berlonggok-longgok cerita yang ingin ditulis hinggakan adda yang dah berkulat dan dimakan anai-anai masa. apabila sahaja diambil satu, ianya seolah-olah basi dimakan memori yang hampir hilang.
satu yang masih fresh ialah pengalaman terbang dari atas motor. kisah kurang sedih ini tejadi pada hari jumaat petang sewaktu lampu merah trafik masih menyala(macam api la pulak). di kala itu aku dalam perjalanan untuk ke stesen komuter nilai.
apabila hampir ke satu selekoh di mana aku memandang lampu merah dengah pandangan tiada makna kerna sudah tentu aku tak menggunakannya. bukan maksud aku ingin langgar lampu merah tetapi aku dan motor yang membawaku dan kawanku akan memasukiselekoh ke kiri.
mengikut cerita kawanku yang memandu dalam keadaan gembira kerana akan naik bas balik kg, kepantasan motor tu hanyalah 70 ke 80 km sejam.. namun tiba-tiba tayar belakang pancit tanpa diduga dan berat kami berdua telah menolak hampir keseluruhan angin keluar dari tayar.
motor sudah tidak dapat dikawal, sekarang tayar belakang yang mengawal arah perjalanan motor dan kawanku sedaya upaya mengimbangi motor dan berusaha keras mengambil alih pusat kawalan dari tayar belakang. pergaduhan itu menjadi semakin kritikal memandangkan kami bertiga (aku, kawan dan motor) terus kehadapan sedangkan divider sedang menanti dengan pepohon bunga dan pokok-pokok renek.
nampaknya situasi belum berubah walaupun kelajuan motor menurun kepada 60 kilometer sejam tak silap aku. motor melanggar divider yang tak bersalah, aku yang tanpa tempat berpaut mahupun bergantung senang-senang saja terbang melalui atas kawanku sejauh 3-4 meter.
alhamdulillah tiada kecederaan serius melainkan motor.
Monday, February 02, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pengalaman yang menarik. Berat betol badan ko ghupanye. Tayar sampai pancit. Aku pon mahu bebas terbang gak.
Post a Comment