assalamualaikum dan salam mesra. tajuk berita utama: seorang bekas pelajar universiti islam antarabangsa telah dihubungi oleh satu nombor yang tak dikenali pada jumaat,11 april 2008. menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai AD, suspek adalah seorang lelaki dan memintanya pergi ke stesen bas di Manjung, Perak.
suspek yang hanya mahu dikenali sebagai HAFIZ beserta dua orang kawannya yang dikenal pasti sebagai MIZI dan IZAN (semuanya bukan nama sebenar) tidak meminta wang tebusan menyebabkan pihak polis masih sangsi dengan motif mereka selama ini.oleh kerana risaukan keselamatan kawan-kawannya, AD telah mengambil risiko pergi berseorangan dan diugut supaya tidak memberitahu pihak polis atau dia akan melihat pertumpahan lebih darah berlaku di Palestin hujung bulan depan.
tepat jam 11 malam pada hari tersebut, AD telah menaiki bas tanpa mengesyaki sebahagian penumpang dalam bas tersebut adalah spy kepada suspek yang menelefon beliau. manakala lebih kurang pukul 3pagi AD telah sampai ke Manjung. dalam kesunyian malam suspek dikatakan memerhatikan beliau dari sebuah proton wira coklat yang dipalsukan nombor pendaftarannya.
kemudian AD dibawa ke sebuah pondok usang yang mempunyai tv tetapi tiada siaran, ini kerana AD tidak diikat tetapi suspek risau AD akan dapat menghubungi pihak polis jika tv diberi siaran. keesokan harinya suspek telah memaksa AD menonton anime gundam 00 (double zero) sebelum diberi makan yang dibeli dari sebuah restoran yang dimiliki oleh saudara ADLI.
menurut sumber polis, AD dipaksa menyelesaikan satu problem iaitu menggantikan ahli motivator terulung di Malaysia untuk memberi bimbingan kepada tali barut suspek yang baru mendaftar dan didaftarkan secara haram. jadi AD telah dipaksa untuk membuat speechnya sendiri tanpa bantuan dari p.a nya. ternyata satu kerugian kata AD kerana penculik tidak menculik sekali p.a nya.
menurut AD, tali-tali barut mereka adalah pelajar-pelajar sekolah yang berumur 11 hingga 17 tahun dari kalangan lelaki dan perempuan. ternyata mereka amat licik mempermainkan generasi muda masa kini dan itulah yang membingmbangkan AD, Y.B manjung, ibu-bapa dan pihak berkuasa.
walaupun di culik, AD tetap memberi ucapan yang disampaikan dari hati yang tulus kepada bakal-bakal tali barut penjenayah mizi, hafiz dan izan. setelah pihak polis menggeledah tempat tersebut tiga hari kemudiannya, polis menemui kesan kesan ucapan AD di tulis di sebuah papan putih, tajuknya adalah "realiti kehidupan".
AD telah mengupas tajuk tersebut dengan memasukkan visi kenapa mereka semua perlu menyayangi ibu bapa mereka dengan membuat analogi "andainya aku seekor ayam, apakah pandangaku terhadap tuanku". juga beliau menyentuh tanggungjawab individu untuk menjadi insan yang berguna walaupun menjadi tali barut hafiz, izan dan mizi.
dalam ucapan itu, AD juga dapat membuat modul baru bagi menarik perhatian penonton yang mengantuk dan boring yang beliau namakan modul tersebut sebagai "perkataan satu patah". untuk membayangi komplot mereka, hafiz telah mereka-bentuk satu gimik pemberian cenderahati kepada AD.
tengah malam hari kedua AD telah disangkarkan disebuah tempat yang hanya mempunyai satu kipas duduk. AD telah diberi kata dua samada menurut arahan mereka ataupun dibiarkan balik berjalan kaki, jadi AD pun menonton cerita bersiri HOUSE season 4 dari awal hingga akhir. kata AD, mujurlah saya menyembunyikan rahsia bahawa saya adalah peminat HOUSE.
AD telah dibawa pergi entah kemana pada pukul satu malam yang gelap lagi kelam diwaktu ramai manusia sedang tidur. kali ini beliau dipaksa menaiki sebuah bas dan sememangnya tali barut MIZI, HAFIZ dan IZAN juga menaiki bas tersebut... kemanakah mereka menghantar AD.
kepada yang mempunyai matlumat tentang AD, sila hubungi balai bomba yang berdekatan. sehingga kini, maklumat tentang AD hanya didapati dari blognya yang ditulis olehnya entah dari mana tempatnya.
3 comments:
berite ko ni kat chanel brape?seriyes,keje aku tgk tivi jer kt umah. bile cuti ni aku terus transform jadik ultramen tivi...
gamba ko yg first tu memang trademark diri ko mase amik gamba ek????still d same
salam, thanks bro!
jasamu dikenang! oleh itu, aku beri kau pingat kehormat ahli mangku ultraman yg membawa gelaran ultraman wady. sekian.
Post a Comment