Monday, September 29, 2008

mari buktikan

hang tuah lima bersaudara, panglima enrique, laksamana waliullah, sultan melaka adalah cerita-cerita yang pernah didengari mengenai kehebatan mereka dalam lapangan yang tertentu. terma hero menjadi nama kedua mereka dalam masyarakat kita orang melayu.

tak tau? no wonder.....

sekiranya watak-watak ini terus-menerus dijadikan bahasa novela dan cerita rakyat, sudah tentu mereka akan menjadi epik tak berapa lama lagi. yang jelasnya, susur galur cerita mereka ini mempunyai banyak contoh dan teladan yang boleh diikuti sebagai orang melayu. dari riwayat mereka, kita belajar budaya dan adab yang benar serta betul.

setiap dari mereka mempunyai identiti tersendiri sebagai seorang islam dan melayu di tanah melayu ini. yang pastinya, mereka menjadi panduan dalam membentuk etika hidup dan perjuangan bangsa.

persoalan mereka ini sebenarnya wujud atau tidak bukanlah satu masalah besar, perkara sebenar yang ingin dicungkil adalah bagaimana membina identiti bangsa melayu dan islam. satu perbandingan yang cukup jelas adalah kepopularan wira-wira rekaan seperti superman, mr america, ultraman, batman, spongebob dan cicakman.

yang jelas dimata kita sekarang adalah mereka yang direka pada abad kedua puluh satu ini menjadi ikutan setiap peringkat umur. bukan ingin berbangga dengan hero-hero lama, sekadar ingin mewujudkan keyakinan tersendiri.

No comments: