Hujung minggu lepas ada acara pameran antarabangsa belon panas. Sempat jugak pergi tengok memandangkan benda tu dah lama jadi keinginan aku untuk jadi pilot nyer. Nwalaupun sekadar menjadi penonton dan dapat raba-raba sikit belon panas tu, itu sudah memuaskan hati nak tengok dari dekat benda alah ni.
Fakta dan maklumat yang aku ada cukup bersimpang dari perkara sebenar. Kat Malaysia ni rupanya dah ada organisasi yang ada belon panas ni, buktinya ada belon panas yang mempunyai nombor pendaftaran 9M –xxxx iaitu awalan pendaftaran benda rinan dari udara untuk Malaysia.
Yer tak yer kat Malaysia, kita boleh ambil lesen untuk megemudi udara panas ni. Department of civil aviation(DCA) yang terletak kat putrajaya akan mengeluarkan lessen untuk sesiapa yang berjaya. Untuk belajar , berlatih dan mencukupkan syarat-syarat menjadi driver belon ni, ada syarikat Malaysia yang ada belon ni boleh memberikan tunjuk ajar dan menyewakan belon mereka.
Sehingga kini , orang kita hanya boleh buat kapalterbang kertas dan wau yang sekian lama menjadi kebanggaan pihak seni dan warisan. Belum ada usaha besar-besaran untuk membolehkan rakyat Malaysia mejadi sebahagian dari mereka yang mendesign dan memasarka belon panas ni.
Jika kita turuti salasiah penerbangan, ia bermula dengan mereka yang bercita-cita untuk bebas diudara seperti burung dan malaikat. Then ada percubaan untuk terbang dengan kepak yang dikayuh dengan tangan. Selepas itu wujud pluncur yang lebih senang digambarkan jika kita sebut glider.
Sebelum wujudnya glider ni wau pastinya muncul terdahulu dimana-mana bahagian dunia ni pastu glider amik alih. Then gondola udara pulak terapung diudara dan pernah menjadi alat pembunuh masa zaman peperangan jerman dulu, tentu lebih kenal jika kita kata gondola ini adalah belon panas zeppelin.
Sekarang ia sudah diguna untuk tujuan rekreasi dan iklan yang banyaknya, tak lupa juga ia menjadi pemuat azam bagi mereka yang ingin berada diudara. Siapa ingin menggapai awan, saktikan diri anda dengan belon panas.