Monday, June 29, 2009

dari cerita atuk

sekembalinya aku dari perantauan kt kg tu, banyak betul pengalaman yg dapat. selain mkn tido mkn tido, bersantai n bertapa di sekitar rumah, aku telah melawat datuk sebelah mak aku yang sedang gering sekarang disebabkan sakit tua. satu fakta disini dibetulkan kembali bahawa umurnya telah melebihi 90 tahun. secara detail dan tepat tidaklah diketahui memandangkan sewaktu kelahirannya jabatan hasil dalam negeri dan jabatan pendaftaran belum wujud sama sekali. jika ia wujud, tentunya ia berada dalam satu bangunan.

wujud jugak satu perenggan, menyusul perenggan kedua.

hampir dua bulan sudah atuk aku berbaring dan segala urusan peribadi dibantu oleh isteri, anak, cucu dan menantu. bagi yang melihat, kesian. bagi yang menanggung, tak dapat dibayangkan. aku cuba untuk berbakti pada atuk aku ni dan mujurlah dapat jugak datang kerumahnya setiap hari walaupun tak lama. menyuap makanan-minuman, memandikan, bercakap dan meneman dan membantu apa yang patut. bila tiba masa nak balik kl, rasa sikit ajer sumbangan aku jika dibandigkan dengan mereka yang lain.

terfikir, kenapa tuhan memberi cubaan sebegini? dan jika kita mendapat cubaan sebegini apa yang patut kita lakukan. kebenaran kata-kata rasullullah ada benarnya disini. ingat tak hadis 5 perkara sebelum 5 perkara. masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum sakit, kaya sblm miskin, lapang sblm sempit, hudup sblm mati. aku melihat situasi ini dan cuba merenungi hadis yg menyedarkan betapa masa begitu cepat berlalu. sedangkan banyak lagi tanggungjawab terhadap agama, manusia dan alam yang belum dilaksanakan. kita semua tidak boleh lupa tugas kita dibumi sebagai khalifah.

itu perenggan ketiga, keempat? teruskan membaca...

mungkin tuhan telah mengurangkan kewajiban atuk aku bersesuaian dengan tenaga dan usia emasnya. dan diisikan masa-masa dia untuk mengingati pencipta yang maha Esa. benarlah sekali lagi bahawa tuhan tidak memberati seseorang dengan sesuatu ujian melainkan orang itu mampu untuk melakukannya. dan bagi sesiapa yang berjaya, pastinya pelbagai hadiah yang menarik menanti anda.

bagi kita suatu hadis telah dibacakan dan diajar oleh rasulullah seribu tahun++ dulu. point dalamnya adalah:
diberkati umur yg ada
tidak lanjut usia hingga nyanyuk
tidak kembali seperti bayi yg memerlukan penjagaan.

supaya umur diberkati, setiap masa harus menjadi amalan dan dengan niat yang ikhlas, untuk mengelak nyanyuk hendaklah banyak mendapat dan memahami ilmu, untuk errrr.. yang last tu, wallahua'lam. ini perenggan ke berapa?

tiba kat kl

seminggu lamanya tak online bermakna semingu sudah aku kat kg. dan cerita seminggu yang lepas adakah akan dikisahkan kembali dengan tajuk 'revenge of the fallen'. nampaknya beberapa point mungkin diambil.

ia mengisahkan tentang ad yang balik ke kg dan ingin makan durian, namun dikelantan durian masih belum gugur dan dilambak-lambakkan seperti kt kl. arghh revenge, revenge, take revenge. dapat jugak la makan sebiji durian yang datang dari umah atok aku, nenek kata durian baru nak gugur.

tak kisahla about that fallen of king of the fruit itu sehhh. sebabnya selain durian, banyak lg buah-buahan yg aku makan seperti anggur, kurma, mempelam, tembikai, pisang, nenas, epal dan aku kategorikan bersama sebiji labu. hehehe.

kg punya pasal, buah-buahan jd cerita, macam dok kat gold coast australia la pulak. natijah dari cerita yang penuh dendam dan ironi nya ini adalah keteringinan korang yang membaca ini untuk makan buah-buahan tempatan.

apa kata kita pi makan durian beramai-ramai...

LET'S TAKE REVENGE!!!!...

Monday, June 22, 2009

sewaktu kipas berpusing

sewaktu dengannya aku sedang seakan mencari idea. bagaimana nak siapkan kerja dengan cepat dan efektif. ketika itu jugak berlegar persoalan dan satu perkataan tertangkap di pena minda. lansung ia menjadi permainan akal diatas helaian topus-topus ion fikiran. dakwat info berjejeran seolah air tebu diperah keluar dari mesin dibulan ramadan lepas. ko puasa tak waktu tu?

s.m.a.r.t.
tema dan ideologi cara kerja yg dikatakan effective oleh banyak orang dan ramai bijak pandai. sebelum menghidupkan amalan ini dalam diri, beberapa upacara perlu dituruti dan dibuat. utamanya siapa yang mempusakakan amalan ini, kurafat x.

secara mutawatir nya aku dapat masa pergi kursus, dengar dalam seminar, ada jugak baca buku supaya lebih banyak ingatnya.

s=specific
m=measurable
a=attainable
r=realistic
t= time oriented

specific. secara mudahnya apa yang aku tahu adalah tak tau pun. tp apa yang disampaikan secara jujurnya tak leh main buat jer, kena tau apa benda yang dibuat dan untuk apa, tengok lepentingannya. cek gak sapa yg patut buat dan seramai mana yang perlu. pastikan guna apa yg perlu sajer.

measurable
maksudnya ada target, ta tak taktak! ada banyak target, supaya lebih bersemangat dan tak cepat bosan. macam main game dalam komputer r, jap jap naik level. so targetnya dari yang mudah sampai yang complete kerja tu. kena pelbagaikan target ni dari segi masa benda tu dibuat, bagaimana nak buat, siapa yg akan jd next mangsa dan buat la tarhet apa pun asalkan jangan dok pening bilang target. sori, target tu pencapaian.

attainable
bley dapat. mat rock cakap "simple beb!, pasti setel". maksudnya lu da tau canner kerja tu nak dibereskan walaupun bleum buat lg. org putih cakap "get an idea". jadi anda mampu . anda mampu mengubahnya.

realistic
real beb, real. maksudnya barang bley jadi. kalo citer caner sesuatu kerja tu nak dibuat. orang yang mendengar percaya dan believe dan secara instintnya tau jika kita wat bley berjaya. jangan banyak short cut pulak.

time oriented
ada masa kerja tu akan dibereskan. make sure tak langgar masa orang lain. secara jujurnya bila bley abis kerja ni? tanyalah diri sendiri berdasarkan bagaimana kita nak setelkan ia.

InsyaAllah bley benda ni jadi panduan hidup.

Friday, June 19, 2009

ini ruang pejabat aku

hari selasa aku mula bekerja secara nak tak nak jer. pastu hari rabu kak yana bagi suh amik meja dan bawak komputer ke ofis dia. pastu satu ruangan jadi aku punya port. meja, kerusi, cpu, monitor satu serba satu. dan teneeeee. siap

cerita ini tidak ada kena mengena sama sekali dengan crita dibawah. cerita ini masih berkenaan aku yang masih ada kat miat. next july miat will organize a very big event for all aviators. the programme called aerocarnival will sit all aviation organizations, company, related body and we came to the front as wing for ths event to become real.

anyway, it seems that semester breakcstill warm and everybody like to "balik kg". whatever, my task must be complete before situation come worst.

a week to be spent for this aerocarnival'09 really come to the end even my jobs show little proggres. buat jerrrrrr

Wednesday, June 17, 2009

Esok dah jadi hari ini

Isnin 15 jun 09
lewat pagi ini, aku bangun tido, cuaca panas, tak seperti kul 8 pagi kelmarin. Oh rupanya dah pukul 11.30 pagi… tido skit lagi r…

….
….
Alhamdulillah, cas penuh dah. 100% pada pukul 1 tngahr.
Hari ini dah jadi hari isnin, tepat kul dua aku nak gerak ke kl, nak pi cari parttime kat klcc. Alik alik nak gerak, member yang janji nak gi sekali kol , katanya bley lambat skit. Dia nak jumpa kawan. So aku gerak lambat skit ke sana.

Bila dah sampai klcc, parking motor depan trader’s. berlari-lari ke petrosains sebab dah lewat, sampai jer, ish… member tak sampai lagi. Tunggu la kejap.

Lepas mintak jadi volunteer kat petrosains kitorang cuba beberapa tempat lagi yang dikhuatiri boleh amik kami. Mintak jadi jurujual minyakwangi, jual baju dan restauren minum dan makan.

Tapi semuanya isi boring dan tunggu panggilan. Terpaksalah

Nape kami cari kerja parttime…?

Sebab sekarang cuti sem dah mula. Tak lama Cuma sebulan jer.

bye,

Insaf rdp g7

13 dan 14 haribulan enam. Satu kursus telah aku hadiri bertempat di jalan bentong lama, saat-saat melalui perkampungan orang asli, terasa sejuk dek hempasan angin perbukitan. Memang sejuk bagi sesiapa yang melalui tempat itu. Bukan seram sejuk dan aku tak bermaksud untuk membuat spekulasi berkenaan peristiwa mistikus.

Bertempat di rebutia d’perkasa camp, aku bersama seorang lagi student miat, 5 orang student ypc, 5 orang student uia dan 6 orang pelajar iic. Sorang lagi aku tak sure. Mengikut jumlah matematiknya ada seramai 19 orang bakal faci.

Ooooo kursus pemantapan fasilitator, bukan sebab kurang mantap tapi oleh sebab dah masuk universiti, ia dipanggil kursus pemantapan. Kalo baru abis sekolah baru panggil kursus asas fasilitator.

Selama dua hari yang cukup indah dan memorable, kami diikat dengan perkenalan dan modul yang mengetatkan lagi hubungan kami sebagai wakil rebutia d’perkasa. Kami adalah duta pada program-program akan datang.

Dari awal kedatangan kami, kami berkenalan melalui beberapa modul iaitu lukisan sendiri dan interview, disini mida interview aku dan aku kena interview …… tak ingat la pulak. seterusnya berkata-kata dihadapan khalayak yang tak berapa dikenali ini menggunakan bahasa parlimen dan dipanggil y.b.

Petangnya kami cuba mengenali apa itu fasilitator dan tujuannya. Petang petang lepas petang tu lagi hujan turun dan kami ubah dari buat flying fox kepada belajar ikatan dan buat gajet cam masuk pengakap masa kecik-kecik dulu.

Buat rak kasut tiga tingkat membolehkan aku, shah, star dan sorang lagi student ypc, sori lupa nama. Yang pompuan lagi lupa, hehehe

Sebelum malam menjelma kami kena masak ayam bawah tanah, masaknya x sure masak ker tak. Anyway buat ajer. Tiga kumpulan memasak, aku sewakil sekumpulan dengan haris, azizi, azam, farah, pak ein dan wan.

Malamnya kitorang kena kupas buah kelapa dengan rakusnya dan memang kumpulan kitorang dikenali sebagai kumpulan rakus mengopek, anyway kami memang bekerjasama. Ada gak sesi jadi vegetarian bagi summer fasi ni.

Alamak panjang pulak aku tulis ni, cut short sikit. Esoknya kami buat flying fox dan bagaimana nak menyelia benda alah ni. Pastu berenang-renang dan lepas zuhur majlis penutup.

Kul lima jugak habis majlis penutup yang bermula kul tiga ni. Lepas tu aku gi ofis ia tech jap then g umah sewa adik aku jap belakang uia seterusnya pi pulak ke rumah kakak aku kat pinggiran batu caves.

On the way balik ke miat aku ajak auds minum kat bistro mamak manantah depan komuter serdang. Lama betul tak jumpa si auds ni, dulu jadi presiden pengakap uia dan aku jadi tali barut dia, heheha. Kekadang aku mengkronikan dia dengan pelbagai program.

Pastu aku balik ke miat dan sampai kul 12.30 mlm, ngantuk dan terus tido.

Wednesday, June 10, 2009

selepas dan sebelum exam bhgn dua

5hb hari jumaat telah sampai aku ke gombak
di waktu azan isyak berkumandang
so terus gi solat.....
pastu ke lt1 hs iaitu dewan kuliah di uia
ada program, dah mula, kataku dalam hati

quranic kem anjuran akhi project
no no no kelab akhi
opps sori... sebellum tu jumpa jai dan mira
bekas akhi, pergi ke dewan dengan dia

tegur beberapa orang secara ala kadar
yang mana kenal... kenallah
yang mana tak kenal... tak kenal lagi
adik adik pun sama, ramai tak kenal

pastu lepak kat depan pintu kelas peserta
diorang tengah mengaji, ngaji quran
yg lepaknya aku, jai kaki borak dan roha kaki borak
lama jugak ngumpat, ngata, mengenang dan memuji-muji

dan malam tu aku tidur di masjid bersama peserta
kul doblas dah tutup lampu
tapi diorang ni tengah excited tido beramai-ramai
yer tak yer pagi nyer ada qiamullail
kecoh kecoh dalam gelap,
last last tido kul 2.30
bangun jugak diorang kul 4.30
bangun qiamullail

lepas kuliah subuh ada riadah
tapi ikhwan dan usop ajak pi makan nasi lemak
paling best kat area situ
so kami pun pontengla kejap
kami paling awal sampai kedai makn tu
kedai blum bukak
tunggu jer tepi jalan
last last bukak jugak
memang sedap,
ayam kena langgar depan kedai pun kami tak perasan

dah tengahari kat malaysia
hari sabtu kat malaysia
mata dah ngantuk
orang tegur jawab ala kadar
sempat borak ngan geng catering
depan lt1 hs jadi kenangan
farah yang suka biawak
farhana yang suka masak air
sofiah baru, ingin kenal apa itu akhi
blur skit

dah tu aku pi tido kat bilik yang ditinggalkan
yang budak tu tido semalam
pasang ekon, pasang kipas dan tutup lampu
kul 6 ptg aku sedar diri dan terus solat asar
bagusnya

alahai da malam
mungkin sebab matahari terbenam
jai datang lagi
roha pun datang jugak
jai kata "jangan pandang belakang"
tak tak dia tak kata gitu
dia kata angah nak datang
bawak makanan
kami borak dan makan kopok lekor

pagi yang gelap kini sudah terang
aku terbangun ada pompuan kejut
kami terlewat tapi belum terlambat
solat subuh tetap dalam talian
lepas baca quran ngan adik-adik
masa untuk main tiber
raja koboi menjadi hidangan
siapa hebat siapa menembak

pagi di kulliyyah engineering
tempat main explorace
ramai yang sesat
malah aku pun turut blur
tmpat lama nak kenang dulu baru ingat
kena pulak jalan ngn sorang budak bawah umo
tunjuk jalan dan sembang
tapi hati kat cafe hs
ada yang dah menunggu
untuk penggambaran buku baru
penulis baru la katakan

dah dah dah
sampai sini jer citer ini
bye

Tuesday, June 09, 2009

selepas dan sebelum exam

ni cerita selepas final exam yang baru abis 3 paper.
pada 3hb june hari rabu
dengan baju sekolah miat pergi ke klia.
tangkap gambar dan amik semangat.
anjung tinjau jadi saksi.

cepat-cepat balik sebab parking nak expired.
alamak!!! kena bayar parking dua jam.
guna cuma sejam 7 minit.
tak kisah, petang pi tempat lain pulak.

bertempat di the mines.
dengan sebuah kelisa biru.
dari tengahri + petang bawak ke malam.
lima orang sampai kul 5.15 petang.

main bowling rm 7 satu game...tak berbaloi.
aku jalan-jalan dalam giant.
beli cadbury dan layan transformer kat bahagian jual tv.
kena cepat, 6.30 tiket untuk tengok terminator.
berbaloi ker bukan tgv bukan gsc?

jalan-jalan pesta buku mini kat situ.
tak beli buku.
tapi lepas tu baca buku depan toycity.

keluar dari situ langit dah gelap.
nak naik perahu tak berbaloi.. da tutup kot.
amik gambar jer.
bateri pulak abis power.
guna hanset jer.

on da way balik ada awek kete kancil.
3 orang.
main potong-potong.
main kejar-kejar.
eh jalan raya bukan tempat main.
kami istighfar.

pi makan pulak.
dok pilih-pilih kedai last sekali sampai bangi.
depan m.f.i jugak tempatnya.
layan jer.

jom balik.
makan tu slot terakhir.
eh blum lagi.
bagi note kat kete kancil td.
ooo ikut sampai balik yer..

takder lahh.
balik dulu..
jam dah dekat kul 12 malam.

mendatang....
ada 4 paper lagi.

Monday, June 01, 2009

1 jun yang berlaku hari ini

satu jun dan hari isnin harinya.
mulai hari ini aku dah tukar no hanset yang baru.
hanset masih sama.
orang pun sama lagi.

kendian aku memulakan baca buku terbaru.
"optimal thinking" which the next step beyond "positive thinking"
the input...so powerful

Monday, May 25, 2009

herba

iklan kopi di satu rangkaian tv semalam membuatkan aku rasa rimas.... bukan sebab tak dapat merasai kelazatan kopi tersebut, tapi obj iklan tersebut yang hanya membuat promosi murahan.. tak nak sebut dulu jenama kopi tu... tapi tentu korang bley tangkap jika aku katakan ia bermula dengan seorang lelaki yang sedang memandu kereta..

pemanduannya agak lama. dan di sebuah rumah seorang perempuan sedang bersiap untuk keluar. pastu akhir iklan tu rupanya lelaki yang pandu kete tu sampai kat umah pompuan tu. upanya diorang suami isteri.. mana lagi diorang nak pi kalo dah malam-malam buta baru si suami sampai umah....

citer pasal kopi dan campuran herba ni, orang kita pasti akn terfokus pada kuasa batiniah. tak semestinya, herba dalam masyarakat melayu sebenarnya sudah lama diamalkan tetapi bagi orang kita sekarang, seolah masih baru. herba bukanlah semata untuk pasangan suami isteri. sebenarnya ia lebih banyak lagi fungsinya dalm kehidupan kita.

untuk mantainkan kesihatan dan mengelak penyakit menghinggapi, orang tua-tua mengamalkan herba. samada minuman ataupun makanan yang diproses sebentar. ia amat mudah dibuat.

bagi meraka yang belajar dan menuntut ilmu, herba juga diamalkan oleh masyarakt kita. sedih sekiranya orang kita masih memandang ubatan dari barat sebagai pemankin kecergasan otak. takper, ambil yang mana mudah didapati, tapi herba pusaka melayu jangan dilupa.

yang bahagian ni memang orang kita tau sanagt. bab merawat penyakit. almaklum pandai cari penyakit maka pandailah cari rawatan tradisional. amal tu lah ini lah.

pengguaan herba kesihatan perlu diperbagaikan, kerana hanya sebahagian kecil sahaja yang berbuat demikian bagi orang melayu kita. orang cina dan india tak usah cakap. diorang mempunyai lebih lama warisan dari kita. no wonder la diorang jadi camtu..

terlanjur menulis, teringat pulak iklan pati ayam daripada brand. cuba gak pi tengok-tengok kat kedai. mahal siot.. caner r diorang wat pati ayam ni. takkan diorang masukkan ayam dalam bekas dan tambah tekanan hingga ayam tu jadi pati yang tak berasa best sangat tu.

atau pun diorang wat macam wat pati ikan yang selalu aku amalkan bagi menggantikan pati ayam supaya jadi sentiasa cergas, cerdas dan senyuman lebih manis. pati ikan tu adalah budu, especially dari kelantan. caranya aku tak tau sangat. makan jer tau...

Tuesday, May 19, 2009

awal may dan kenduri kawin












pada awal may yang berlalu 2 minggu lepas, kenduri kawin telah berlangsung kat umah aku di kg. kenduri kawin tu milik adik aku yang merupakan anak ke-5 dalam keluarga aku. aku anak ke-4.

1 hb telah berlangsung di rumah keluarga sebelah perempuan. kendian 3hb kat umah aku di kg sokor, kok lanas. nak citer panjang-panjang pun dah hilang citernya sebab lama sangat delay nak tulis.


gambar yang banyak orang lelaki tu pastinya orang kg aku yang datang awal-awal pagi ke rumahku dan jadikan kedai kopi, eh tidak. diorang datang untuk bergotong royong menyiapkan kenduri kawin ni. amalan kg masih ada disini.

gambor yang banyak orang pompuan pulak adalah mereka-mereka yang sudah bergelar isteri di kg aku dan datang membantu keluarga ku menyetelkan kenduri ni. selalunya datang isteri datang suami sekali.

pastu gambor bersanding adik aku dirumah keluarga perempuan dengan di apit oleh adik kepada adik aku dan jiran sebelah rumah aku. asalnya diorang mintak aku tapi taknak lensa kamera asyik dok snap aku so aku bagi kat adik ke-6 yang kurang hensem sikit dari aku. hahahah

dan gambar keempat kedua ibu bapa aku bersama pasangan pengantin.


anyway, tahniah pada adik aku dan isterinya yang tercinta...

diari kosong

isnin malam pada tarikh 18 may 09 aku membuka sehelai demi sehelai lembaran diari. tiada tulisan mahupun contengan hampir seminggu yang lepas. apa yang terjadi sebenarnya?
adakah aku telah bangun dari tidur yang panjang ataupun baru kembali ke alam realiti?

ya... aku telah kembali dari suatu tempat... sepuluh hari yang lepas aku telah bertolak dari sepang ke bumi pendekar perak darul ridwan. selama sepuluh hari itu aku menyertai program jatidiri kesukarelawan nasional (PJKN) peringkat putrajaya 09.

namun bukan itu yang ingin aku bercerita dan berolek kata disini... pastinya sebelum berangkat ke PJKN, seminggu sebelumnya telah menjadikan aku sibuk dan tak dapat cukup tidur kerana nak cover assigment, midterm dan presentation yang telah dijadualkan pada minggu aku pergi PJKN.

alhamdulillah walaupun hanya 90% yang siap aku dapat enjoy program tu..
so before panjang-panjangkan cerita baik aku recap balik apa yang dahulunya aku nak tulis dua minggu lepas... kita keatas...

Tuesday, April 28, 2009

lokasi persoalan terkini

selepas entry pada awal april
april bakal menghujung pergi
tercari-cari lagi apa ingin dibualkan
untuk dibual dalam benak maya langit
langit luas penuh hikmah dan ilmu
ilmu bertaut terpikat dihati
hati yang bintik jelmaan diri
diri dalam lokasi ilmu
ilmu belum temui lokasi

darurat diri kontang haluan
dalam lubuk manusia pagi
bicara, merenung, memutuskan, pegang dan rebah.
julat manusia hanya sampai disini....

walhal aku dilihat empunya
seolah kita melihat bintang
seumpama kapal dan rumah api
layar mendapat iktibar
kita mendiri azam
empunya punya qada'
berkiralah qadar mu...

Sunday, April 12, 2009

istimewa orang melayu

Seperti hari-hari semalam, dia bangun pagi dan membuat tugas-tugasan harian seperti biasa seperti mandi, gosok gigi, iron baju dan meneruskan tanggungjawab manusia biasa iaitu ke kuliah bagi menghadiri kelas pelajaran yang telah pun dijadualkan.

University yang kecil kampusnya, jauh dari Bandar dan jarang didengar oleh ramai orang. Itulah university kuala lumpur malaysian institute of aviation technology (Uni-KL MIAT). Selepas bergabung dengan unikl pada tahun 2003 camtu barulah ia dikenali seperti sekarang yang tak terkenal ni.

Anyway, kecil bukan anak besar bukan bapak. Walaupun kecil tapi keluaran university ini tetap mempunyai pekerjaan dan peluangnya teramat besar dalam industry penerbangan di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Anak-anak melayu mendominasi lapangan emas ini. Dan ada lecturer kata dr Mahathir yang propose tempat ini dibuat dahulu kala. Dan majlis amanah rakyat menjadi tulang belakang menyediakan bantuan kewangan pada setiap penuntut disini.

Dari dalam kuliah sememangnya perkara ini betul. Aku terus keluar dari dewan kuliah sambil memikirkan segala kata-kata lecturer tadi. Walaupun begitu, sedikit perkara dalam hal ini menyedihkan diri. Disini baru aku merasai apa yang aku lalui sekarang ini adalah salah satu dari faedah hak keistimewaan orang melayu yang tertulis dalam perlembagaa persekutuan.

Sebagai anak melayu yang mempunyai keazaman hang jebat, kehebatan seperti hang tuah. Begitu terasa sekali seolah-olah keazaman dan kehebatan ini tidak berguna untuk masuk ke universiti ini sekiranya kekuatan politik dan keistimewaan orang melayu diguna pakai pada diriku.

Positif kata aku masuk kesini mengikut prosedur dan syarat yang tertulis. Aku yakin mampu untuk bersaing dengan semua orang di Malaysia ini mahupun diseluruh dunia untuk berada di university ini walaupun tanpa menggunakan hak istimewa.

Berpaling kekiri dan ke kanan. Mereka-mereka melayu sebahagian kecilnya yang belajar disini tapi tak lulus, belajar disini tapi hidup berfoya-foya, berada di university taraf dunia ini tapi minda masih tak berubah. Longlai emosi melihat mereka(diriku jua) ini yang masih tidak sedar diri kerana sentiasa dibantu walhal tidak mahu gunakan kesempatan emas ini untuk menaikkan bangsa dan keluarga.

Kerana itu, bagi diriku, keistimewaan orang melayu tidak perlu digunakan sangat sehinggakan setiap dari kita menjadi mereka yang berada dalam keselesaan dan tidak risau setiap hari pada nasib badan. Adakah ini sebabnya bangsa kita masih mundur? Ia terus bermain dalam kepalaku sehingga sekarang….

Untuk mengenali diri ini. Untuk menelaah bakat yang ada. Untuk menjadi insan terbaik didunia dan akhirat… berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal.

Wednesday, April 01, 2009

hujung minggu yang lepas










Paginya aku pergi kursus jenazah sampai lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Belajar bagaimana jenazah sepatutnya diuruskan mengikut hukum syarak dan seterusnya mendukung satu amanah agama dalam kehidupan sesame manusia.

Awal malamnya aku bersama beberapa juta umat manusia kat dunia ni tutup lampu sebagai simbol menolak pemanasan global. Apa yang kita sebut sebagai tenaga yang kita gunakan seharian telah memberikan kesan negatif kepada usia dan kesihatan dunia yang semakin nyanyuk ini.





Tengah malamnya keputusan mengejut dibuat dan pergi ke hospital tuanku jaafar di seremban. Seorang kawan telah dipanggil mengadap ilahi petangnya. Kedatangan aku dan kawan-kawannya yang lain sebagai menghormatinya, menziarahi ahli keluarganya dan memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah.

Sunday, March 29, 2009


Hujung minggu lepas ada acara pameran antarabangsa belon panas. Sempat jugak pergi tengok memandangkan benda tu dah lama jadi keinginan aku untuk jadi pilot nyer. Nwalaupun sekadar menjadi penonton dan dapat raba-raba sikit belon panas tu, itu sudah memuaskan hati nak tengok dari dekat benda alah ni.


Fakta dan maklumat yang aku ada cukup bersimpang dari perkara sebenar. Kat Malaysia ni rupanya dah ada organisasi yang ada belon panas ni, buktinya ada belon panas yang mempunyai nombor pendaftaran 9M –xxxx iaitu awalan pendaftaran benda rinan dari udara untuk Malaysia.


Yer tak yer kat Malaysia, kita boleh ambil lesen untuk megemudi udara panas ni. Department of civil aviation(DCA) yang terletak kat putrajaya akan mengeluarkan lessen untuk sesiapa yang berjaya. Untuk belajar , berlatih dan mencukupkan syarat-syarat menjadi driver belon ni, ada syarikat Malaysia yang ada belon ni boleh memberikan tunjuk ajar dan menyewakan belon mereka.


Sehingga kini , orang kita hanya boleh buat kapalterbang kertas dan wau yang sekian lama menjadi kebanggaan pihak seni dan warisan. Belum ada usaha besar-besaran untuk membolehkan rakyat Malaysia mejadi sebahagian dari mereka yang mendesign dan memasarka belon panas ni.


Jika kita turuti salasiah penerbangan, ia bermula dengan mereka yang bercita-cita untuk bebas diudara seperti burung dan malaikat. Then ada percubaan untuk terbang dengan kepak yang dikayuh dengan tangan. Selepas itu wujud pluncur yang lebih senang digambarkan jika kita sebut glider.


Sebelum wujudnya glider ni wau pastinya muncul terdahulu dimana-mana bahagian dunia ni pastu glider amik alih. Then gondola udara pulak terapung diudara dan pernah menjadi alat pembunuh masa zaman peperangan jerman dulu, tentu lebih kenal jika kita kata gondola ini adalah belon panas zeppelin.


Sekarang ia sudah diguna untuk tujuan rekreasi dan iklan yang banyaknya, tak lupa juga ia menjadi pemuat azam bagi mereka yang ingin berada diudara. Siapa ingin menggapai awan, saktikan diri anda dengan belon panas.

Ppsmi or p & p sains dan matematik dlm bhs ingeris

Alhamdulillah, dengan tercetusnya kes ini, barulah dapat rakyat Malaysia mendengar, memerhati dan melihat kata-kata dan pandangan ramai pakar dan cendikiawan bangsa Malaysia. Mereka seolah-olah muncul walhal selama ini mereka tidak dihiraukan. Itulah, sekiranya pakar sesuatu ilmu berbicara dan berdiskusi, susah bagi orang biasa untuk membuat keputusan sesuka hati.

Terima kasih kepada pakar politik seperti tun Mahathir dan dato’ seri anwar Ibrahim, pakar bahasa seperti dato’ A samad said dan dato’ dr Hassan Ahmad, pakar undang-undang seperti prof dr Aziz Bari, pakar akademik seperti dr Isahak Baharom dan pejuang melayu seperti prof diraja Ungku Aziz dan datok Razali Ismail serta ramai lagi pakar-pakar dan tokoh-tokoh yang sepatutnya dari dulu lagi perlu digunakan.

Aku masih belum membuat keputusan pihak sebelah mana yang patut diberatkan memandangkan kedua-kedua pihak yang membangkang dan yang bersetuju, kedua-duanya tidak dapat menyelesaikan masalah lama yang menyebabkan kenapa isu ini ditimbulkan.
Bagi aku, apabila sudah enam tahun dijadikan tahun percubaan, ppsmi sepatutnya sudah dapat mengimbangi tuntutan masyarakat melayu supaya bahasa melayu terus berkembang dengan pesat dan terus didaulatkan sebagai bahasa rasmi Malaysia.

Adapun jika tidak bersetuju, sepanjang enam tahun memperjuangkan gerakan mansuh ppsmi (gmp) takkan tidak dicari penyelesaian bagaimana bahasa inggeris dapat dikuasai oleh seluruh rakyat malaysia lebih –lebih lagi orang melayu.

Ini tidak, yang bersetuju hanya berkata bahasa melayu akan terus menjadi bahasa rasmi dan akan terus dikembangkan dan pada masa yang sama yang membangkang hanya berkata formula belajar bahasa inggeris yang efektif harus dicari.

Adapun begitu, aku tidak melihat perkara ini sebagai perkara pokok. Akar kepada ranting dilema ini adalah hasrat Malaysia menjadi Negara maju dalam keadaan bersatu padu dan aman damai. Dimana setiap warganegara seharusnya mempunyai jiwa berkapasiti dan bermutu tinggi untuk menyerap ilmu Negara maju dan moden iaitu ilmu maklumat, sains dan technologi.

Jika setiap kaum hanya dengan bahasa masing-masing, berada dalam puak masing-masing. pertelingkahan mudah wujud akibat sosial yang lemah. Yang orang melayu pulak satu hal masalahnya. Otak bijak macam yahudi tapi nak belajar kuasai bahasa kedua mengambil masa yang cukup lama dan ada sesetengah tu langsung tak dapat. Mungkin banyak sangat disogokkan dengan hak istimewa.

Dari sini tercetusnya isu pelik ini, sememangnya orang melayu menjadi target utama untuk diupgrade kan dan mereka inilah yang sekarang ini banyak menjadi pejuang menolak perkara ini.

Untuk bercakap lebih-lebih aku bukanlah ahlinya. Sekadar menjadi penanti melihat masyarakat kita berubah, kepada baik atau buruk yang akan kita tentukan sendiri. Ada baiknya aku menyusur jalan di menara wawasan diputrajaya melihat susur masa perjalanan Negara dulu hingga sekarang, dan seterusnya melihat masa depan.

Sunday, March 22, 2009

selasa yg lepas







selasa yang lepas dpatla peluang aku pergi memancing setelah sekian lama tertahan. pancingku hanya dua biji tin susu pekat yang telah aku bersihkan dan dililit tali tangsi padanya.

umpan hanya cacing yang dicari sekitar rumah sewa kawan.tempat mancing cantik, sebuah tasik yang luas tak jauh dari tempat aku bermastautin sekarang. nama tasik tu tasik idaman.

cuma ikannya tak pasti besar ker kecik. agaknya besar tasik besarlah ikannya. tapi hari itu aku tak dapat ikan besar.hanya ikan kecik jer dapat, itupun seekor tilapia sebesar tiga jari, sebelum lepas lupa nak tangkap gambar, dah lepas baru teringat, "lupa lak pulaaaaaak" itu jer yang mampu diluahkan.

sebelum hari selasa tu, pergi ke gombak. on da way ke UIAM aku melihat begitu banyak kereta keluar dari tol kat gombak tu.

setahu aku, kete tu sume dari pantai timur, insan-insan perantau dari terengganu, pahang dan kelantan ini sedang menuju pulang ke rumah kerana esoknya akan bekerja semula di selangor dan kl ini.

Thursday, March 19, 2009

aku dan 3rd mentoring







































seawal 6.30 pg lagi wady telah menghantar sms ke taman melati sambil mendengar lagu nyanyian penyanyi indonesia dari radio era. mesejnya ditulis begini; "gue ngak mau pergi mentoring, gue mau ketemu cewek gue, tp gue jugak mau jumpa sama afiqah, jadi gue akan tunggu afiqah disekolah pd petangnya".


selepas subuh dia tertido sambil merancang harinya.
sampai waktu petang yang tersebut dia sudah berada di sekolah kebangsaan setapak indah tepat pada pukul 5.15 petang, tak tahu sudah tiba atau belum rombongan dari taman tasik perdana, dia bertanya pada pak guard. dan pakguardkata mereka blum sampai lagi. jadi dia mesej kepada salah sorng kawannya di aman tasik perdana yang berbunyi; "kalo bas dah gerak balik, ko mesej aku bley?". dan mesej itu dibalas beberapa minit kemudian.

Oleh kerana bas yang membawa rombongan mentee akhi akan tiba pada pukul enam, dia memenuhi masanya membaca buku yang dibawanya, sambil sambil membaca ditepi padang dia juga melihat budak-budak bermain bola.


deruman engin bas dari jauh sudah menyebabkan dia bangun dan mengemaskan bukunya. perlahan-lahan dia berjalan kearah bas yang sudah berhenti. ''eh abang, "sorang budak yang baru turun menegur wady dan terus melintasinya.
sambil tersenyum pada menteenya, dia juga menegur adik-adik yang lain.....( blur pulak nak sambung ni).

petang tu aku hantar mentee aku ke rumahnya, on da way nak sampai rumah dia, kami bertemu bekas mentee akhi iaitu ain dan fatihah dan sorang lagi nama apa da lupa da. banyak etul mereka ni berubah, yang menyedihkan lagi diorang ni dah pandai pakai pakaian ketat, freehair tu biasa bagi diorang ni, before berpisah aku hanya sempat menasihati diorang supaya tak tinggal sembahyang. terpulang pada diorang.

anyway, sebelum pulang kami ambil sedikit masa berada ditaman permainan berdekatan rumahnya. disana dapatla aku kenal beberapa orang kawan satu taman. kat situ kami main dengan seekor arnab peliharaan kawannya yang belum bernama dan di situ jugakla aku dapat lihat keceriaan dia yang paling berseri. mungkin sebab minggu lepasnya adik aku ni merajuk dengan sikap aku yang banyak menegur mentor-mentor pompuan kat 2nd mentoring.


anyway hari itu jadi hari aku yang paling gembira...
sebelum balik sempat aku berikan satu hadiah sehelai lanyard bertulis miat melalui kawannya apabila dia da pulang.

Monday, March 02, 2009

lepas habis metoring aku....










pancaran matahri seperti hari sebelumnya, terik di tengah siang dan pudar di anjung malam yang akan menjelma. mendung petang ini megubah rancangan dia ntuk balik awal, bimbang lebat ditengah jalan melembabkan dia untuk sampai ke destinasi sebenar.

sedang wady merenung cuaca petang itu, terfikir; ada baikknya aku melawat najib dan mizi. lama jugak tak jumpa diorang. kali pertama dihubungi tak mendapat jawapan, kali kedua dia cuba lagi dihadapan atm sambil membaca satu iklan mencari bakatbakat baru gadis dan teruna selangor fm.
haa dapat jugak, "ko ada kat umah x najib? aku cadang nak g umah ko jab g". suara terik-terik masam sebelahsana menjawab "hoi wady, aku takder kat umah, aku balik kg, tp mizi ada, ko kol dia" . lepas abis perbualan tepon tu, wady terus bergerak ke rumah najib yang terletak di taman melati.

hujan menambah gugusan titisan yang turun dari rintik-rintik menjadi banyak rintik, kali ni dalam kategori rintik lebat, saat itu wady dah sampai ke bangunan yang merempatkan mizi dan najib. "alamak, mizi ni tak angkat fon la pulak".