Thursday, February 12, 2009

kelek otak dan keletah minda

kelek otak dan keletah minda adalah dua frasa yang menjadi igauan aku sejak semalam. setelah aku menghadiri satu majlis ilmu yang bersumberkan kitab kuning siir al-salikin. kuliah setiap rabu ini memang best walaupun pertama kali bagi aku hadir di situ. bermula pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10 atau 10.15 malam.

tak silap aku frasa kelek otak dikeluarkan oleh imam yang mengajar kitab ini, tapi tak sure jugak memandangkan maybe aku tersalah dengar. manakala keletah minda pula menyusul keluar dari otak suci aku ni menyebabkan aku terfokus untuk mencipta falsafah dari dua frasa ini.

akan tetapi masih sangsi lagi adakah ia frasa ataupun sekadar gabungan dua perkataan biasa yang tak biasa oleh otak ini. dan belum dapat aku letakkan dua frasa ini dalam golongan manakah kedudukannya. adakah ia simpulan bahasa? peribahasa ? ataupun tatabahasa?

sebelum ia terus di bahaskan adalah baik sekali ditenun makna supaya ia jadi mudah difahami. kelek otak dapat dimaksudkan dengan seseorang yang tak menggunakan akal. aku pasakkan makna ini kerana semalam imam itu bercerita mengenai sifat-sifat kesempurnaan.

keletah minda adalah cerakinan dari maksud keletah, ia juga boleh disenangbahasakan dengan kerenah. maksud bagi minda pula bukanlah kismis minda yang banyak dijual dipasar malam dan kedai-kedai berhampiran anda. minda adalah akal..

aku blah dulu...

2 comments:

Anonymous said...

Kelek otak...keletah minda... Hmm menarik! Apa huna kita kelek otak kalau tak banyak keletah minda...huhuhu

iftin nasuha said...

bahasa jiwa bangsa