terkeluar jer aku dari musolla akibat telah menyelesaikan isyak hari ini, terus mataku di tanggapi perlawanan bola sepak antara m.u dan middlesboro. seolah-olah magnet yang menarik bahagian badanku dari kepala hingga ke kuku kaki ibu jari kaki ku, aku hanya menurut sahaja badanku dibawa ke sebuah bangku dan mataku masih lagi terpaku ke kaca televisyen. yang menariknya.
tarikan di sini bukan sahaja perlawanan yang cukup sengit, malahan rembatan tak sekencang mana itu telah menembusi bahagian antara dua tiang gol sesaat aku keluar dari frame pintu musolla. 1-1 keputusan terkini dan aku telah membuat beberapa perubahan keatas jadual kehidupan aku malam ni yang ditambahi dengan 90 minit perlawanan bola.
nyata sekali aku melihat jersey m.u malam ni seakan-akan amat menarik, justeru mengingatkan aku bahawa aku hanya ada satu jersey sahaja, itu pun kalo tiada pakatan antara a.f maka tak merasalah aku memakai jersey. a.f disitu a.f disini, aku menunggu berita terbaru yang didengari baju baru sudah pun ada, cuma menunggu saat di beri dan di pakai ajer.
perlawanan masih lagi berbaki 20 minit tak silap aku, aku terus menanti bersama-sama para penyokong mddlboro dan m.u. tersepit seketika diorang ni membakar batang-batang rokok menyebabkan agak gusar aku menyedut oksigen dan gas-gas nadir yang lain. usai jer perlawanan, keputusan terakhir keluar di internet.
bangganya aku dapat melihat perlawanan dimana m.u berjersey hitam putih melawan pasukan berbaju merah. senyuman diwajah, lega di paru-paru, semangat di jiwa.... aku akan turun main futsal esok buat kali keempat dalam hidupku.
Monday, April 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment