hari ni aku nak pergi ke sebuah tempat, iaitu sebuah kolej tempat manusia belajar,namanya (miat), [malaysia institute of aviation technology]. jadi dari rumah sewa memberku yang bertingkap 8, aku meneruskan perjalanan dengan kapcaiku berjenama honda siri c 70 dengan kuasa kuda elektrik lebih kurang 70 cc.
perjalanan tidaklah memenatkan, aku bajet kurang dari sejam aku akan sampai ke tempat itu, tempatnya di jenderam hulu, mengikut namanya aku dapat buat kesimpulan yang ianya tempat jin bertendang.. sorry.. i must write my feeling..
nak di jadikan cerita, aku singgah kat kedai motor on the way nak kesana sebab nak tukar visorku yang pecah ntah kenapa ntah. untuk pengetahuan yang belum tahu, visor adalah makhluk yang bersifat cermin dan ianya adalah lapisan keras dihadapan topi keledar yang menghalang angin dan batu dari masuk ke mata atau ke muka. aku amik yang ala-ala tinted(gelap) skit, baru ngancam.
by the way through and on the way there, aku ternampak seorang budak berjalan seorang diri, pada pandangan aku, tidak seharusnya ada manusia yang berjalan sedangkan tiada rumah mahupun kebuk persemadian sepanjang laluanku kesana.
lalu aku pun memberi isyarat tangan bertanya samada nak tumpang atau nak puji jejaka bermotor ni, lantas budak tu kata dia nak tumpang sebab dia kesesatan. sebagai seorang islam, sememangnya wajib bagiku membawa dia ke jalan yang benar walaupun dia tidak memuji visor baruku.
anyway, aku pun tanya "dik nak gi maner?", dia pun jawab dengan jujur dan saksama "saya sesat, rumah kat kg limau manis". serta merta terbayang kampungnya yang penuh dengan buah limau yang manis-manis. tiber-tiber,, "eh kat maner tu dik, abg tak pernah dengar nama tempat tu di radio mahupun dalam carta 30 era". dengan selamba badaknya dia jawab, abg jalan nanti saya tunjukkan jalannya.
dengan harapan ianya dekat, maka aku pun meneruskan perjalanan dengan begitu curious di manakah tempat berlakunya kg yang bernama "kg limau manis". for sure tempat tu amat jauh dan amat tak biasa bagi aku. at the end, aku pun berjaya hantar budak tu ke rumah dia.
tengah dok pikir-pikir kat mana nak isi minyak yang naik hari tu, aku berkira-kira jauh jugak aku bergerak, aku melalui jalan nak ke presint 1, 7, 9 , dan ntah berapa lagi, pastu aku sampai ke sungai merab, permata petronas, uniten, lemlbaga lebuhraya malaysia, melalui dua kali tol, ukm dan masa perjalanan aku adalah dari pukul sepuluh pagi sampai ke pukul 12.30 tengahari.
inilah perjalanan dua orang sesat, seorang membantu yang sesat dan yang membantu pun sesat jugak selepas tu. this is not a sad story. kedua-duanya sampai jugak ke tempat tujuan. aku lah tuuu.
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
takpe dapat pahala membantu orang yang dalam kesesatan..tapi kalu sendiri sesat tu..semoga kuat iman mencari jalan pulang.hehe..
bagusnye wady.. susah dah nak cari org suke tolong cam wady... kembanglah tuh idung.. hua hua hua.. tapi nasib baik, org yg wady tolong tuh, mmg betul2 org kan, bukan mende lain.. ekeke..
tahniah wat wady kerana menolong.. baguslah tuh.. tapi tetap kene berhati2.. sekrg nie takleh percaya sgt kat org2 di jalanan.. dah banyak kes..
saat aku bace permulaan citer, ala2citer seram.. last2 aku pon dah tak tau seram ke tak.
oh, wady mmg lah insan mulie yg sukar dicari ganti.. eheks! adekah aku terlebey?. bile ko nk tuntut hadiah yg aku janjikan tuh?
roha:
ujian tuhan berbeza kepada semua hambaNya
effa
inilah contoh terbaik yang ditonjolkan oleh wady. eh, wady, kau ada amek tak no. talipon kakak budak tu yg cun?
ctzoo:
hadiah ape nih? hadiah toyota camry ke? msti hadiah besday kau kan wady? abang pon nak satu!
Post a Comment