Tuesday, April 22, 2008

ukm

sabtu yang bening di rumah abangku, cuaca tempatan masih belum hujan. tarikh masihi melebihi separuh ke bulan mei. alhamdulillah hari ni aku dapat guna motor yang selama ini dia guna untuk ke tempat kerjanya. jadi plan aku tak lain dan tak bukan adalah swimming pool. he he he .swimming pool ukm, 1st time nak cuba.

alamak!!! sesudah duduk diatas bangku kenderaan yang di import oleh boon siew selama 7 minit tu, maka aku sampai ke tempat yang dituju. tetapi alangkah masygulnya kerana terdapat puluhan orang dari pelbagai faktor usia sedang berendam, berenang, memancing, pegang-pegang dan termasuk juga ibu-ibu yang monitor anaknya seolah-olah mereka itu adalah prison breaker.

so aku pun dok je la menengok manusia yang dicampur aduk oleh tiadanya undang-undang membezakan tempat lelaki dan tempat perempuan. aaaa ada idea, jadi akupun menunggang pulak makhluk tersebut ke bahgian belakang universiti ini.

boleh aku katakan bahawa penghuni universiti ini adalah dari kalangan jin, manusia dan pelbagai jenis flora dan fauna. bayangkan hutan sahaja telah disimpan lebih kurang 60% dan selebihnya tempat masyarakat yang dipanggil manusia. dan tempat yang aku sampai hari ini dinamakan rumah haiwan dan rumah tumbuhan...

2 comments:

Anonymous said...

salam,

ooowwwhhh.. wady, kenapa kau tidak menceritakan saja apa yg berlaku ketika kau berada di rumah haiwan dan rumah tumbuhan itu?

Anonymous said...

jadi ko ni spesis yg mane satu? adekah ko ni tumbuhan, manusia atau haiwan?
ataupun ko ni gabungan ketige-tige kategori di atas?
atau ko ni gabungan antara 2 kategori di atas.
aku pulak adelah kategori pelakon pembantu lelaki popular...

by orangs.wordpress.com