Wednesday, April 09, 2008

ultraman dyna muncul di klia

agak lewat tapi masih sempat, itu jer kesimpulan awal apabila ibuku tersayang mengejutkan aku supaya bersembahyang subuh. sepantas kilat cahaya bergerak, maka pantas jugakla aku bersiap dan menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba dan khalifah Allah.

pepagi ni tak banyak lagi perkara yang ingin dibuat, jadi aku pun berlagu di beranda rumah sambil melihat alam yang terbentang luas dihampari pokok dan binatang. bila dah boring aku pun masuk balik dan membuka rancangan pertama untuk di tonton diri ini.

hmm, ultraman dyna, agak best memandangkan dia adalah hero yang menyelamatkan manusia dari kemusnahan raksaser yang tak berperi kemanusiaan. dan kali ini kumpulan diorang kena menyiasat di sebuah planet yang sunyi, maka mereka pun berpecah mencari sebarang tanda kehidupan mahupun tanda-tanda kedatangan makhluk hidup.

maka si ultraman yang dijelmakan menjadi seorang manusia tu pun berjalan. tiber-tiber dia terserempak ngan seekor binatang seperti seekor c-j-7 dalam citer hong kong tu, binatang tu pun terkejut beruk jugak. peringatan di sini bhw binatang ni tak ada kena mengena ngan beruk secara DNA mahupun rakan kongsi perniagaan.

binatang ni aku namakan sebagai cj8. cj8 tak leh bercakap tapi dia buat tayangan slide show menceritakan rentetan planet diorang kena serang dek seekor raksaser yang jahat(kiranya dia baik la konon). tinggal dia jer yang terselamat, bila si mamat ultraman ni mula memahami jer, raksaser tu pun muncul, panjang betul umurnya, tapi rezekinya, ajal mautnya, jodohnya hanya tuhan yang tahu.

kedua-dua makhluk yang sedang mengumpat ni pun takutlah, raksaser tu menyerang apa sajer ngan objektif nak jadikan tempat tu padang jarak padang main bolanyer. masa tengah berlari, mamat ni pun terjatuh dihempap batu, alahai, tangkal yang dia guna untuk jadi ultraman pulak terpelanting, mujur cj8 tolong amikkan, dia pun jadilah ultraman.

maka nak citerpun tak guna, esti ultraman dyna ni kalah mula-mulanya, suspen la konon, pastu menang selepas tiga minit dia bertukar. mereka pun balik ke planet bumi sehingga aku teringat semalam aku telah pergi ke klia buat pertama kalinya.

keluasan klia ni lebih dari sepuluh padang bola manusia dan dikatakan mahu menjadi antara lima hub utama dia asia. namun lapangan terbang changi di Singapura adalah lebih kurang besar lapangan terbang ni dan saiz ini waktu itu adalah selepas singapura keluar dari Malaysia. bayangkan kita dapat buat klia sebesar ini pada tahun 2001 dan singapura dah ada dah.

anyway, biarkan singapura ngan labu-labu nya,. nak citer di sini yang aku amat teruja ngan tempat ini. hampir setiap 10 minit ader jer kapal tebang yang berlepas ngan ngauman yang menguja diriku... wah takjubnya...

tiga jam jugak aku meneroka lapangan terbang ini sambil menunggu gerombolan dari uia yang tak sampai-sampai lagi. dah pukul 11 baru diorang ni sampai. flight diorang akan ke Beijing dan salah sorangnyer adalah adikku. manakala yang tak tersalah nya adalah ami akhi projek, along muslimah dari caring, ammar dan sesiapa sajer yang tak tersebut dalam blog ni.

dah tepat kul 11.30 malam diorang pun check in. maybe kul 12 flight diorang akan berlepas. tak pasal-pasal aku terasa penat dan nak balik. maka menjungjung titah aku pun bergerak pulang dengan diiring sebuah briefcase hitam...

2 comments:

Anonymous said...

sungguh utraman dina tu sunggh berkuase, seperti kuase sebijik padanol menghilangkan pening.. walaupun panadol tu hanyelah enteng jike dibandingkan dengan viagra ataupun jamu bomoh siam.

adekah otromen dina tu adelah entiti dan individu yg same dengan dina budak akhi tu?

-orangs

Anonymous said...

banyak2 gambar, yang mana satu ultraman dina nih?