Alhamdulillah, dengan tercetusnya kes ini, barulah dapat rakyat Malaysia mendengar, memerhati dan melihat kata-kata dan pandangan ramai pakar dan cendikiawan bangsa Malaysia. Mereka seolah-olah muncul walhal selama ini mereka tidak dihiraukan. Itulah, sekiranya pakar sesuatu ilmu berbicara dan berdiskusi, susah bagi orang biasa untuk membuat keputusan sesuka hati.
Terima kasih kepada pakar politik seperti tun Mahathir dan dato’ seri anwar Ibrahim, pakar bahasa seperti dato’ A samad said dan dato’ dr Hassan Ahmad, pakar undang-undang seperti prof dr Aziz Bari, pakar akademik seperti dr Isahak Baharom dan pejuang melayu seperti prof diraja Ungku Aziz dan datok Razali Ismail serta ramai lagi pakar-pakar dan tokoh-tokoh yang sepatutnya dari dulu lagi perlu digunakan.
Aku masih belum membuat keputusan pihak sebelah mana yang patut diberatkan memandangkan kedua-kedua pihak yang membangkang dan yang bersetuju, kedua-duanya tidak dapat menyelesaikan masalah lama yang menyebabkan kenapa isu ini ditimbulkan.
Bagi aku, apabila sudah enam tahun dijadikan tahun percubaan, ppsmi sepatutnya sudah dapat mengimbangi tuntutan masyarakat melayu supaya bahasa melayu terus berkembang dengan pesat dan terus didaulatkan sebagai bahasa rasmi Malaysia.
Adapun jika tidak bersetuju, sepanjang enam tahun memperjuangkan gerakan mansuh ppsmi (gmp) takkan tidak dicari penyelesaian bagaimana bahasa inggeris dapat dikuasai oleh seluruh rakyat malaysia lebih –lebih lagi orang melayu.
Ini tidak, yang bersetuju hanya berkata bahasa melayu akan terus menjadi bahasa rasmi dan akan terus dikembangkan dan pada masa yang sama yang membangkang hanya berkata formula belajar bahasa inggeris yang efektif harus dicari.
Adapun begitu, aku tidak melihat perkara ini sebagai perkara pokok. Akar kepada ranting dilema ini adalah hasrat Malaysia menjadi Negara maju dalam keadaan bersatu padu dan aman damai. Dimana setiap warganegara seharusnya mempunyai jiwa berkapasiti dan bermutu tinggi untuk menyerap ilmu Negara maju dan moden iaitu ilmu maklumat, sains dan technologi.
Jika setiap kaum hanya dengan bahasa masing-masing, berada dalam puak masing-masing. pertelingkahan mudah wujud akibat sosial yang lemah. Yang orang melayu pulak satu hal masalahnya. Otak bijak macam yahudi tapi nak belajar kuasai bahasa kedua mengambil masa yang cukup lama dan ada sesetengah tu langsung tak dapat. Mungkin banyak sangat disogokkan dengan hak istimewa.
Dari sini tercetusnya isu pelik ini, sememangnya orang melayu menjadi target utama untuk diupgrade kan dan mereka inilah yang sekarang ini banyak menjadi pejuang menolak perkara ini.
Untuk bercakap lebih-lebih aku bukanlah ahlinya. Sekadar menjadi penanti melihat masyarakat kita berubah, kepada baik atau buruk yang akan kita tentukan sendiri. Ada baiknya aku menyusur jalan di menara wawasan diputrajaya melihat susur masa perjalanan Negara dulu hingga sekarang, dan seterusnya melihat masa depan.
Sunday, March 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Yang sedihnya, masalah rakyat yang masih berterusan tidak memartabat bahasa kebangsaan jelas dilihat di merata-rata tempat.
Dalam percakapan masih sekerat ular sekerat belut, DS Rais Yatim. Nak cari tempat cuci kereta pun payah, yang ada kebanyakannya 'car wash'.
Ini bukan lagi menguasai bahasa Inggeris tapi dah jadi 'dikuasai' bahasa Inggeris pulak jadinya. Maknanya kalau PPSMI diteruskan, bahasa kebangsaan...entahlah.
saya mungkin tak dapat A1 tuk matematik SPM if jawab dalam bahasa inggeris sbb english saye dapat B4 je..
i love n miss m3 very much!
Post a Comment