngn graduate mentee yang tingkatan 1 atau lebih. isu salam naik, then mentor lelaki dah tak salam ngn adik tigkatan satu dan mentor pompuan pun sama tak salam ngan adik mentee lelaki yang dah grad akhi. Dilemma sebenarnya bagi mentor lelaki dan mentor perempuan dalam hal ni.


Mentor-mentor kali ni memang hebat sampaikan adik adik boleh kalah lawan PERHATIAN!. Sebelum ni aku tak pernah tengok mentor menang kecuali dengan cara tak jujur. Anyway lepas ni kena mesra-mesrakan sikit ngan adik-adik mentee kita sumer tu. Banyakkan berjalan kesitu kesini dan tegur diorang. Tanya nama dan cuba mengenali hati budi diorang. Susah nak jumpa adik-adik yang akan tegur kita dahulu. Dan sebab kita mentor, kitalah yang kena mulakan dulu.

Semasa pergi hantar adik mentee aku yang darjah 6, aku tanya “best tak datang mentoring” dia malu-malu nak cakap then aku sambung “semua mentor tanya adik dia soalan ni sebab nak improve kan program”. Then dia jawab “kadang-kadang bosan sebab banyak sangat nyanyi, tapi kadang-kadang best,kalo abg ada lagi best”. Tiberrr… adik aku, korang jangan amik hati yer.


Pihak pengurusan sila ambil serius yer, pandanganku ini hanya berlaku pada adik darjah 6 sahaja, sebab dah 2 tahun masuk akhi ngan modul yang sama yang diwariskan oleh oang sebelum lagenda-lagenda lagi. So amacam? Next mentoring kita suh diorang yang darjah 6 ni study. Adik mentee aku tu dah aku cakapkan dan ingatkan supaya hafal sifir 13 walaupun yang ada hanya sampai sifir 12. Harap-harap dia jadi lebih hebat dari abg dia ni dan dapat mencapai cita-cita jadi doctor yang bijak dan cantik.

Macam 1st time dulu kita berbicara, sekadar ingatkan balik yang kita adalah mentor dalam projek mentoring, kita bukan fasilitator.

1 comment:

Izzi said...

amboi wadi..bkn main lagi ko tangkap gmbr ngan adik aku tu ek..ni tak ble jd ni..aku kena buat sesuatu ni..tibee